PERJUANGAN : HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID

Muqaddimah

Pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah satu sunnah di dalam kehidupan manusia. Setiap saat dan masa pasti menaksikan wujudnya penentang-penentang kebenaran, sebagaimana setiap saat menyaksikan kewujudan gerakan atau firqah yang benar-benar itqan dengan usaha menegakkan kalimah Allah SWT. Sejarah membariskan pertentangan para ambiya? musuh-musuh masing-masing pada situasi dan zaman yang berbeza, namun tujuan dan matlamatna tetap sama ; para ambiya? dengan perjuangan mengajak manusia ke syurga dan para penentang kebatilan dengan perjuangan menjerumuskan pengikut ke neraka. Perbezaan pemikiran dan kehendak ini mewujudkan pertentangan. Asas pertentangan tidak banyak berbeza antara satu sama lain. Hakikat wujudnya persamaan di antara dalam setiap perjuangan ini sekalipun berbeza zaman dan masa dinyatakan secara tidak langsung di dalam Al-Quran dalam beberap tempat. Antaranya ialah ayat 36 surah An-Nahl dan ayat 112 surah Al-An?am. Apabila pertentangan seperti ini berlaku, maka tidak dapat
tidak wujudnya satu bentuk perjuangan untuk melaksanakan agenda masing-masing. Dan sebagai tenaga kepada cita-cita Islam, perjuangan yang akan kita bicarakan ialah perjuangan Islam iaitu perjuangan melaksanakan kebenaran di muka bumi ini dan memakmurkan bumi dengan hukum-hukum Allah. Ia disebut sebagai jihad. Dan jihad bukannya bererti keganasan.

Contoh-contoh perjuangan yang dinukilkan di dalam Al-Quran

Sebagaimana yang diakini oleh setiap yang bernama pejuang, pastinya rintangan dan halangan akan menjadi fitrah semulajadi di dalam perjuangan. Ada yang berjaya menempuhi rintangan dan mendapat kejayaan di muka bumi, namun kebanyakannya menempuhi syahid ataupun beroleh kegagalan namun pastinya ganjaran yang menunggu di hadapan Allah tidak terkira. Tidak kurang juga para pejuang yang akhirnya mati dalam keadaan perjuangan tidak berjaya namun perjuangan mereka terbukti diterima manusia selepas kematian mereka. Antara contoh perjuangan di dalam Al-Quran yang bagi saya sepatutnya dipelajari dan dihadam oleh para pejuang mutakhir ialah :

1. Perjuangan Nabi Nuh as: Kisah seorang nabi yang berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun namun yang menyahut seruannya hanyalah beberapa orang sahaja. Kemuncak ujian yang diterima ialah baginda ditolak oleh anak dan isterinya sendiri. ? Surah Nuh.

2. Perjuangan Nabi Musa as: Seorang nabi yang cuba membebaskan kaumnya daripada kekangan perhambaan akibat penindasan Firaun dan kuncu-kuncunya. Pada peringkat permulaan, dakwah Nabi Musa ialah menyeru Firaun supaya mengakui ketuhaan Allah dan kebatilan dakwaan dirinya sebagai tuhan. Sekalipun Firaun menolak, Nabi Musa tetap diselamatkan oleh Allah apabila Firaun tenggelam di dalam lautan. Namun peringkat kedua dakwah Nabi Musa lebih mencabar apabila berdepan dengan kaumnya yang begitu degil akibat kongkongan perhambaan yang bgeitu lama. Nabi Musa akhirnya wafat dalam keadaan baginda dan kaumnya sesat di sebuah padang selama 40 tahun. Allah mentakdirkan kegemilangan Bani Israil ialah di tangan generasi yang lahir sesudahnya. Kisah Nabi Musa disebut oleh banyak tempat di dalam Al-Quran.

3. Kisah Ashabul Ukhdud: Al-Quran menyebut kisah ini secara tidak langsung di dalam Surah Al-Buruj bermula ayat yang ke-4. Namun ia diterangkan secara terperinci di dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Kisah seorang budak diberikan ?biasiswa? oleh raja yang zalim untuk mempelajari ilmu sihir namun dia dalam masa yang sama turut mempelajari ilmu tauhid dan aqidah ang sahih. Kemudiannya, dia meningkat dewasa sebagai penentang kepada raja yang zalim. Sekalipun akhirnya dia mati di tangan raja tersebut, perjuangannya diterima oleg rakyat jelata yang seterusnya beriman kepada Allah SWT. Di sinilah berlakunya perstiwa parit berapi.

Sekadar menyebut beberapa contoh daripada puluhan malah ratusan contoh di dalam Al-Quran sudah cukup untuk menyedarkan kita bahawa lumrah perjuangan sejak zaman berzaman membuktikan bahawa tidak semestinya setiap perjuangan berakhir dengan kejayaan, malah kebanyakan darinya terpaksa mengharungi seribu satu dugaan dan rintangan dan ada kalanya berakhir dengan kematian. Namun, ganjaran yang sebenar tentunya menanti di sisi Allah SWT.



Siapakah golongan pejuang yang sebenar?

Berbicara soal perjuangan, tidak ada manusia yang boleh mendakwa dirinya sebagai sempurna. Sejarah mengajar kita bahawa ada kalanya mereka yang hebat berbicara soal perjuangan akhirnya lebih dahulu berpaling menikam jemaah. Ada yang lidahnya terlalu petah berkata-kata soal istiqomah dan sabar, namun akhirnya akibta sedikit kepentingan yang tidak ditunaikan, dia mengambil langkah menjilat semula ludahnya sendiri. Dalam soal ini, kita mahu berada di mana? Sesungguhnya masa depan sama sekali tidak dapat diramalkan, hanya doa dan tawakkal yang menjulang tinggi menjadi bekal untuk berhadapan dengan Allah SWT nanti. Dalam pada itu, terdapat beberapa ciri yang seharusnya ada pada seorang atau sekumpulan pejuang yang benar-benar mukhlis di dalam melaksanakan tanggungjawab. Antaranya sebagaimana yang disebut di dalam surah Al-Maidah, ayat 54 :

1.Menyintai dan dicintai Allah SWT.

2.Bersikap lemah lembut dan penyayang kepada kaum muslimin.

3.Bersikap tegas gagah dengan orang-orang kafir yang menjadi musuh perjuangan.

4.Bersungguh-sungguh berjihad di jalan Allah.

5.Tidak pernah gentar dengan segala caci maki orang lain.

Penutup

Coretan ini sebenarnya terlalu ringkas untuk membicarakan soal perjuangan secara ilmiah dan berfakta, namun ia sudah cukup untuk memberikan gambaran umum rupa bentuk perjuangan yang seharusnya didokongi oleh setiap yang bergelar srikandi atau mujahid. Semoga sinar kebangkitan Islam terus menerangi alam semesta, biarlah nadi berhenti berdenyut, nafas berhenti berhembus dan darah berhenti mengalir, namun perjuangan tetap diteruskan

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...



Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, diantara apa-apa yang tumbuhkan bumi dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui.” (Ya Sin : 36)

KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.

HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.



SAHABAT sejati menjadi pendorong impian.

SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana disitu tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh kebahagiaan

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah:216)

KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Jangan sekali Kemaafan yang diminta hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.

Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah lagi Maha Pema’af lagi Maha Kuasa”. (An Nisaa’ : 149)

Kita hanya boleh membentuk diri kita sebagai insan yang berfungsi sepenuhnya, Ini tidak bermakna kita tidak mengalami cacat cela.

Kerana manusia itu dibekalkan dengan naluri dan sifat ghaflah serta nasigan iaitu lupa dan lalai"

“Dan barang siapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (An Nisaa’ : 110)

“Barang siapa diberi petunjuk Oleh Allah, dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan Allah , maka merekalah orang-orang yang merugi” (Al-A’Raaf : 178)

99 NAMA ALLAH


AR-RAHMAN : Yang Dermawan - Pemberi rahmat dan kemakmuran kepada makhluknya tanpa perbezaan .
Fadhilat-nya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali selepas sembahyang fardhu, insyaALLAH akan mempunyai ingatan baik, fiikiran tegas serta murah hati .
AR-RAHIM : Yang Pengampun -Terutama kepada mereka yang menggunakan hadiah-hadiah sebagai kehendak Tuhan yang maha pengampun dihari kemudian .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali selepas fajar, insyaAllah akan menemui orang-orang yang baik hati .
AL-MALIK : Maharaja Teragung - Ialah Raja yang paling agung diseluruh dunia .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaAllah akan dihormati dengan sebaik-baiknya oleh orang lain .
AL-QUDDIS : Yang Suci - Ia bebas dari segala kesilapan,kelupaan dan tidak keupayaan atau kurang kesempurnaan,
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaAllah akan bebas daripada kebimbangan .
AS-SALAM : Punca Keamanan - Dialah penyelamat hamba-hamba -Nya dari bahaya serta rintangan serta memberi tahniah kepada mereka yang di dalam syurga .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 160 kali berulang-ulang ditempat orang yang sakit,boleh membantu mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH dengan pertolongan-Nya dapat menyembuhkan si pesakit.
AL-MU'MIN : Wali Kepercayaan -Barang siapa menempatkan kepercayaan pada hamba-Nya,peliharalah mereka yang mencari perlindungan pada-Nya , kemudian berikanlah ketenteraman .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH akan jauh dari bahaya .
AL-MUHAYMIN : Penjaga - Ialah menjaga dan memerhatikan segala harta benda .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang selepas mengambil air sembahyang , insyaAllah cahaya perasaan mereka akan bersinar .
AL'AZIZ : Maha Perkasa - Ialah yang tak dapat ditaklukkan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali selepas fajar menyinsing selama 40 hari , insyaALLAH akan bebas daripada bantuan orang lain.
AL-JABBAR : Pemaksa - Ia memperbaiki serta menyelesaikan yang belum lengkap dan mempunyai kebolehan dan menyuruh dengan kekerasan atas diri mereka supaya melakukan mengikut kehendak-Nya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , tidak akan berbuat sesuatu yang ditegah dirinya , ataupun terdedah oleh bahaya , kesukaran mahupun kekerasan .
AL-MUTAKABBIR :Yang Mulia - Ia menunjukkan kebesaran- Nya sebelum bersetubuh dengan isterinya , insyaALLAH Allah akan menganugerahkan olehnya anak yang salih.
AL-KHALIQ :Pembuat - Ia yang menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun dan tahu pula apa akan terjadi keatas semuanya .
AL-BARI' :Penjadi -Ia menjadikan segala-galanya sempurna .
AL-MUSAWWIR :Pereka - Ia reka segala-galanya .
Fadhilatnya :Jika seseorang ibu atau bakal ibu hendak melahirkan anak tetapi tiada berdaya , hendaklah ia berpuasa selama 7 hari , dan sewaktu berbuka hendaklah ia menyebut YA-KHALIQ,YA-BARI',YA-MUSSAWIR (pembuat , penjadi dan pereka ) sebanyak tiga kali sebelum ia meminum air . InsyaALLAH permintaannya akan dikabulkan .
AL-GHAFFAR :Pengampun - Ia sangat pengampun .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang tiga kali , insyaALLAH akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya .
AL-QAHHAR :Penakluk - Ia berjaya dan berkuasa menurut dan menakluk kehendaknya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH akan mengatasi kehendaknya , dan akan mengalami jiwa yang tenang serta bebas dari segala perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang lain .
AL-WAHHAB :Penganugerah - Ia sentiasa menganugerah hamba-hambaNya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali insyaALLAH akan dimurahkan rezeki .
AL-FATTAH :Pembuka - Ia memberi penyelesaian kepada kemushkilan atau masalah serta mengurangkan rintangan .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan terbuka hatinya untuk berjaya .
AL-'ALIM :Yang Maha Mengetahui - Ia mengetahui segala-galanya.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan bersinar hatinya dengan cahaya suci .
AL-QABID :Pengekang - Ia mengekang .
Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada lima puluh jenis makanan atau buah-buahan sepanjang 40 hari , insyaALLAH ia tidak akan kebuluran .
AL-BASIT :Pembesar - Ia berkuasa membesarkan .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali sewaktu fajar dengan mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu tapak tangan kemukaNya , insyaALLAH ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .
AL-KHAFID :Perendah diri - Yang mengurangkan .
Fadhilatnya :Sesiapa yang berkuasa selama tiga hari , hendaklah menyebut nama-Nya pada hari keempat sebanyak 70,000 kali ,
insyaALLAH ia akan dipelihara daripa musuhnya .
AR-RAFI' :Peninggi - Yang meninggikan .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang kali pada waktu siang dan malam,insyaALLAH Allah akan meninggikan martabatnya , kekayaannya serta darjatnya .
AL-MU'IZZ :Penghormat - Ia mashyur serta mulia dan dihormati oleh sesiapa jua pun.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 140 kali selepas sembahyang isya' setiap hari isnin dan jumaat , insyaALLAH Allah akan menjadikan ianya dihormati oleh orang lain .
AL-MUZILL :Penguji -Ia akan menjatuhkan seseorang kelembah kehinaan.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 75 kali berulang-ulang , insyaALLAH akan terjatuh daripada aniaya orang-orang yang dengki kepadanya.Allah akan memeliharanya .
AS-SAMI' :Maha Mendengar - Ia mendengar segala-galanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang tanpa bercakap dengan sesiapapun pada hari khamis selepas
sembahyang zohor ( tengah hari ) , insyaALLAH Allah akan mengkhabulkan apa sahaja kehendaknya .
AL-BASIR :Yang Maha Melihat - Ia melihat segala-galanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang antara sembahyang fardhu dan yang pertama setelah sembahyang Jumaat , InsyaALLAH Allah akan menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai .
