SELAMAT TAHUN BAHARU 2011

Assalammualaikum..

Adakah anda sedar kita sudah pun sebenarnya berada selama 25 hari dalam bulan Muharram bagi tahun baharu 1432H? Tentunya ada dalam kalangan kita sudah pun ingat - ingat lupa bukan? Hari ini pula kita sudah berada hari yang terakhir bagi tahun masihi 2010. Malam ini tentunya akan diadakan pelbagai konsert dan juga keraian di merata tempat di seluruh negara. Dalam kegigihan dan bersemangatnya 'pihak berwajib' menyatakan pendirian untuk mengurangkan indeks jenayah buang bayi dan masalah golongan remaja yang melakukan perlakuan sumbang, mereka masih tetap 'lupa' atau pun 'berpejam mata' sekaligus mengizinkan berlakunya pokok bagi segala masalah keruntuhan akhlak yang timbul di negara kita ini iaitu konsert - konsert tahun baharu yang bercampur diantara anak - anak adam dan hawa yang bukan muhrim.


Seperti kebiasaannya, sesudah selesai sahaja konsert pada tengah malam tahun baharu, kita akan melihat berbondong - bondong anak gadis kita terutamanya yang muslim diusung ke hotel - hotel, rumah tumpangan, rumah sewa, semak samun dan sebagainya oleh si lelaki durjana. Disebalik sampah - sarap yang bertimbun, terselit puluhan bekas kondom terpakai. Maka jangan hairan enam bulan dari sekarang, negara kita akan dikejutkan oleh penemuan bayi - bayi yang dibuang di sungai, tong sampah , masjid, surau, depan rumah orang, hospital. Bagi abyi yang bernasib baik, mereka akan ditemui oleh orang ramai dalam keadaan yang masih bernafas dan elok. Tetapi bagi mereka yang malang, ada dikalangan mereka yang akan menjadi habuan semut dan anjing - anjing yang kelaparan. Malahan ada juga yang ditemui tinggal separuh badan sahaja selepas dibaham oleh anjing. Dimanakah sifat kemanusiaan kita? Apakah kita tega melihat senario tersebut berlaku saban tahun? Dimanakah tanggungjawab dan peranan kita bagi membanteras perkara ini?

Seharusnya dalam menyelesaikan perkara ini, pihak berwajib dan masyarakat harus mencari dan melihat kepada masalah utama yang menjadi akar kepada segala masalah yang timbul. Rumah Pengasih, Sekolah Bagi Remaja Mengandung, pemberian kondom percuma, Pendidikan Seksualiti bukanlah penyelesaian yang terbaik dalam menyelesaikan masalah ini. Akar utama bagi masalah ini sebenarnya ialah pergaulan bebas dalam kalangan remaja kita pada masa kini. Pergaulan bebas sesama remaja lelaki dan perempuan pada waktu ini perlu dibataskan terutamanya bagi yang muslim. Pergaulan mereka sepatutnya berlandaskan kepada syariat dan bukannya menurut nafsu semata.

Anak - anak remaja masa kini perlu diterapkan dan diasuh dengan bimbingan pendidikan agama yang kuat dan bukannya dengan ilmu pendidikan seksualiti semata. Saya hairan mengapa perlunya kepada pengajaran pendidikan seksualiti seawal tahun satu padahal mereka masih belum pun mempunyai apa - apa 'idea' mengenai perkara tersebut sama ada mengenai anatomi fizikal mereka atau pun naluri. Kanak - kanak tersebut fitrahnya suci, maka seharusnya kita menjaga kesucian fitrah dan pemikiran mereka. Mengapa harus kita 'mencemarkan' pemikiran mereka dengan ilmu - ilmu yang sepatutnya mereka kuasai hanya apabila sudah mencapai tahap akil baligh. Kanak - kanak seawal umur tujuh tahun itu sepatutnya diberikan didikan dan bimbingan agama yang cukup bagi membina jati diri dan benteng iman mereka. Saya yakin sekiranya perkara ini dipraktikkan, kita akan berjaya mengurangkan kadar maksiat di negara kita ini.

