SYAFAKALLAH

~BismillahirrahmannirrahiM~

Hari ini genap dua minggu aku kena demam selesema..tapi rasanya hari ini lah yang paling teruk..mata aku bengkak dan merah kerana gatal dari hidung yang naik ke mata aku...mata dan hidung sangat gatal..mak ayah aku dah bising dah..suruh aku pegi klinik..aku sebenarnya bukan apa..kalau pegi klinik pun, aku tau jugak ubat apa yang dorg nak bagi kat aku...mesti ubat demam selesema dan eye mo jugak...huhu...pastu charge sampai berpuluh ringgit padahal harga benda tu semua paling mahal pun sepuluh ringgit lebih ja pun...

aku tak tahu la kenapa jadi macam nie...tapi rasanya agak normal aku demam selesema di rumah nie...mungkin sebab 'environment' yang berbeza kot dengan keadaan aku yang biasa...lagipun kat sini aku duduk terkurung ja kat rumah..so, virus tu senang la merebak dari seorang ke seorang...


apa - apa pun, aku harap mata aku nie kembali la cerah dan normal...sekarang nie memang merah sungguh macam biji saga...aku sendiri takut tengok...dah sepet sebab bengkak, merah lagi..macam mata hantu pun ada jugak...huu...

Syafakallah..

...

KAWAN AKU CAKAP MACAM NIE..

Ada seorang kawan pernah berkata dengan saya,

" aku nak berubah la...nak jugak jadi macam budak - budak surau tu..tapi susah la.."

Lantas saya pun memberikan satu analogi,

" cuba bayangkan kita berada di dalam hutan yang sangat tebal, gelap dan kita pula sedang kelaparan...kebetulan dalam hutan tu, tak ada sebatang pokok pun yang mempunyai buah untuk dimakan dan tak ada seekor pun binatang yang boleh dimakan...tiba - tiba kita sampai ke sebatang sungai dan kita lihat di seberang sungai tersebut terbentang satu kawasan yang sangat subur. penuh dengan buah - buahan yang ranum dan binatang yang enak untuk dimakan..masalahnya, sungai tu sangat lebar dan dalam. arusnya pula deras..kita pun tak pasti apa ada dalam sungai tu...entah - entah ada buaya ke, ular ke...kalau kau, kau nak berusaha ke menyeberang sungai tu untuk dapatkan makanan tu semua? lagipun kalau kau tak menyeberang, kita mungkin akan dibaham binatang liar kat hutan tu..."



" eh, mestilah aku nak...aku sanggup susah payah yang penting aku kenyang...heee.." dengan pantas kawan menjawab..

"ha, macam tu jugak lah dengan halnya berubah nie...kita berubah nie sebab nak kan kesenangan akhirat...pasal tu, memang la jalannya tak mudah...lagipun hanya mereka yang cekal dan tabah mampu menempuhinya...cewah..macam ayat dalam perjuangan yang belum selesai pulak...hehehe..."

"oh, ye tak ye jugakkan...barulah aku faham konsepnya...bagus - bagus...hehe..."

wahai pembaca, adakah logik kita mendapat anugerah atau pun bonus daripada majikan kita sedangkan kita tak buat apa - apa pun...kita relaks duduk goyang kaki pun boleh dapat bonus sedangkan kawan kita yang kerja separuh mati apa pun tak dapat....kan tak adil namanya tu...begitulah juga dengan halnya syurga Allah ( walaupun pada hakikatnya ia tak boleh dibandingkan kerana Jannah itu merupakan suatu nikmat yang tak ternilai...saya cuma mahu agar pembaca mudah memahami konsep sahaja ok..). bukannya mudah untuk kita nak menggapai tu semua. kita kena lah 'bekerja keras' untuk mendapatkannya...lagipun tentunya kita tak boleh katakan kita nie sudah mantap atau pun beriman tanpa melalui susah payah kan..

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? ( Surah Al Ankabut : 2 )


Perhatikan ayat Allah kat atas tu...kan dah jelas tu. Allah dah sebut lama dah. Kita nie saja yang tak nampak semua tu....orang ada menyebut bahawa,

" sesungguhnya jalan ke syurga itu sempit dan berliku kerana syurga itu penuh dengan nikmat yang tak ternilai..jalan ke neraka luas terbentang dan penuh mudah dilalui kerana didalamnya penuh dengan seksa dan azab yang memedihkan...tentunya jalan untuk ke neraka itu mudah kerana syaitan telah menghiasi jalan tersebut dengan nafsu dan kenikmatan, hakikatnya semua itu bak fatamorgana di lembah oasis..."