AL-HAKKAM :Ia mengadili serta memberikan sesuatu dengan sepatutnya.
AL-'ADL :Pengadil - Sesungguhnya adil .
Fadhilatnya :Jika sesiapa menulis nama-Nya pada malam jumaat pada sekeping roti dan memakannya, insyaALLAH orang akan
mengikut kehendaknya .
AL-LATIF :Pelemah Lembut - Ia mengetahui apa sahaja erti yang lembut serta menjadikan segala-galanya yang lembut atau halus walaupun tidak diketahui manusia . Ia memberi kebahagiaan sehalus-halusnya kepada manusia .
Fadhilatnya :Jika seseorang ditimpa kemiskinan dan keseorangan , sebutlah nama-Nya 100 kali selepas dua rakaat selepas sembahyang (tambahan),insyaALLAH niatnya akan dikabulkan .
AL-KHABIR :Maha Mengetahui - Ia mengetahui apa sahaja yang sulit dan maksud atau tujuannya .
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan tidak disukainya pula , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH kebiasaan itu akan ditinggalkannya kemudian .
AL-HALIM :Penyabar - Ianya berkuasa .
Fadhilatnya :Apabila seseorang menulis nama-Nya atas kertas , setelah itu menanamkannya ke dalam tanah di mana sebutir benih ditanam , insyaALLAH bahaya atau malapetaka tidak akan menimpa .
AL- 'AZIM :Yang Maha Besar - Ia mulia .
Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dihormati .
AL-GHAFUR :Maha Pengampun - Ia mengampuni semua hambaNya .
Fadhilatnya :Sesiapa dihidapi penyakit kepala , demam atau dukacita , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
sembuh .
ASH-SHAKUR :Yang Bersyukur - Sesiapa yang bersyukur akan diberi hadiah kerana jasa untukNya .
Fadhilatnya :Sesiapa berasa hatinya berat dan kemudian menyebut nama-Nya 41 kali , diikuti dengan bernafas ke dalam gelas berisi
air dan membasuh mukanya , insyaALLAH hatinya akan menjadi lapang atau lega .
AL-'ALI :Yang Termulia - Ianya yang paling mulia .
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai keyakinan yang lemah tetapi menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH keyakinannya akan teguh .
AL-KABIR :Yang Maha Besar - Ialah yang paling besar .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaALLAH ia akan memperolehi kemuliaan.
AL-HAFIZ :Pemelihara - Ia memelihara segala-galanya serba lengkap dan pada suatu ketika menghindarkannya dari kehilangan dan malapetaka .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 16 kali sehari insya ALLAH ia akan diselamatkan dari malapetaka.
AL-MUQIT :Penjaga - Ia menjaga .
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai anak yang kurang sopan , menyebut nama-Nya.
AL-HASIB :Maha Penghitung - Ia mengetahui apa sahaja sebenarnya berkenaan perniagaan seseorang sepanjang hayat .
Fadhilatnya :Apabila seseorang takut dirompak,maupun akibat dengki musuhnya , mulakan menyebut ...........atau membaca
nama-Nya 70 kali pada hari khamis - siang atau malam . Bila tiba hari ke 71 sebutlah bahawa Allah Maha Penghitung atau Habiyallah-ul-Hasib.InsyaALLAH ia akan selamat.
AL-JALIL :Maha Tinggi - Ianya maha kaya serba berkuasa .
Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada kertas dengan membubuh kasturi dan kunyit , kemudian membasuhnya dan akhirnya meminum air tersebut dari sebuah tembikar , insyaALLAH ia akan dimuliakan oleh manusia .
AL-KARIM :Yang Maha Pemurah - Ianya sangat pemurah .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan menerima kemuliaan di dunia serta akhirat.
AR-RAQIB :Maha Waspada - Ianya memperhatikan apa jua hamba-hambaNya lakukan di dunia ini .
AL-MUJIB :Maha Pengkabul - Ianya pengkabul bagi segala keperluan manusia .
Fadhilatnya :Sesiapa memohon kepadaNya , insyaALLAH niatnya akan dikabulkan .
AL-WASI' :Yang Menyeluruh - Ia mempunyai kuasa yang tiada terbatas.
Fadhilatnya :Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan menerimanya bagi keperluan hidupnya yang lebih baik .
AL-HAKIM :Yang Bijaksana - Ia mempunyai kebijaksanaan dalam segala masalah .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya terus menerus (dari masa ke masa),insyaALLAH ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya .
AL-WADUD :Yang Maha Penyayang - Ia menyayangi mereka yang berbuat baik dan akan menganugerahkan belas kasihan-Nya kelak .
Fadhilatnya :Andainya dua orang bergaduh , sementara seorang daripadanya menyebut nama-Nya 1,000 kali di atas makanan
yang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu , insyaALLAH pertikaian antara mereka akan selesai .
AL-MAJID :Yang Maha Mulia - Ianya sangat mulia .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menerima kebahagiaan .
AL-BA'ITH :Pembangkit Semula - Dialah yang memberi penghidupan kepada semua makhluk dihari pengadilan .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya akan mempunyai perasaan takut dan hormat terhadap ALLAH .
ASH-SHAHID :Saksi - Dia yang berada dimana-mana dan mengawasi segala-galanya.
Fadhilatnya :Sesiapa yang mempunyai anak yang degil dan mengulangi nama-Nya kepada anak itu , insyaALLAH anak itu
akan menurut perintah .
AL-HAQQA :Kebenaran - KeujudanNya tiada perubahan .
Fadhilatnya :Jika seseorang hilang sesuatu dan mengulang nama-Nya insyaALLAH dia akan jumpa apa yang telah hilang .
AL-WAKIL :Wali - Dia menyediakan segala-galanya untuk mengatasi segala masalah dengan cara baik .
Fadhilatnya :Sesiapa yang takutkan mati lemas , hangus dalam api atau bahaya yang serupa dan mengulangi nama-Nya berterus-terusan ,dari masa kesemasa , insyaALLAH akan berada dibawah perlindungan ALLAH .
AL-QAWI :Paling Kuat - Dia yang terkuat .
Fadhilatnya :Sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya , tetapi mengulangi nama-Nya dengan niat tidak mahu dicederakan,
insyaALLAH akan bebas dari kecederaan musuhnya .
AL-MATIN :Teguh - Dia berkuasa dan teguh , tidak ada kuasa yang boleh menghumbankanNya .
Fadhilatnya :Jika seseorang mempunyai kesusahan dan mengulangi nama-Nya , insyaALLAH kesusahannya akan lenyap .
AL-WALI :Pelindung - Dia adalah sahabat hamba-hambaNya yang adil .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH mungkin menjadi seorang waliullah .
AL-HAMID :Pujian - Hanya dia seorang yang patut dipuji dan dimuliakan serta diberi penghargaan oleh semua makhluk .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya ,insyaALLAH akan disayangi dan dipuji .
AL-MUHSI :Penghitung - Dia mengetahui angka segala benda walaupun tidak boleh dikira dan dia mengetahui tiap-tiap satu
darinya .
Fadhilatnya :Sesiapa yang takut di soal di hari pengadilan , dan mengulangi nama-Nya 1,000 kali , insyaALLAH akan mempunyai kemudahan .
AL-MUBDI :Pengasal - Dia yang telah mencipta semua makhluk untuk pertama kali bukan dari apa-apa dan tanpa sebarang contoh .
Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang dan dihembuskan ibu yang mengandung yang takutkan keguguran , insyaALLAH ibu itu akan bebas dari bahaya .
AL-MU'ID :Pemulih - Dialah yang menghidupkan semula semua makhluk.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang untuk seseorang yang jauh dari keluarganya , insyaALLAH orang
itu akan pulang dengan selamat .