Saya sebenarnya cukup terkilan dengan apa yang berlaku di negara kita ini. Dengan gejala pergaulan bebas yang meningkat, jenayah buang bayi dan sebagainya, kita menjadikan anak - anak yang tidak berdosa itu sebagai 'pihak' yang harus bertanggungjawab diatas masalah tersebut dengan menetapkan sistem pendidikan yang memasukkan pelbagai elemen - elemen dan subjek yang menyesakkan pemikiran mereka sebagai kanak - kanak.

Akhirnya, saya berdoa dan berharap semoga suatu masa nanti senario di negara kita akan berubah. Tiada lagi masalah buang bayi, seks bebas, dan pelbagai lagi masalah yang diakibatkan oleh pergaulan bebas dan keruntuhan akhlak remaja kita. Semoga tahun baharu 2011 yang akan menjelma beberapa jam sahaja lagi akan menjadi noktah bidayah bagi lembaran yang baharu dan ceria bagi kita rakyat Malaysia. Semoga Malaysia terus makmur dan dirahmati oleh Allah. "Baldatan toyyibatan wa rabbun ghafur"


Selamat Tahun Baharu 2011

Ingatlah wahai teman, dalam setiap perjalanan yang panjang dan meletihkan, pastinya kita perlu berhenti dalam setiap perhentian bagi menghilangkan lapar dahaga dan untuk mengisi bekalan, ambillah bekalan seadanya dan jangan berlebihan, kelak kau akan terduduk dan longlai akibat tidak terdaya menanggung bebanan, begitu juga janganlah leka dan alpa di perhentian sehingga terlalai menyimpan bekalan, kelak dirimu akan merana dan terhenti di separuh perjalanan, sehingga akhirnya tidak berjaya sampai ke pengakhiran, ingatlah ini wahai kawan, andai kaki mu lemah dan rebah di perjalanan, bangkit dan binalah semula kekuatan, jika tubuh mu jatuh dan tersungkur ke permukaan, bangun dan tegapkan la semula langkahan, ingatlah ini wahai rakan, sekadar nasihat sesama kita tanda ingatan, moga Allah memberi rahmat dan keampunan, dan semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan sepanjang zaman..

TAKDIR : SAJA NAK TUMPANG TANYA..


+ "Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." setiap saat hati dan fikiranku mengingati Allah..kurasakan hatiku bergelora dan perasaan sayu sentiasa menyelubungi diri..titisan air mata terasa ingin mencurah-curah mengalir ke pipi..fikiran melayang lantas tumpuan terhadap kerja2 hilang...inikah ketenangan yang dimaksudkan??

- perlu di perhatikan kenapa rasa nak menangis tu..jika kita mmg fikirkan Allah, insyaAllah akan lebih bersemangat...tp kadang2 syaitan nie pandai amik kesempatan, dia saja wat hati kita sedih, sayu dan mcm2 lagi...then kita pon mulalah rasa lemah dan malas nak wat keja..dengan alasan tgh sayu..kerana itu nabi selalu amal doa nie ~ Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazn, wa auzubika minal ajzi wal kasa, wa auzubika minal jubn wal bukh, wa auzubika minal ghalabatid daini wal rijal....


+ hati ni terlalu ingin utk terus mendekati Allah..tp bila saja nak buat amal..nak buat kebaikan..rasa mcm ada saja bisikan yang mndorong untuk menjauhi segala kebajikan..mcm mana nk jauhi perasaan tu?


