Bab 1 : Sebuah Lembaran Baru

Tengahari itu, seusai sahaja makan dan solat Zohor, Imran menghempaskan tubuhnya di katil. Tubuhnya terasa begitu lemah. Sengalnya terasa hingga ke tulang. Imran melepaskan satu keluhan yang kuat, seakan ingin melepaskan bebanan yang begitu besar dan berat yang ditanggungnya sekian lama. Buku LA TAHZAN karangan Dr. Aidh dicapainya dari meja yang terletak disebelah kanan katilnya. Buku itu dibukanya perlahan. Serentak dengan itu, bau haruman buku menerjah hidungnya. Imran memang suka dengan bau buku. Setiap kali menghidu bauan helaian buku yang dibuka, terasa dirinya begitu teruja untuk membaca. Semangatnya pasti akan memanggil - manggil, menarik hatinya bagi meluangkan masa untuk membaca sekalipun punya masa yang singkat atau disaat dia kelelahan selepas seharian bekerja.

Perlahan matanya dihalakan pada halaman pada halaman 31. Matanya sebaris ayat Quran yang diletakkan pada halaman tersebut.

".....tidak sekali kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami..." ( At Taubah : 51 )

Imran merenung ayat tersebut berulang kali. Sukmanya terasa sendat dan hangat merenung ayat tersebut. Dia merasakan betapa bertuahnya menjadi seorang muslim kerana punya mukjizat agung seperti Al Quran. Ayat - ayatnya biarpun ringkas namun begitu padat dengan mesej yang ingin disampaikan oleh Allah kepada manusia. Mudah difahami, dan bisa sahaja membuatkan hati tertunduk mengaku kebesaran Allah SWT. Imran meletakkan buku tersebut menelangkup di dadanya. Dia terkenang betapa banyaknya ujian dan dugaan yang dihadapinya sejak menghabiskan pengajiannya Disember tahun lepas, sehinggalah mendapat tawaran untuk bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah di kawasan luar bandar di daerah Kinabatangan 3 bulan lepas.

Satu - satu ujian dan dugaan dihadapinya. Ada yang besar, ada juga perkara yang remeh - temeh sahaja. Namun, yang pastinya semuanya itu membuatkan Imran kelelahan dan hampir - hampir membuatkan dirinya jatuh terduduk. Lama rasanya terkapai - kapai sendirian. Ditambah lagi dengan kesibukannya bekerja sambilan sepanjang tempoh menunggu surat tawaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Bekerja selama 7 hari seminggu, 10 jam sehari menyebabkan dirinya begitu kelelahan. Bekerja di pasaraya sebagai pekerja sambilan memerlukan dia memerah tulang empat keratnya bersungguh - sungguh kerana gaji yang dibayar adalah mengikut hari bekerja.

Imran mengubah kedudukan baringnya. Buku La Tahzan diletakkan semula di atas meja sebelahnya. Imran kini berbaring mengiring menghadap ke arah pintu biliknya. Dia hanya bersendirian di rumah sewanya. Dua lagi teman serumahnya masih lagi berada di sekolah. Kedua - dua teman serumahnya itu memang sentiasa sibuk dengan pelbagai hal di sekolah. Idham - merupakan seorang guru baharu seperti Imran, berasal dari Kelantan memang suka balik lewat kerana menyelesaikan tugasan - tugasannya di sekolah. Rahmat - seorang juruteknik komputer di sekolahnya pula memang bekerja 'office hour'. Jadi sememangnya pada jam yang baru sahaja menjangkau pukul 2.30 petang, Rahmat masih lagi bertugas. Imran masih lagi termenung. Fikirannya melayang - layang. Tubuhnya keletihan selepas penat mengajar pada sebelah pagi tadi hingga ke tengahari, namun matanya begitu liat untuk dipejamkan.

Mata Imran baru sahaja ingin terpejam, tiba - tiba terdengar suaranya dilaung dari luar. Imran bingkas bangkit lalu bergerak ke arah pintu rumah....................

*bersambung....

LAYAK?

Ketika ENGKAU mengilhamkan mengenai si DIA,
AKU tertunduk membisu,
Layakkah AKU menjadi pendampingnya?
Layakkah AKU menjadi teman seumur hidupnya?
LAyakkah AKU menjadi seorang suami baginya?

AKU cuma seorang manusia biasa,
cuma seorang hamba yang penuh noda,
cuma seorang lelaki yang penuh kekurangan dan kelemahan..
Apakah mungkin AKU bersamanya?
Apakah AKU mampu memilikinya?
Hatiku resah dan bingung memikirkannya..
Bantulah AKU wahai TUHAN..
Berikan AKU kekuatan, agar bisa menjadi setara dengannya...
Semoga DIA sudi menerima AKU seadannya..
AMIN YA RABBAL ALAMIN
YA QODHIAL HAJAT

AKU PUNYA CERITA

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ini aku diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk meluangkan sedikit masa di ruangan nie..sudah hampir sebulan lebih aku tidak menulis..terasa sangat sibuk dan punya masa yang agak singkat..tetapi mujur hari ini, aku punya kekuatan lebih untuk menulis sedikit..

Bagi pengetahuan sahabat - sahabat sekalian, aku sekarang nie sudah pun mula bertugas di sekolah. Sekolah aku nie memang jauh sangat....di PARIS....huhu..jauh tuu...hehe...dan Alhamdulillah, ketika ini aku sudah pun bergelar graduan secara rasminya sejak bulan Mac yang lepas. Konvokesyen untuk batch aku dibuat di PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE...jangan terkejut..memang sangat jauh tapi apa boleh buat..sudah ditetapkan oleh kementerian..

Erm...rasanya setakat ini dulu...aku berazam untuk cuba sentiasa mengemas kini blog aku nie agar ianya tidak berusang dan bersawang...huhu....insyaAllah...doakan agar aku sentiasa kuat ye... T.T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...