Jelas dah hal nie...nak berubah memang kena uji dulu macam - macam...memang akan melalui suatu kesukaran..tapi yang terbaik ialah terus kekal dalam perubahan itu dan jangan sekali kali mengundur ke belakang kembali. Dan janganlah kita menjadi seperti golongan yang disebutkan oleh Allah dalam Surah Al Ankabut ayat 10 iaitu...

"Dan di antara manusia ada orang yang berkata: "Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti (kerana ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah
[1145]. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu." Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?"

[1145]. Maksudnya: orang itu takut kepada penganiayaan-penganiayaan manusia terhadapnya karena imannya, seperti takutnya kepada azab Allah, karena itu ditinggalkannya imannya itu.


...


BINGKAS BERUBAH!



< Assalammualaikum wbt >
: : Salam Maal Hijrah 1432H : :



Hari ini merupakan 4 Muharram 1432H. Kita sudah berada dalam tahun baharu hijrah selama empat hari. Sedar atau tidak, rata - rata daripada kita tidak mengambil berat atau endah tak endah sahaja dengan kedatangan tahun baharu hijrah ini. Malahan jangan terkejut andai ada diantara kita yang tidak mengetahui pun tentang tahun baharu ini. Apakah sebenarnya yang melanda pemikiran kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam sehingga tidak menyedari bahawa
kita sudah pun melangkah satu tarikh yang amat bermakna dalam sejarah perkembangan Islam.

1 Muharram merupakan tarikh dimana baginda Nabi Melakukan hijrah ke Madinah dari Kota Mekah. Tarikh berkenaan diabadikan sebagai permulaan tahun hijrah oleh Saidina Umar Al khattab kerana peristiwa tersebut begitu signifikan dengan perkembangan Islam sejurus daripada itu. Islam berkembang bukan sahaja di Madinah malahan melebar dan meluas sehingga akhirnya meliputi seluruh tanah Arab, Selatan Afrika dan juga sebahagian Eropah pada zaman kegemilangannya.


Sebenarnya, banyak intipati penting yang kita boleh perolehi daripada peristiwa hijratul rasul tersebut. Antaranya ialah, umat Islam digalakkan melakukan perubahan @ perpindahan ( dalam erti kata hijrah pada zaman ini ) dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Perubahan juga penting dalam usaha mencapai apa yang dicita- citakan dalam hidup.

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Hadis diatas dengan jelas menyatakan bahawa sekiranya kita berhijrah kerana menginginkan sesuatu, maka kita akan mendapatinya dan memperolehnya. Oleh yang demikian wahai teman - temanku sekalian, marilah kita bersama - sama bingkas melakukan perubahan dalam erti kata melakukan suatu penghijrahan sama ada dari segi sikap mahupun paradigma pemikiran. Jangan biarkan diri kita dibelenggu dan diikat dengan jumudnya sikap dan pemikiran yang masih di takuk lama. Sekiranya kita ingin menjadi seorang muslim yang berjaya sama ada dunia dan akhirat, maka hendaklah kita bersegera melakukan perubahan...Ayuh, mari kita semua bingkas berubah!

.

HAJI, ARAFAH, WUKUF : KAITANNYA DENGAN KITA

Bismillahir Rahmanir Rahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ketika ini, jutaan manusia daripada seluruh pelusuk dunia mula datang dan berkumpul di suatu perhimpunan tahunan terbesar yang pernah direkodkan dalam sejarah manusia. Perhimpunan terbesar itu bukan sahaja bagi memenuhi taqwim acara tahunan dunia, malahan ianya adalah berkait rapat dengan satu ibadah yang menjadi rukun terakhir dalam Rukun Islam iaitu Haji.

Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:

"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)

Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-

"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"
(Surah Ali Imran ayat 97)

Ibadah Haji merupakan antara ibadah yang menjadi impian bagi setiap muslim sama ada yang mempunyai kemampuan atau tidak. Ini kerana ibadah Haji bukan sahaja memerlukan persiapan fizikal yang rapi seperti kewangan dan kesihatan tubuh badan, malah persiapan dari sudut rohani juga sangat penting. Kesucian rohani ketika melaksanakan ibadah Haji sangat - sangat dituntut bagi memastikan ibadah Haji yang dilakukan diterima oleh Allah SWT sekaligus mendapatkan Haji yang mabrur.

Pada saat ini, rombongan jemaah Haji mula berarak ke Arafah bagi melaksanakan rukun Haji yang utama iaitu Wukuf.
Wukuf ertinya berhenti atau berdiri. Dalam pengertian yang lebih jelas, Wukuf ialah menghadirkan diri di padang Arafah pada masa antara zohor hari 9 Zulhijjah hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah. Pada tarikh berkenaan iaitu 9 Zulhijjah, adalah disunatkan bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah Haji pada tahun itu untuk berpuasa sunat kerana terdapat banyak kelebihan pahala yang diganjarkan oleh Allah Swt.

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

Hadis ini jelas bahawa terdapat kelebihan dalam melakukan ibadah puasa pada Hari Arafah. Pada hari yang berkenaan juga, pintu - pintu langit akan dibuka dan setiap doa pasti akan dimakbulkan oleh Allah Swt. Maka, marilah kita bersama - sama merebut peluang yang hanya datang setahun sekali ini untuk melakukan ibadah puasa sunat dan seterusnya memperbanyakkan doa ketika berlangsungnya Hari Arafah atau pun Hari Wukuf kerana pada waktu berkenaan, terdapat banyak kelebihan dan hikmah yang telah dijanjikan oleh Allah Swt.

Wallahualam..






TAKWIL MIMPI

Semalam or tepatnya ketika aku bangun subuh lebih kurang 5.30 pagi, aku sebelumnya itu bermimpi suatu perkara yg agak pelik bagi aku...

aku bermimpi aku sedang baring di katil...or maybe sedang tidur...dengan tak semena - mena terbang dua ekor burung masuk melalui pintu tingkap bilik aku dan hinggap di telapak tangan aku...burung tu burung yang kecil sahaja...tak tahu apa nama burung tu tapi yang jelasnya memang burung yang biasa hinggap kat rumah- rumah tu la..kemudian, aku tergerak nak genggam tangan aku dengan harapan dapat tangkap dua ekor burung tu..tapi sayangnya, dua - dua terbang dengan pantas terbang meninggalkan aku...sebaik sahaja kedua ekor burung tu terbang, aku pun terus terjaga daripada tidur...

apa kah makna disebalik mimpi aku tu? Ya Allah, aku mohon kepada Mu kebaikan sekiranya mimpi itu benar dan aku berlindung kepada Mu daripada syaitan sekiranya mimpi itu merupakan mainan syaitan untuk menyesatkan aku........

Seriously, aku sangat - sangat memerlukan takwil mimpi aku tu....kerana aku begitu curious sangat nak tahu...dan jauh di lubuk hati aku, terdapat sedikit perasaan cemas dan risau..atas sebab apa dan kenapa, aku sendiri tak pasti....bimbinglah aku Ya Allah.....

SIAPAKAH DIRIMU?

kuat?
hebat?
mantap?


adakah itu di
rimu?

sombong...
bangga diri....
ego....


lantas beginikah sikap mu setelah itu?

sedarkah kau bahawa kau tidak punya apa - apa?
tak percaya? mengapa?


cuba renungi hakikat penci
ptaan mu...
dari mana asal mu?
kau hanya berasal dari setitis air yg hina...
yang kemudiannya berkembang menjadi segumpal daging hinggalah berkembang menjadi bentuk manusia yang sempurna...

kemudian, kau mendiami rumah yang sempit selama 9 bulan..
ketika itu, siapa yang memberi mu makan?
ketika itu, siapa yang memberi mu keselesaan padahal sebenarnya kau sedang kesempitan?
pernah kah kau terfikir demikian?

adakah lahir mu seperti Isa yang disambut oleh hangatnya tangan Si Jibril yang mulia?
adakah kelahiran mu disertai dengan cahaya umpama lahirnya Muhammad Si Sebaik - baik manusia?
renungkanlah wahai si alpa....

duhai hamba...
mengapa begitu pantas benar kau berubah arah daripada Nya...
mengapa begitu tega kau menolak sapaan hidayah Nya...
mengapa begitu rela kau melepaskan pelukan rahmat Nya...

kini....
kau mula melangkah semula...
mencari jalan pulang yang esa...
kini....

kau mula menangis memohon petunjuk dari SI DIA...
menyesali perbuatan mu yang dulunya ego dan besar kepala...
yang kerana itu kehidupan mu dibaluti noda dan dosa...