- itu mmg pastilah ada perasaan mcm tu...kalo nak buat amal nie mudah, ramai rasanya yg masok syurga n xdelah org2 yg melakukan kejahatan kat dunia nie....setiap kebaikan itu pasti ada ujian daripada Allah...bisikan syaitan itu juga sebahagia...n drpd ujian yg diturunkan Allah...syaitan bleh mmbisikkan perasaan mcm tu hanya dengan izin Allah..so, doa selalu kat Allah agar Allah pelihara kita drpd bisikan syaitan tsebut...


jalan ke neraka itu sgt indah dan mudah...tapi pengakhirannya sgt ngeri dan celaka....jalan ke syurga itu berliku2 dan payah..tap pengakhirannya manis dan indah...

teruskan mendekati Allah..jgn tewas dgn bisikan syaitan..semakin kuat dia menghasut, maka sepatutnya semakin kuat kita menidakkan hasutannya tu..
sebagai manusia biasa mmg tak lari dr keadaan nie..turun naik iman perkara yg biasa bgi manusia lemah mcm kita nie...perbanyakkan usaha utk maintainkan iman kita tu...Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Tanda cintakan Allah S.W.T. ial...ah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”(baihaqi)

insyaAllah, saling ingat mengingatkan itu mmg suatu kwajipan bagi setiap muslim...andai seorang terlupa, maka mnjadi kwajipan yg sorg lagi utk mengingatkannya... :)

wa tawasau bil haq, wa tawasau bissobr...

ujian yg menimpa kita adalah selari ataupun setanding dgn tahap iman kita...maka bersyukurlah kita jika kita diuji dgn ujian yg berat kerana itu tandanya Allah sedang menaikkan martabat iman kita...apa pun yg berlaku, jgn pernah sekali tinggalkan bermuhasabah diri...kerana dgn muhasabah, insyaAllah kita akan selalu dpt menjaga hati dan iman kita...

+
masalahnya akhi...adakah bnar ini ujian atau balasan??

- ujian itu ada dalam beberapa bentuk....sebenarnya kita tak sebut ujian tu sebagai balasan tetapi lebih tepat ialah sebagai kaffarah kpd dosa2 kita yg lepas...apa yg berlaku kpd kita sebenarnya adalah utk 'mencuci' diri kita yg 'kotor' lanta...ran pelbagai dosa dan maksiat yg kita lakukan..maka, Allah menurunkan ujian sebagai kaffarah bagi menghapuskan dosa2 kita..wallahualam..insyaAllah, setiap apa yg berlaku itu ada hikmah yg tsembunyi dan hanya Allah yang Maha Mengetahui setapi perkara yang tersembunyi itu...Allah tak pernah membebankan/ menganiaya hamba2 nya..apa yg berlaku sebenarnya ialah kita sendiri yg menganiaya dan menzalimi diri sendiri...PUT YOUR TRUST IN HIM..have faith... :)

+‎ 'Allah tidak akan menguji hambaNya sekiranya hambaNya itu tidak mampu untuk menghadapi ujian tersebut..'
sekiranya hamba itu tidak dapat juga menghadapi ujian yang diberikan..adakah itu dinamakan takdir?


- "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagi kamu.Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui."(Al-Baqarah : 216)
ujian Allah adalah selari dengan tahap iman seseorang manusia...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
( Al Baqarah : 286 )


maka perbanyakkan doa yg kat atas nie....apa yg berlaku kpd kita mmg suda ditakdirkan, tetapi kita mpunyai kuasa utk memilih takdir dgn mmperbanyakkan doa kpd Allah...sekiranya apa yg berlaku dgn kita itu tidak sperti yg kita inginkan, maka redhalah dgn segala ketentuan Allah...ada hikmah yg tersembunyi yg hanya Allah yang tahu...perhatikan ayat 216 kat atas tu..


‎"Tanamkanlah kesabaran dalam menghadapi sgl kesulitan.. bencana.. dan kesengsaraan.. kerana kesabaran merupakan salah satu diantara moral yg tertinggi.. dan akhlak yg mulia.. bersandardirilah kpd ALLAH dan senantiasalah minta perlindungan-NYA dari sgl bencana dan penderitaan.. jangan berharap pertolongan dan perlindungan dr siapapun.. kecuali dari ALLAH." (Ali bin Abi Thalib)


