PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432H

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca blog yang dirahmati Allah..Pada pagi 1 Syawal ini,saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas kekhilafan dan kesilapan diri ini sepanjang perkenalan kepada semua sahabat - sahabat sekalian..Sesungguhnya dengan bermulanya 1 Syawal pada hari ini,maka bermakna kita telah pun meninggalkan Madrasah Ramadhan yang dirindui dan mula melangkah ke dalam bulan Syawal yang dirai sebagai tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa..Pada hari ini,semua umat Islam seluruh dunia diibaratkan seperti baru dilahirkan semula dalam keadaan fitrah iaitu suci daripada dosa- dosa setelah melalui tarbiyah dan tazkiyah dalam Madrasah Ramadhan yang lepas..A'la kulli hal,mohon maaf sekali lagi kepada semua dan diharapkan Syawal ini memberikan seribu pengertian kepada kita..Taqabballahu minna wa minkum fataqqabal ya kareem..Minal aidil wal faizin..
Published with Blogger-droid v1.7.2

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...