AL-MUHYI :Pemberi Kehidupan - Dialah yang memberi kehidupan dan kesihatan
Fadhilatnya : Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi nama-Nya 7 kali setiap hari , insyaALLAH bebanannya akan dikurangkan .
AL-MIMUT :Pencipta Kematian - Dialah yang mencipta kematian .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan memusnahkan niat musuhnya .
AL-HAYY :Hidup - Dialah yang mengetahui segala-galanya dan kekuatannya .
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan mempunyai umur yang panjang .
AL-QAYYUM :Hidup Sendiri -Dialah yang memegang seluruh alam semesta .
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH tidak akan tewas dalam kelalaian .
AL-WAJID :Penemu - Dialah yang dapat apa jua yang dikehendaki dalam keinginannya.
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan memiliki kemuliaan hati .
AL-MAJID :Berhati Mulia - Dialah yang mulia hatinya , yang membuat kebajikan dan dermawan .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan diterangkan hatinya .
AL-WAHID :Yang Maha Istimewa - Ianya tunggal dalam segala tindakanNya , tidak ada berteman atau bersifat yang sama
dengan sesiapa pun , bahkan perawakan dan perintah .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang seorang diri ditempat sunyi , insyaALLAH akan bebas daripada
ketakutan serta kebingunan .
AL-AHAD : Yang Tunggal .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya yang mana ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .
AS-SAMAD : Yang Berkekalan - Ianya adalah tunggal bagi sesiapa memohon sesuatu yang penting diselesaikan ataupun sebarang masalah yang harus dihapuskan.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan bantuan orang lain .
AL-QADIR :Sentiasa Sanggup - Ia sentiasa sanggup melakukan apa sahaja kehendakNya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH harus sedar akan kebenaran .
AL-MUQTADIR :Berkuasa - Dialah yang lebih berkuasa dari segala makhlukNya .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH ia menyedari kebenarannya .
AL-MUQADDIM : Maha Penyelenggaran .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya di medan perang mahupun didalam ketakutan kerana bersendirian oleh sebab ganjilnya keadaan sekeliling , insyaALLAH bahaya tidak akan menimpa dirinya .
AL-MU'AKHKHIR : Maha Penagguh - Ianya menangguhkan apa sahaja yang dikehendakiNya .
Fadilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali di dalam hati setiap hari , insyaALLAH hanya ketaatan kepada Allah sentiasa kekal . Ketaatan kepada yang lain tidak mempengaruhinya .
AL-AWWAL : Pengawal .
Fadhilatnya : Sesiapa sahaja berkehendakkan anak ataupun mahu bersama-sama dengan seseorang dalam perjalanan , ia harus menyebut nama-Nya 1,000 kali dalam masa 40 jumaat .
AL-AKHIR : Yang Akhir .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula.
AZ-ZAHIR : Penzahir .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 15 kali selepas sembahyang jumaat , insyaALLAH nur atau cahaya akan menyinari hatinya .
AL-BATIN : Pembatin .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 3 kali setiap hari , insyaALLAH akan dapat mengetahui kebenaran segala-galanya .
AL-WALI : Wali atau Pemerintah .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , kemudian menghembuskan nafasnya ke dalam rumahnya , insyaALLAH keselamatan rumahnya akan terpelihara .
AL-MUTA'ALI : Yang Teramat Mulia - Ianya yang termulia dalam sebarang tindakan ,cara atau keadaan , bahkan fikiran seorang manusia . Ianya adalah yang paling tinggi.
AL-BARRA : Sumber Segala Kebaikan - Sesiapa yang penyabar terhadap hambaNya, haiwan dan segala binatang-binatang , tentulah baik kepada semuanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya kepada anak-anaknya, insyaALLAH ia akan dijauhkan daripada kemalangan .
AT-TAWWAB : Penerima Ketaubatan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH taubatnya akan diterima .
AL-MUNTAQIM : Penghukum - Ia menghukum mereka yang bersalah.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menakluki musuh-musuhnya .
AL-'AFUW :Pengampun - Ia sangat pengampun kepada mereka yang taubat , seolah-olah mereka tidak berdosa .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH segala dosanya akan diampunkan .
AR-RA'UF : Maha Pengasih dan Penyayang - Ianya sungguh pengasih dan penyayang.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan dikasihi Allah .
MALIK-UL-MULK : Pemilik Kedaulatan Yang Kekal .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan dihormati Allah .
DHUL-JALAL-WAL-IKRAM : Pengusaha Keagungan Serta Kedaulatan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH dengan kerajinan bekerja serta tekun akan bertemu dengan kejayaan .
AL-MUQSIT :Maha Pengadil - Ianya tetap maha adil dalam segala-galanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , InsyaALLAH akan terjauh dari godaan syaitan .
AL-JAME' :Pengumpul - Ia mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menemui benda-benda yang hilang .
AL-GHANI :Serba Lengkap .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyALLAH akan bersyukur dan tidak akan ada hasrat dengki .
AL-MUGHNI :Pengmakmur .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 10 kali Jumaat , insyaALLAH tidak akan mengalami kekurangan sesuatu apapun .
AL-MANI' :Pencegah .
Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia .
AD-DARR :Pengganggu - Ia menjadikan sesuatu yang menyebabkan seseorang bersifat rendah .
Fadhilatnya :Jika sesiapa yang berketurunan sifat rendah menyebut nama-Nya berulang-ulang setiap malam Jumaat , insyaALLAH taraf mereka akan dinaikkan .
AN-NAFI' :Makmur - Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang dalam masa empat hari ,insyaALLAH ia akan jauh dari aniaya atau bahaya .
AN-NUR :Cahaya - Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam , wajah , fikiran serta hati makhluknya .
Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH hatinya akan lebih terang .
AL-HADI :Penuntun - Ia memimpin hamba-hambaNya menuju kejayaan serta mengarahnya berbakti kepada manusia .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan memperoleh pengetahuan ruhani .
AL-BADI :Tiada BandinganNya - Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang , insyaALLAH kesusahannya akan hilang . ( Ya , ALLAH , Engkaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini . )
AL-BAQI : Yang Kekal .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali sebelum matahari terbit , insyaALLAH akan terpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya dan insyaALLAH dosanya akan diampunkan .
AL-WARITH : Waris Agung - Ialah menguasai segala-galanya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan hidup lama .
AR-RASHID : Pemimpin Ke Arah Kebenaran - Ialah pemimpin yang bijaksana bagi membimbing makhlukNya kearah kebenaran .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 1,000 kali di antara Maghrib dan isya , insyaALLAH kesusahannya akan hilang .
AS-SABUR : Penyabar .
Fadhilatnya : Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut nama-Nya 3,000 kali , insyaALLAH ia akan terselamat

