Corat - coret sekitar Majlis Bacaan Yasin Sempena Nisfu Syaaban di Surau An - Nur IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu.
Majlis bacaan Yasin dan Doa Sempena Nisfu Syaaban dipimpin oleh Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Mohd. Syahir Bin Ismail, Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Gaya.
Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Al - Fadhil Ustaz Abd. Rahman Ismail, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Gaya, En. Othman Abd. Aziz, Ketua Unit Khidmat Pelanggan IPG Kampus Gaya serta beberapa orang lagi pensyarah.
NISFU SYAABAN
BALIGHU 'ANNI WALAU AAYAH
· Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)
· Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)
· Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)
· Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)
· Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka)
HIDUP UNTUK MEMBERI
Agak lama juga sejak cuti semester yang lepas aku tak berjumpa dengan dia..So, kesempatan tadi kami ambil untuk bertukar khabar dan bertukar pandangan. Antara yang menarik ialah mengenai konsep 'HIDUP UNTUK MEMBERI'.
Kenapa kami berbual tentang konsep ini? Sebabnya, sahabat aku ni dari tengah malam semalam sibuk membantu junior yang sakit tu...Kemudian, dari pagi tadi sampailah sekarang ni belum balik hostel lagi...MasyaAllah..Aku kesian sangat kat dia..dari hospital Tuaran, Kota Belud..dan sampailah ke Queen Elizabeth ni dia berjalan..Kerja - kerja sendiri pun tak sempat nak disiapkan...Walaupun begitu, beliau masih lagi tersenyum dan masih lagi segar untuk membantu...Aku sangat - sangat respek semangat beliau...
*Aku bersama Saudara Mohd Faiz*( Sewaktu melaksanakan Praktikum 1 di SK Tg. Aru 2 tahun lepas )
Sebenarnya, konsep 'HIDUP UNTUK MEMBERI' ni dah lama aku cuba untuk praktikkan..lebih - lebih lagi sejak mula berjinak - jinak dalam arena nie...Bukan apa, dengan mengamalkan konsep ini, baharulah kita tahu betapa ramai lagi manusia yang perlu dibantu dan ditolong..Jika tidak, kita pasti seringkali akan beranggapan bahawa kita sahaja lah yang selalu ditimpa nasib malang, kita sahaja lah yang selalu ditimpa kesusahan...
Dan untuk pengetahuan saudara sekalian, amalan membantu orang dalam kesusahan ni merupakan antara amalan yang boleh memanjangkan usia..Kerana membantu orang sebahagian daripada sedekah..So, kalau nak panjang umur ( sebab ibadah ) maka perbanyakkanlah melakukan amalan membantu orang yang kesusahan..
Cuma nasihat aku kepada orang yang nak meminta bantuan tu, janganlah pula sampai ke tahap mengambil kesempatan kerana orang yang membantu tu manusia biasa juga. Dia pun perlu juga minum, makan, duit minyak dan sebagainya. So, faham - faham sendirilah kan...hehe... :)) Maaf ye, nasihat nie bukanlah bermakna kitorang tak ikhlas, cuma kena saling memahamilah kan...
Baik, so kepada semua sahabat - sahabat pembaca sekalian, mari kita cuba amalkan konsep 'HIDUP UNTUK MEMBERI' ni. Semoga dengan mengamalkan konsep ini, Allah akan terus melipatkan gandakan pahala kita disamping memberikan kemudahan dan kelancaran bagi setiap urusan mahupun pekerjaan yang kita lakukan...InsyaAllah
HIDUP UNTUK MEMBERI...(^^,)v
PERBUALAN SEMALAM
Ustaz Syahir : Asran dengan siapa sekarang?
Aku : Takda dengan sapa - sapalah ustaz...hehe
Ustaz Syahir : Betui ka ni?ke diam - diam dengan ustaz nie? *senyum simpul*
Aku : Hehe...betul la ustaz..memang takda dengan sapa...
Ustaz Syahir : Ustaz tak kesah lah asran nak kawan dengan sapa..yang penting CINTA SELEPAS KAHWIN ye...ingat tu, itu PRINSIP KITA....*senyum lagi*
Aku : *Senyum* ............InsyaAllah ustaz...memang begitu juga hajat saya *monolog sendiri*
Itulah sekerat daripada panjangnya perbualan antara aku dengan Ustaz Syahir semalam sewaktu dalam kereta on the way nak balik ke hostel...hehe...perbualan yang sebelum tu tak payah la nak diceritakan...sebab isi yang paling utama adalah perbualan yang kat atas ni...hehe...InsyaAllah ustaz, saya akan cuba ikut prinsip tu... :))
AL MATHURAT
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (١)الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢)الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (٣)مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (٤)إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (٥)اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (٦)صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ (٧)
الم (١)ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (٢)الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (٣)وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (٤)أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (٥)
اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (٢٥٥)لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٢٥٦)اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (٢٥٧)
لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٢٨٤)آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (٢٨٥)لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (٢٨٦)
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩)
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (١)الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ (٢)وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ (٣)وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ (٤)وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (٥)إِلا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (٦)فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (٧)وَالَّذِينَ هُمْ لأمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ (٨)وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (٩)أُولَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ (١٠)الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (١١)
اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (٣٥)
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ (١٢)وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ (١٣)وَوَصَّيْنَا الإنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ (١٤)وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (١٥)يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الأرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ (١٦)يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الأمُورِ (١٧)وَلا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ (١٨)وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ إِنَّ أَنْكَرَ الأصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ (١٩)
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (٢٢)هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (٢٣)هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (٢٤)
MAKAN MALAM DI PADANG
P/S : Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada Puan Lucy. Makan malam yang sangat sedap dan suasana yang sangat indah. Sempat lagi tengok geng - geng capoeira buat street show tadi..mantap! Kepada Ust. Syahir dan kawan - kawan, cerita dalam kereta habis dalam tu jugak ye...hehe... :)
5 SYARAT UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT
Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba
Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat." Setelah mendengar
perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu
mahu menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan
maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar
bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba
Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika
kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan
rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan
kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini
rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin
Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih
mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu
selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu
bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini
membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim
kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah,
fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-
Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu
melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian
menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim
menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat,
carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat
terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat
dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam
mana? Mana mungkin Allah tidak melihat
kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah
kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?"
kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta
syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang
hendak mencabut rohmu, katakanlah
kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku
masih mahu bertaubat dan melakukan amal
soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala
dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana
mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini
bahawa kamu tidak boleh menunda dan
mengundurkan datangnya kematianmu, lalu
bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan
Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun
menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat
Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api
neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut
bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat
itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.
Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut
bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-
esak.