APA YANG DAH TERJADI?

Assalammualaikum wbt...rasanya telah agak lama aku tidak menulis dan meluahkan perasaan di ruangan ini...mungkin kerana hambatan tugasan yang berlambak dan terhadnya masa yang ada menyebabkan aku tidak dapat meluangkan masa menulis sesuatu..tapi alhamdulillah, malam nie aku diberikan kesempatan dan kekuatan oleh Allah SWT untuk duduk dihadapan lappy kesayangan aku yang sentiasa setia menjadi tempat luahan perasaan aku sekalipun ia tetap membisu sejak azali lagi...namun, aku berasa puas kerana dapat meluahkan apa yang terbuku dan bersimpul dalam kotak fikiran ku..

Apa yang dah terjadi? ~nie la tajuk yang ingin aku tulis malam nie..aku nak menulis tentang apa sebenarnya yang dah terjadi dengan diriku kebelakangan ini sejak aku mula 'terhenti' seketika daripada memuat turun posts seperti selalu...

Sebenarnya sejak sebelum Ramadhan yang lepas lagi, aku sudah mula dihimpit dengan pelbagai tugasan yang sangat banyak dan masa yang terhad untuk menyiapkannya...namun aku bersyukur kepada Allah kerana Allah masih menganugerahkan kepada ku 'keberkatan' masa...sepanjang Ramadhan lepas, aku masih berpeluang untuk berjemaah secara tetap dan konsisten dari mula Subuh hinggalah ke Isyak..kemudian, aku masih dapat menunaikan Solat Terawih hingga ke Solat Witir, selama 30 malam berturut - turut...Usai sahaja Solat Terawih dan Solat Witir, aku juga masih dapat memberikan sedikit ruang untuk bertadarus..dan hasilnya, aku tidak pernah ketinggalan untuk bertadarus sepanjang berada di IPG hinggalah khatam...demikian juga dengan khatam Quran yang aku buat secara persendirian, alhamdulillah aku berjaya khatam jugak menyelesaikannya biarpun hanya dapat khatam sekali berbanding rakan - rakan lain yang dapat buat lebih lagi...kerana itu, sepanjang Ramadhan yang lepas aku sangat - sangat bersyukur kerana masih dapat membuat pelbagai kegiatan sampingan diatas dengan baik dan tanpa halangan biarpun kerja yang sedia ada sangat banyak...aku masih jugak dapat meluangkan masa untuk tidur tengah hari sekurang -kurangnya 2jam ( standard la kan...)

alhamdulillah...alhamdulillah....alhamdulillah...

Aku melihat ramai rakan - rakan aku yang lain, tidak diberi kesempatan untuk melalui apa yang aku lalui sepanjang Ramadhan lepas...aku melihat rakan - rakan aku sangat - sangat sibuk sehingga tidak didapat meluangkan masa untuk berterawih dan sebagainya...dan sememangnya keadaan sepanjang Ramadhan lepas memang agak tegang dengan tugasan- tugasan dan kajian yang perlu diselesaikan pada waktu itu juga...pada waktu itu, aku menyedari hakikat bahawa tidak semua orang diberikan 'keberkatan' dalam pengurusan masa...aku berdoa kepada Allah semoga Allah sentiasa memberikan masa yang bermanfaat kepada ku dan semua ikhwan dan akhowat sekalian...

dan sepanjang Syawal yang lepas, aku hanya meluangkan masa untuk berehat dan bersenang - senang kerana sebelum ini aku memang sangat keletihan dan kelelahan...aku hanya keluar beberapa hari untuk menziarahi saudara mara dan rakan - rakan yang sudah lama tidak bertemu....

pendek kata, banyak perkara sebenarnya yang terjadi kepada ku sepanjang dua bulan Hijriah yang lepas...ada suka, ada duka, ada hiba, ada seronok, ada yang membuatkan aku menitiskan airmata keharuan dan ketakutan, ada yang membuatkan aku tertawa kegembiraan dan bahagia, tak kurang juga ada yang membuatkan aku menangis dan berfikir akibat sapaan hidayah dan kesedaran...semuanya sentiasa silih berganti....kerana itu, aku sangat menikmati kehidupan ku..kerana tidak selamanya langit akan cerah, dan hujan yang turun pasti akan berhenti juga..


KERANA TIDAK SELAMANYA LANGIT AKAN CERAH,
DAN HUJAN YANG TURUN PASTI AKAN BERHENTI JUGA...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...