AKU GURU, GURU AKU

Banyak teman dan rakan yang tak kurang sinisnya bila ku beritahu bahawa aku sedang menuntut di maktab ( sekarang IPG ).. Mereka tak berkata, tapi bahasa mata dan bentuk senyumannya ku nampak jelas mengata..apalah sangat menjadi guru..belajar 5 tahun lebih pulak tu..tapi ku cuma senyum diam seribu bahasa..bagi ku tak mengapa..mungkin ku tak sehebat kamu yang gah belajar di universiti ternama..mungkin ku nanti cuma mengajar di sekolah usang di dalam hutan sana..tak apalah..siapalah diriku banding kamu..yang kerjanya menanti di tempat mewah dan indah..yang nama profesionnya sampai ku sendiri gerun tak tahu..siapalah aku..yang gajinya cuma cukup makan beli kereta dan rumah pinjam..Tapi, jujur ku bangga..kerana aku berada di dalam jalan yang hakikat nya menuju syurga..kerana aku berada dalam segolongan manusia yang Rasulullah sebut tak berhenti pahalanya akibat ilmu yang disebar..bagi ku, siapalah yang tidak mahu gaji mewah, rumah besar, kereta hebat..namun, rupanya bukan itu misi kita bekerja..kerana bekerja itu ibadah..ibadah yang terbaik itu ialah sederhana tapi istiqomah..dan pastinya guru itu istiqomah kerana mengajar dari muda hingga ke tua renta..guru itu bukan kerana nama, tapi kerana tugasnya..apalah makna dipanggil guru, andai tugasnya pincang tak bekerja..guru itu bukan kerana harta, tapi kerana berkahnya..apalah makna bergaji mewah tapi kerjanya bercampur haram dan dosa..guru, mungkin sesetengah anggap remeh dan lewa tapi hakikat impaknya besar tak terlihat di mata..hadir nya guru mencerah jalan menuju syurga..tibanya guru mendidik akhlak penuh hikmah..datangnya guru merungkai masalah ummah..adanya guru kerana menyambung tugas rasul berdakwah..hidupnya bukan kerana dek pujian, dan matinya pasti bukan kerana dek kejian..hidup selamanya guru..penyinar alam dari penjuru dunia hingga ke pintu syurga..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...