PAHALA ORANG SOLEH

KECUALI orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (At-Tin : 6)

Huraian
Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Demikianlah kenyataan yang kita semua sedia maklum.
Di dalam al-Quran sendiri, Allah s.w.t. banyak menyebut bahawa syurga itu untuk golongan yang beramal soleh dan neraka pula untuk golongan yang menderhaka kepada-Nya.
Dalam hal ini, beruntunglah mereka yang beramal soleh kerana mereka dijanjikan dengan pelbagai nikmat oleh Allah s.w.t. Ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. itu Maha Pemurah.
Justeru, sebagai hamba sewajarnyalah kita mengucapkan syukur atas nikmat-nikmat itu dan menggunakannya pada jalan kebaikan.
Walau bagaimanapun, dalam menunaikan ibadah, kita tidak digalakkan untuk menghitung ganjaran yang bakal diterima.
Sebagai contoh, masyarakat kita sering disogokkan dengan kata-kata bahawa pahala akan diterima jika berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban.
Begitu juga ada di antara kita yang hanya menunaikan solat sunat terawih pada malam tertentu sahaja, kononnya pada malam-malam itu, pahalanya lebih besar.
Sepatutnya individu dalam melakukan ibadah hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Ini kerana setiap individu tidak mengetahui sama ada amalan mereka itu diterima atau ditolak.
Ingatlah bahawa ganjaran itu sebenarnya adalah hak Allah s.w.t. untuk hamba-Nya yang ikhlas beribadah.
Kita patut menjadikan ganjaran itu sebagai motivasi untuk meningkatkan lagi ibadah, bukan menghitung sedikit atau banyaknya yang akan diperoleh.
Kesimpulan
Kita hendaklah mengambil kesempatan di alam kehidupan ini untuk melakukan amal soleh. Moga-moga kita menjadi hamba yang diredhai-Nya dan termasuk dalam golongan yang berjaya di akhirat kelak

RILEKS JAP... :)

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tita-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

Pemandu:
Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss :
Why didn't you come to work?

Pemandu :
I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

TEKA TEKI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan
murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat
dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab
itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di
dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap
kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia
ini?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi
yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al
A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke
neraka."


Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang
paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah
Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang,
gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang
amanah."


Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia
ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar,
tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah
MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan
kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali
didunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = "
Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam
sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana
melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya
sendiri "

CINTA SEJATI

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.




MORAL & IKTIBAR


Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

HMM....

Ketika aku dan mak kesayangan aku duduk menonton tv dalam minggu ini jugak..

+ bila kau mau kawin?

- lama lagi mungkin mak...maybe 4-5 tahun lagi....Kenapa?

+ bapak mu tanya semalam. Dia harap kalau boleh, lepas saja kau habis belajar terus kawin la....

- ntah la...rasa - rasanya memang lambat lagi. Ada sudah pilihan hati tapi tunggulah masa yang sesuai...Aku belum berterus terang lagi dengan muslimat tu...Aku mau terus pegi pinang dia ja nanti...senang....hehe....Lagipun mau kumpul duit dulu...

+ bukan apa, kata bapak mu biarlah cepat - cepat...Dia mau tengok menantu dan cucu anaknya nie....

- hmm.....

Haa? mak dan bapak aku nak aku kahwin cepat?huhu...kalau boleh memang begitu jugalah hajat dihatiku. Tapi apakan daya, aku hanya mampu mencongak - congak dalam angan -angan semata - mata kerana aku masih banyak lagi yang perlu aku buat dan ada sebelum aku melangkah ke gerbang rumahtangga.

Aku tentunya memerlukan sekurang - kurang 3-4 tahun mengumpul wang untuk dijadikan perbelanjaan kahwin. Aku juga perlu menyediakan sekurang - kurangnya sebuah pondok untuk aku dan isteri ku berteduh dan kalau boleh biarlah pondok itu milik aku sepenuhnya supaya isteri ku nanti lebih senang, lebih selesa untuk tinggal di pondok itu.

Tetapi semua diatas termasuk dalam persiapan fizikal semata - mata. Hakikatnya, aku perlu melakukan persiapan yang lebih rapi dalam bab mental atau rohani aku. Aku sendiri tidak tahu sama ada aku sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar dalam masa terdekat ini atau tidak. Perlu aku akui, aku masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan. Kerana itu, aku bimbang tidak ada muslimah yang sudi untuk hidup dan menemaniku dalam perjuangan ini. Siapalah aku untuk mengharapkan bidadari syurga sedangkan diriku ibarat si pengemis jalanan yang hina.

Aku bukanlah termasuk dalam kalangan lelaki yang cerewet dalam bab memilih pasangan. Ciri - ciri muslimah idaman aku tentunya sama juga dengan ciri - ciri yang difikirkan oleh kebanyakan rajul diluar sana.

Aku mahukan seorang muslimah yang tumbuh dan mekar kerana benih - benih agama dan tidak menjadikan agama sekadar anutan bak pembalut yang membaluti buah mangga; sekadar menjaga luaran buah semata tetapi isi di dalam rosak kerana tidak dibajai dengan baja yang baik.
Aku mahukan seorang muslimah yang mampu menerima aku seadanya. Tidak mengharapkan sesuatu yang lebih dan di luar kemampuan ku. Mampu menerima dan menganggap diriku seperti insan biasa yang kadangkala terlupa dan terleka.
Aku mahukan seseorang yang mampu mencintai aku setulus dan seikhlasnya. Menjadikan hanya aku seorang lelaki yang layak dicintai dan menemaninya dari dunia dan akhirat, insyaAllah.
Paling penting, aku mahukan muslimah yang sudi mengikutiku berkelana ke mana pun jua, selagi mana tujuan dan niat tidak tersasar dari landasan yang benar.

Tentunya pembaca yang terdiri daripada sahabat - sahabat muslimah tidak setuju dengan ciri - ciri yang aku letakkan diatas dengan alasan bahawa aku hanya mementingkan diri sendiri. Perlu mengikuti semua kehendak dan kemahuan ku semata - mata. Sahabat - sahabat muslimah tentu merasakan aku tidak adil kerana semua ciri - ciri diatas hanya memihak padaku, iaitu semuanya bertumpu kepada kemahuan ku padahal isteri juga tentunya punya hak dan kemahuannya sendiri.

Ya, aku memang mengakui bahawa muslimah juga punya hak untuk menentukan siapa dan bagaimana bakal suaminya. Setiap muslimah juga tentunya mendambakan seorang suami yang penyayang, beragama, bertanggungjawab dan sebagainya. Betul tidak? Kerana itu aku tidak menggariskan ciri - ciri yang yang berat sebelah. Contohnya, ciri - ciri seperti cantik dan pintar. Cantik dan pintar itukan bersifat subjektif. Tentulah perkara seperti itu tidak boleh dijadikan syarat ataupun penanda aras dalam menentukan pilihan. Semestinya perkara yang sedemikian itu sekiranya dijadikan asas dalam pemilihan pasangan, kita tidak akan mampu mencari hingga kiamat kelak.