*perbualan diatas adalah berdasarkan perbualan saya dengan seorang rakan di facebook beberapa bulan yang lepas..saja kongsi sebagai ingatan buat diri sendiri...maaf jika pendapat saya tidak tepat dalam menjawab persoalan yang diutarakan...sekiranya sahabat - sahabat punya jawapan yang lebih tepat, saya alu -alukan untuk berkongsi di ruangan ini.... :)



SYAFAKALLAH

~BismillahirrahmannirrahiM~

Hari ini genap dua minggu aku kena demam selesema..tapi rasanya hari ini lah yang paling teruk..mata aku bengkak dan merah kerana gatal dari hidung yang naik ke mata aku...mata dan hidung sangat gatal..mak ayah aku dah bising dah..suruh aku pegi klinik..aku sebenarnya bukan apa..kalau pegi klinik pun, aku tau jugak ubat apa yang dorg nak bagi kat aku...mesti ubat demam selesema dan eye mo jugak...huhu...pastu charge sampai berpuluh ringgit padahal harga benda tu semua paling mahal pun sepuluh ringgit lebih ja pun...

aku tak tahu la kenapa jadi macam nie...tapi rasanya agak normal aku demam selesema di rumah nie...mungkin sebab 'environment' yang berbeza kot dengan keadaan aku yang biasa...lagipun kat sini aku duduk terkurung ja kat rumah..so, virus tu senang la merebak dari seorang ke seorang...


apa - apa pun, aku harap mata aku nie kembali la cerah dan normal...sekarang nie memang merah sungguh macam biji saga...aku sendiri takut tengok...dah sepet sebab bengkak, merah lagi..macam mata hantu pun ada jugak...huu...

Syafakallah..

...

KAWAN AKU CAKAP MACAM NIE..

Ada seorang kawan pernah berkata dengan saya,

" aku nak berubah la...nak jugak jadi macam budak - budak surau tu..tapi susah la.."

Lantas saya pun memberikan satu analogi,

" cuba bayangkan kita berada di dalam hutan yang sangat tebal, gelap dan kita pula sedang kelaparan...kebetulan dalam hutan tu, tak ada sebatang pokok pun yang mempunyai buah untuk dimakan dan tak ada seekor pun binatang yang boleh dimakan...tiba - tiba kita sampai ke sebatang sungai dan kita lihat di seberang sungai tersebut terbentang satu kawasan yang sangat subur. penuh dengan buah - buahan yang ranum dan binatang yang enak untuk dimakan..masalahnya, sungai tu sangat lebar dan dalam. arusnya pula deras..kita pun tak pasti apa ada dalam sungai tu...entah - entah ada buaya ke, ular ke...kalau kau, kau nak berusaha ke menyeberang sungai tu untuk dapatkan makanan tu semua? lagipun kalau kau tak menyeberang, kita mungkin akan dibaham binatang liar kat hutan tu..."



" eh, mestilah aku nak...aku sanggup susah payah yang penting aku kenyang...heee.." dengan pantas kawan menjawab..

"ha, macam tu jugak lah dengan halnya berubah nie...kita berubah nie sebab nak kan kesenangan akhirat...pasal tu, memang la jalannya tak mudah...lagipun hanya mereka yang cekal dan tabah mampu menempuhinya...cewah..macam ayat dalam perjuangan yang belum selesai pulak...hehehe..."

"oh, ye tak ye jugakkan...barulah aku faham konsepnya...bagus - bagus...hehe..."

wahai pembaca, adakah logik kita mendapat anugerah atau pun bonus daripada majikan kita sedangkan kita tak buat apa - apa pun...kita relaks duduk goyang kaki pun boleh dapat bonus sedangkan kawan kita yang kerja separuh mati apa pun tak dapat....kan tak adil namanya tu...begitulah juga dengan halnya syurga Allah ( walaupun pada hakikatnya ia tak boleh dibandingkan kerana Jannah itu merupakan suatu nikmat yang tak ternilai...saya cuma mahu agar pembaca mudah memahami konsep sahaja ok..). bukannya mudah untuk kita nak menggapai tu semua. kita kena lah 'bekerja keras' untuk mendapatkannya...lagipun tentunya kita tak boleh katakan kita nie sudah mantap atau pun beriman tanpa melalui susah payah kan..