Ketahuilah...
bahawa SI DIA tidak pernah melupakan mu...
SI Pencipta Agung tak pernah melepaskan rahmatNya kepada diri mu...

SI Pemilik Empayar Semesta sentiasa membimbing mu....

Ingatlah...
dirimu tidak bermakna tanpa SI DIA..
dirimu hanya sampah tanpa belaian kasih Nya...
maka, syukuri tiap ketika..

nikmati kehidupan dengan penuh rasa keabdian dan pengharapan...
semoga dirimu kekal berjalan diatas jalan kebenaran...

Wallahualam...




BERAT SANGAT KE?

Bismillahir rahmannir rahim.....

Pernah rasa ujian yang sangat berat tak? pernah rasa macam nak mati dengan masalah2 yg dihadapi? pernah rasa yg ujian yg kita hadapi tu merupakan yg paling superb banding yg lain2?....mari fikirkan bersama kembali....


dua tiga hari kebelakangan nie, aku ada terdengar rumours yg kurang enak ttg aku....ada orang yg beritahu kat aku, ramai org sedang memerhatikan dan bercakap2 psl aku skrg...dan perkara tu pulak bagi aku merupakan perkara yg remeh dan tak penting pun untuk org lain nak menyibuk....tapi, besalah kan...manusia....manusia dan gosip mmg tak dapat dipisahkan...

mula2 bagi aku, perkara nie mcm agak berat utk aku terima coz kalau ianya hanya melibatkan pihak aku sorg ja tak palah...tapi masalahnya skrg nie, ianya melibatkan lagi pihak kedua, dan aku tak suka ttg yang itu...aku mmg tak suka kalau org sentuh or bercakap apa2 psl pihak yg lain...kalau nak kutuk, nak caci, nak tohmah, nak maki ka, buat tu suma kat aku sorg ja..aku tak kesah pon...tapi once mlibatkan org lain, aku mmg tak suka...sangat2 tak suka....


but, setelah 10 minit kemudian...aku cuba berfikir secara waras dan rasional...bagi aku benda tu tak da apa2 la...tak menjejaskan sedikit pun...hatta bagi pihak aku mahupon kepada pihak yg kedua tu....so, kenapa nak rasa macam benda tu besar sgt...kan...lagipon, aku nie bukanlah org yg hebat sgt mcm org2 soleh dan wali2 tu utk ditimpakan ujian yg hebat dan berat...aku nie org besa2 ja..iman pon besa2 ja...maknanya, ujian yg ditimpakan utk aku pon besa2 jugalah...tak sebesar mana pon...ramai lagi org yg ditimpakan ujian yg lebih berat banding aku....


..............jelasnya, janganlah merasakan ujian kita tu besar or berat sgt then jaja cerita pasal ujian yg kita terima tu kat org lain dengan harapan org akan kata yg kita nie punya iman yg hebat coz ujian yg ditimpakan pon berat kononnya...astaghfirullah...sebelum nak kata ujian tu berat, try cek dan analisa balik iman kita nie...hebat atau tak..kalau rasa iman kita hebat, then layaklah dia kata ujian tu berat...kalau tak, lupakan je la...

apa pon, yg penting sentiasa positif dalam menghadapi dugaan dan ujian...jangan pernah rasa diri dianiaya oleh Allah..coz byk hikmah mengapa berlaku macam2 masalah n dugaan dalam hidup kita...salah satunya sebagai kaffarah dosa2 kita yg lepas....so, bersyukurlah kalau diri merasa ditimpa masalah dan ujian kerana Allah sedang dalam proses 'mencuci' diri kita yg sangat2 'kotor' nie..

“Tiada apa pun
yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan
Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam darinya kejahatan
(dosa)”. (HR Muslim)


wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...