Aku menggariskan perkara diatas kerana aku tahu bahawa akulah yang sepatutnya terlebih dahulu perlu mempersiapkan diri aku dengan ciri - ciri tersebut supaya ianya lebih adil bagi bakal isteriku. Aku mahukan seorang isteri yang boleh menerima aku seadanya, maka sudah tentulah aku juga perlu menerimanya dengan keadaan yang sama. Aku mahukan seorang isteri yang indah akhlak dan baik amalan agamanya, maka aku juga perlu menjadikan diriku mempunyai akhlak terpuji dan baik dalm hal amalan agama. Sekiranya aku mengharapkan bakal isteri ku begitu begitu, maka aku juga perlu menjadi begini begini terlebih dahulu. Baharulah baitul muslim yang ingin didirikan menepati kehendak dan kemahuan bersama. Sekiranya kehendak dan kemahuan sesama pasangan telah sepakat, tentunya mawaddah dan sakinah akan lebih mudah disemai dan bisa hidup subur dalam rumahtangga berkenaan.

Niat aku menulis ini bukanlah kerana mahu mendedahkan ciri - ciri muslimah idamanku, tetapi semata - mata ingin mengajak para sahabat berfikir sejenak tentang hakikat memilih pasangan untuk dijadikan pasangan dunia dan akhirat. Pilih pasangan yang sesuai dengan diri kita. Enggang sama enggang, pipit sama pipit.

" Sesungguhnya wanita yang baik - baik itu adalah untuk lelaki yang baik - baik manakala wanita yang buruk itu adalah untuk lelaki yang buruk "


Ayuh semua lelaki yang diluar sana, jadikan diri kita contoh dan model yang baik terlebih dahulu sebelum mengharapkan seseorang yang baik untuk diri kita... :)

Yang Sedang Berusaha Untuk Menjadi Baik,
Asran O

SELAMAT HARI BAPA... :)

Bulan Jun tiba lagi. Setelah sambutan Hari Ibu pada bulan Mei yang lepas, tibalah pula sambutan bagi menghargai pengorbanan dan jasa seorang lelaki yang bergelar BAPA, AYAH, DADDY, ABI, AYAHANDA dan pelbagai lagi gelaran yang merujuk kepada watak yang sama iaitu BAPA. Semua gelaran itu sebenarnya tidaklah penting, tetapi yang paling penting ialah peranan yang dimainkan oleh watak berkenaan.

Kepada semua BAPA - BAPA yang berada di seluruh dunia, aku mengucapkan SELAMAT HARI BAPA termasuklah yang teristimewanya kepada seorang bapa yang merangkap seorang guru dan kawan kepada aku iaitu Tuan Haji Omar Bin Arjani. Beliau sangat - sangat aku sanjung kerana tanpa jasa dan pengorbanannya kepada keluarga kami, tentunya aku dan adik - beradik yang lain takkan mampu berada pada tempat yang kami berpijak kini. Kini, kami telah berjaya merubah kehidupan kami daripada tahap yang agak susah pada suatu masa dahulu kepada tahap yang agak sederhana dan senang sekarang. Dan tentunya yang paling sangat terkesan dengan aku ialah apabila beliau meminta ( walaupun hakikat sebenarnya memaksa...hehe ) aku mengisi borang untuk masuk ke IPG ( maktab ketika itu ). Waktu itu aku sebenarnya tidaklah mempunyai cita - cita mahupun keinginan untuk menjadi seorang guru namun kerana taat ( ataupun mungkin takut untuk membantah pasal bapa aku SANGAT garang ;p )aku turutkan juga kemahuannya. Mungkin kerana berkat doa dan kesungguhnya untuk melihat aku menjadi seorang guru, maka akhirnya aku berjaya juga dipanggil untuk ditemuduga sebelum layak masuk ke IPG.

Sepanjang masa sebelum waktu temuduga itu, bapa akulah yang paling sibuk menguruskan semua urusan aku. Aku pulak duduk relaks saja sebab aku tidak berharap sangat pun aku lulus temuduga tu. Sejak temuduga itu sampailah ketika saat menghantar aku di Maktab Perguruan Gaya pada Julai 2005, bapa akulah yang paling banyak berkorban dan melakukan apa sahaja untuk pastikan yang aku selesa dan siap sebelum masuk ke maktab. Akhirnya setelah lima tahun berlalu, aku sudah menyukai dan menyintai profesion perguruan yang aku ceburi ini dan ini semua kerana jasa bapa aku yang banyak bersusah payah demi aku. Aku sangat - sangat bersyukur dan aku berdoa semoga Allah SWT memberikan kesihatan yang baik dan selalu melindungi serta memelihara beliau dengan penuh rahmat dan kasih sayang.

Kepada semua teman - teman yang masih mempunyai bapa, hargai dan pandanglah segala tindak tanduk yang dilakukan oleh bapa kita dengan pandangan yang baik dan jangan sekali - kali berasa menyesal ataupun melawan segala kehendak serta kemahuan mereka kerana tiada bapa ( termasuk jugalah ibu ) yang mahu melihat anak mereka melarat serta hidup susah melainkan semata - mata untuk kesenangan kita sebagai anak - anak. Jika kita ingin Allah redha kepada kita maka terlebih dahulu kita harus meraih redha ibu bapa kerana redha Allah terletak pada redhanya keduanya. Jika ibu bapa telah redha kepada kita, InsyaAllah kehidupan kita akan selamat dan mudah di dunia dan di akhirat kelak. Berusahalah untuk menjadi anak - anak yang soleh dan solehah kerana suatu hari nanti, kita juga bakal berkahwin dan mempunyai anak - anak. Kitaran hidup pasti akan berlaku ( karma ). Sekiranya kita gagal menunaikan hak selaku anak - anak, maka janganlah menyesal sekiranya suatu hati nanti anak - anak kita melakukan perkara yang sama kepada kita. Ingat tu ye...

SELAMAT HARI BAPA KEPADA TUAN HAJI OMAR BIN ARJANI,
ANDA BAPA YANG PALING HEBAT DI DUNIA DAN AKHIRAT!!!

Salam daripada anak mu,
Asran Omar (",)

UJIAN??

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang - orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang - orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang - orang yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang - orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang - orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


PELAYARAN...?

Kehidupan manusia bagaikan seorang pelayar yang belayar dalam sebuah bahtera. Pelayaran itu sudah semestinya mempunyai destinasi untuk ditujui. Namun begitu, sebelum sampai ke destinasi tersebut, sudah pasti bahtera itu akan singgah mengisi bekalan dan keperluan di pelabuhan - pelabuhan yang terdapat di sepanjang perjalanan. Pelayar yang baik sudah pasti akan singgah di pelabuhan tersebut dan hanya mengambil bekalan dan keperluan secukupnya. Pelayar yang tamak pula bukannya mengambil bekalan dan keperluan yang sepatutnya tetapi akan membawa muatan harta kekayaan yang terdapat di pelabuhan itu. Pelayar yang tidak mempunyai ilmu mengenai pelayaran pula pasti tidak akan mengambil endah tentang persinggahan itu. Dia hanya turun daripada bahteranya dan menikmati keindahan dan keseronakkan yang terdapat di pelabuhan yang menjadi persinggahannya. Dia tidak mempedulikan hakikat bekalan dan keperluan pelayarannya yang sedikit dan hampir habis itu.