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? ( Surah Al Ankabut : 2 )


Perhatikan ayat Allah kat atas tu...kan dah jelas tu. Allah dah sebut lama dah. Kita nie saja yang tak nampak semua tu....orang ada menyebut bahawa,

" sesungguhnya jalan ke syurga itu sempit dan berliku kerana syurga itu penuh dengan nikmat yang tak ternilai..jalan ke neraka luas terbentang dan penuh mudah dilalui kerana didalamnya penuh dengan seksa dan azab yang memedihkan...tentunya jalan untuk ke neraka itu mudah kerana syaitan telah menghiasi jalan tersebut dengan nafsu dan kenikmatan, hakikatnya semua itu bak fatamorgana di lembah oasis..."

Jelas dah hal nie...nak berubah memang kena uji dulu macam - macam...memang akan melalui suatu kesukaran..tapi yang terbaik ialah terus kekal dalam perubahan itu dan jangan sekali kali mengundur ke belakang kembali. Dan janganlah kita menjadi seperti golongan yang disebutkan oleh Allah dalam Surah Al Ankabut ayat 10 iaitu...

"Dan di antara manusia ada orang yang berkata: "Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti (kerana ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah
[1145]. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu." Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?"

[1145]. Maksudnya: orang itu takut kepada penganiayaan-penganiayaan manusia terhadapnya karena imannya, seperti takutnya kepada azab Allah, karena itu ditinggalkannya imannya itu.


...


BINGKAS BERUBAH!



< Assalammualaikum wbt >
: : Salam Maal Hijrah 1432H : :



Hari ini merupakan 4 Muharram 1432H. Kita sudah berada dalam tahun baharu hijrah selama empat hari. Sedar atau tidak, rata - rata daripada kita tidak mengambil berat atau endah tak endah sahaja dengan kedatangan tahun baharu hijrah ini. Malahan jangan terkejut andai ada diantara kita yang tidak mengetahui pun tentang tahun baharu ini. Apakah sebenarnya yang melanda pemikiran kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam sehingga tidak menyedari bahawa
kita sudah pun melangkah satu tarikh yang amat bermakna dalam sejarah perkembangan Islam.

1 Muharram merupakan tarikh dimana baginda Nabi Melakukan hijrah ke Madinah dari Kota Mekah. Tarikh berkenaan diabadikan sebagai permulaan tahun hijrah oleh Saidina Umar Al khattab kerana peristiwa tersebut begitu signifikan dengan perkembangan Islam sejurus daripada itu. Islam berkembang bukan sahaja di Madinah malahan melebar dan meluas sehingga akhirnya meliputi seluruh tanah Arab, Selatan Afrika dan juga sebahagian Eropah pada zaman kegemilangannya.


Sebenarnya, banyak intipati penting yang kita boleh perolehi daripada peristiwa hijratul rasul tersebut. Antaranya ialah, umat Islam digalakkan melakukan perubahan @ perpindahan ( dalam erti kata hijrah pada zaman ini ) dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Perubahan juga penting dalam usaha mencapai apa yang dicita- citakan dalam hidup.

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Hadis diatas dengan jelas menyatakan bahawa sekiranya kita berhijrah kerana menginginkan sesuatu, maka kita akan mendapatinya dan memperolehnya. Oleh yang demikian wahai teman - temanku sekalian, marilah kita bersama - sama bingkas melakukan perubahan dalam erti kata melakukan suatu penghijrahan sama ada dari segi sikap mahupun paradigma pemikiran. Jangan biarkan diri kita dibelenggu dan diikat dengan jumudnya sikap dan pemikiran yang masih di takuk lama. Sekiranya kita ingin menjadi seorang muslim yang berjaya sama ada dunia dan akhirat, maka hendaklah kita bersegera melakukan perubahan...Ayuh, mari kita semua bingkas berubah!

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...