Hakikatnya manusia di dunia ini tergolong dalam tiga jenis pelayar seperti di atas. Manusia yang beriman sudah pastinya mempunyai sikap seperti pelayar yang pertama. Orang yang beriman akan menjadikan dunia ini sebagai tempat mengisi bekalan yang berupa amal ibadah dan perkara kebajikan untuk menuju ke arah perhentian yang hakiki iaitu syurga Firdausi. Manusia yang hanyut dalam mengumpul harta kekayaan pula diibaratkan seperti pelayar yang kedua. Manusia seperti ini pasti akan tenggelam dalam nikmat yang sementara dan tidak akan mampu menjejakkan kaki hingga ke penghujung pelayaran. Dan sementara itu, golongan yang paling celaka pula ialah manusia yang hanya menjadikan dunia ini sebagai tempat berseronok - seronok dan bersuka ria sahaja tanpa memikirkan tujuan dan hala tuju kehidupannya. Mereka pastilah akan terleka dan terpedaya dengan nikmat yang sementara itu.

Wahai teman, di manakah kedudukan kita? Di golongan manakah letaknya diri kita? Bangkit dan sedarlah dari lena mu. Tetapkan hala tuju dalam kehidupan kita. Semoga kita akan selamat dalam pelayaran penuh pancaroba dan dugaan ini. InsyaAllah...

Salam
Asran O.

KISAH SEBIJI NANGKA : TIADA KEJAYAAN TANPA USAHA YANG GIGIH


Kampung itu sungguh sunyi sewaktu kebanyakan orang kampung telah pun keluar untuk mencari nafkah. Salmah melihat ke arah sebiji buah nangka besar yang telah pun hitam di bawahnya. Ulat- ulat sudah mula menyerang. mungkin dia boleh menyelamatkan separuh nangka itu yang masih elok. dia boleh mendapat RM8 jika dijual di tepi jalan. Orang tengah hanya akan membayar RM3 untuk buah itu. Dia akan mendapat keuntungan yang lebih jika menjualnya sendiri namun itu bermakna dia perlu duduk dan tidak dapat melakukan apa- apa di gerai sepanjang hari.

” Bang! ” Dia memanggil suaminya, Junid. ” Abang senang tak hari ini? ”. Junid menghalakan mata ke arah isterinya dengan agak malas sambil menghisap rokok daunnya. Dia menghembus asap itu keluar.

” Kenapa? ” Dia tersenyum. Salmah merasakan kemarahannya meluap. Silap - silap dia boleh terkena serangan jantung dengan memendam perasaannya.

” Tolonglah tengok- tengokkan gerai tu! ” Dia menjerit ke arah suaminya dengan jengkel.

Junid membuang pandangannya sambil berkata, ” Kenapa tidak awak saja yang buat? ”.

” Saya buat semua tu kalau abang tolong basuhkan pakaian dan keringkan biji koko tu, ” jawab Salmah.

Junid menghisap rokoknya sekali lagi sebelum turun dari tunggul pokok mati tempat dia duduk berehat. dia melerai dan mengikat kembali ikatan kain sarongnya sambil berkata, ” Yalah, aku pergi buatlah. ”

Ketika dia berjalan menuju ke gerai, isterinya menjerit kepadanya, ” Jangan berlenggang saja di sana! Ambil nangka tu dari pokok kemudian potong- potong. Letak dalam beg plastik sebelum awak jalan. Awak tahu kan yang orang- orang bandar tu tak suka tangan mereka terkena getah nangka sewaktu makan buah nangka. ”

Salmah mendengus sewaktu memikirkan tentang orang- orang bandar yang kaya raya. Suatu hari nanti, dia akan ada kereta dan tak perlu lagi bersusah payah bekerja. Tetapi suaminya tak pernah membantunya. Suaminya agak lembab dari segi mental dan tidak tahu bagaimana hendak mengira duit. Mujur anak perempuan mereka mendapat biasiswa dan akan mendapat ijazah sebagai seorang jurutera kelak. Salmah akan menjual sebahagian daripada tanah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk membayar wang pendahuluan bagi membeli sebuah rumah dan kereta untuk anak perempuannya. Kemudian dia akan dapat bersenang lenang. Tetapi dia tidak akan membiarkan suaminya, Junid terlalu bebas, kerana yang anehnya, anak perempuan mereka lebih menyayangi ayahnya berbanding dengan Salmah.

” Oooh! ” Pekik jirannya, Minah dengan membuat bunyi seperti monyet menjerit. Bunyi itu menarik perhatiannya. ” Selamat pagi Kak Minah, ” sapa Salmah dengan sopan sambil meletakkan pakaian- pakaian kotor ke dalam air sabun. Minah bertanya tentang sesuatu yang telah pun jelas, ” Basuh baju? Lambat hari ni.”

”Aah, ” jawab Salmah. ” Saya perlu habiskan semuanya ni dan perlu pergi tolong Junid jaga gerai. Dia tu tak tahu nak tukarkan wang RM5. Kalau tukar wang RM10 dia boleh, tapi entah macam mana kalau RM5 tak boleh pula. ” Minah ketawa. ” Pasal tu Abang Junid dapat awak, ” dia berkata dengan penuh girang.

Ketika Salmah menyidai pakaian di atas batang bambu, Junid datang dengan bersahaja. Dia membasuh kakinya dengan air dari tempayan di bawah tangga. Dia menggoyang- goyangkan kakinya dan kemudian naik ke beranda rumah kecil kayu mereka lantas duduk. Dia sedang membetulkan kain sarong yang terletak diantara kakinya sewaktu Salmah menjerit ke arahnya, ” Kenapa awak balik awal sangat ? ”.

Junid dengan pantas menjawab, ” Saya dah habis jual semua. ”

” Duitnya mana? ” tanya Salmah. Junid membuka gulungan kain sarongnnya dan mengeluarkan beberapa keping tiket loteri.

” Seorang perempuan bagi dengan saya semua ini untuk nangka tu. Keputusannya keluar esok. ” Jawab Junid sambil berbaring ke sisi untuk tidur.

” Awak ni bodohlah...” kemudian Salmah berasa agak sangsi. Ini mungkin perempuan yang bertuah. Mungkin ini hari bertuah mereka.

Malam itu, Salmah tidak dapat tidur. Dia tidak sabar menunggu matahari untuk terbit dan keputusan cabutan tiket bertuah diumumkan. Sewaktu dia mendengar siaran radio, dia mendengar juruhebah mengumumkan, ” Tiket yang menang ialah 390 004 218. ” Itu nombor mereka. Mereka menang! Salmah akan dapat rumah dan keretanya lebih awal dari yang disangkakannya. Kemudian juruhebah itu menyambung, ” Pemenang boleh datang ke pejabat kami untuk menuntut basikal percuma. Terima kasih kerana mengambil bahagian di dalam cabutan amal ini.” Salmah memandang Junid, dan perlahan wajahnya menjadi marah.
SEKIAN.

AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA? www.iLuvislam.com serunaiklang_91 editor : everjihad

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.



Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.


"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
***************



Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.
Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!


Sumber : penditamuda.blogspot.com

TAUTAN HATI..Part 2


Sambungan cerita berkenaan novel Tautan Hati...

Semalam, ada berlaku satu peristiwa yang sangat menyentuh hati aku. Walaupun begitu, alhamdulillah aku bersyukur kerana Allah memberikan kelapangan hati dan minda aku untuk menerima peristiwa tersebut dengan penuh keterbukaan..

Seorang Hamba Allah telah mengingatkan kembali tentang nilai- nilai yang terdapat dalam Tautan Hati ( kebetulan dia juga dah baca novel tu ) kepada aku. Dan aku sedar semua yang diungkapkan oleh Hamba Allah tu adalah benar dan baik. Mula- mula aku rasa malu yang teramat sangat, tapi kemudiannya aku bersyukur kerana dikurniakan seorang teman yang baik. Dia seorang yang sangat berhemah dalam memberikan teguran dalam setiap tingkah laku ku yang salah. Dan aku sangat menyenanginya..

Tautan Hati telah memberikan kekuatan untuk aku menerima keadaan pada malam itu. Kerana itu, aku bertekad untuk mentarbiah semula diri ku. Aku mahu berubah menjadi lebih baik lagi. Aku mahu mencontohi pengorbanan yang digambarkan melalui watak Umar Al Mujahid dalam merubah gaya hidupnya..Untuk itu aku perlu berjuang habis- habisan menentang nafsu diri ku sendiri. Aku perlu bermujahadah sekuat- kuatnya..doakan aku semoga dapat mentarbiah kembali diri agar dapat berubah menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang..InsyaAllah, Aminn...

Buat mu teman, terima kasih atas nasihat dan teguran mu. Maafkanlah diriku kerana tidak mampu menjadi seorang sahabat yang selalu membimbing dan memimpin dirimu. Semoga ada manfaat dan hikmah dalam setiap keputusan yang kita buat.. :)

Ku anggap dirimu laksana tongkat yang memimpin si buta seperti ku.

MANUSIA FITRAHNYA ADALAH PERJUANGAN,
TANPA PERJUANGAN HIDUP BAGAIKAN ANGAN- ANGAN,
PERJUANGAN PASTINYA PERLUKAN PENGORBANAN,
PENGORBANAN PERLU DISEMAI DENGAN BUAH KEIMANAN,
AGAR DAPAT MEMBENIHKAN POHON KEJAYAAN.

Salam
Asran O

TAUTAN HATI...Part 1

Pernah dengar tak novel dengan tajuk kat atas tu? Tautan Hati merupakan sebuah novel islami tulisan Fatimah Syarha. Watak utama yang memberikan kesan yang sangat mendalam dalam novel nie ialah Asiah Yusra. Watak yang sangat- sangat diimpikan oleh semua lelaki yang mahukan seorang isteri yang baik, solehah dan sentiasa berada dalam landasan dakwah. Setakat itu saja penerangan tentang novel tu..kerana bukan itu yang aku nak tulis kat sini..

Aku dah baca novel nie lama dah..aku beli novel nie tahun 2008. Aku habiskan masa selama 2 minggu untuk baca novel yang setebal kamus dewan bahasa dan sebesar saiz novel biasa. Sejak tu, aku dah khatam ntah berapa kali dah. Novel nie merupakan salah satu novel yang aku anggap sangat bernilai kerana novel nie banyak buka minda dan memberikan titik perubahan untuk diri aku. Aku tertarik pada watak hero novel nie iaitu Umar Al-Mujahid. Aku tertarik bukan sebab dia hero tapi kerana kehidupan yang digambarkan mengenai Umar nie sedikit sebanyak ada persamaan dengan diri aku. Umar digambarkan sebagai seorang yang baik sebelumnya dan kemudian terbabas dalam hal hubungan antara lelaki dan perempuan akibat terpedaya dengan nafsu serta terpengaruh dengan suasana persekitaran pada zaman ini. Umar kemudian menyedari kekhilafannya dan kembali kepada landasan syariat Islam.

Sejarah hidup aku adalah sedikit sebanyak sama dengan Umar walaupun hakikatnya dalam situasi ataupun konteks yang agak berlainan. Sejak aku habis baca novel tu, aku banyak berfikir tentang diri aku. Tentang kehidupan aku. Tentang gaya hidup aku. Adakah kehidupan aku selama nie selari dengan kehendak agama? Adakah gaya hidup aku selama nie bertepatan dengan syariat? dan hasilnya aku menangis...menangis yang teramat sangat kerana aku tahu jawapannya..Hari demi hari, aku cuba berubah selari dengan tuntutan agama yang diterangkan dalam novel tu. Novel Tautan Hati dah aku anggap macam 'kitab' kerana banyak perkara yang selama nie aku tak ambil remeh sangat padahal benda tu sangat besar impaknya dengan diri kita.

2008, 2009, sampailah 2010...iman aku turun naik macam lif. Kadang- kadang lama jugak lah aku jadi good boy..tapi kadang- kadang datang balik perangai buruk aku...Tak perlulah aku ceritakan kisah silam aku kerana kalau aku cerita, seakan- akan aku membuka aib aku sendiri dan kadang- kadang nampak macam aku bangga pula dengan perangai jahililiah aku tu. Padahal aku memang dah menyesal sangat dan tak mahu lagi ingat perangai- perangai aku tu. Aku berdoa semoga Allah SWT terus menutup aib dan perkara- perkara buruk aku selama nie...Aminn..

Bismillahir Rahmannir Rahim

Alhamdulillah...akhirnya aku berjaya jugak buat blog aku sendiri setelah cukup lama merancang. Walaupun hakikatnya aku belum 'pandai' sangat dengan benda ni, namun aku akan cuba untuk 'upgrade' laman blog aku ni supaya lebih menarik dan interaktif..

Sebenarnya, tujuan aku buat blog ni bukan kerana saja nak mengisi masa lapang, tetapi aku cuba menjadikan blog sebagai sebahagian daripada hobi dan cuba menjadikan blog ni sebagai medium perjuangan aku..

Untuk pengetahuan semua, aku akan mengekalkan 'gaya bahasa' aku yang agak bersahaja dan biasa- biasa ni dalam setiap 'post' yang aku tulis, dan aku HANYA AKAN menggunakan bahasa yang rasmi dalam post- posy yang memerlukan aku menggunakan bahasa rasmi macam tu..

Ok, setakat ni saja sebagai pendahuluan..semoga ada perkara yang lebih menarik dan bermanfaat pada post yang akan datang...

salam perkenalan dari diri ku,
sang musafir berkelana mencari makna dalam kehidupan..

Waalaikumsalam wbt...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...