AKU MOHON MAAF PADAMU

Assalammualaikum wbt

Saya tertarik untuk menulis sedikit mengenai blog saya ni. Mungkin ramai kalangan pembaca yang membuka blog saya akan sedikit terkejut dan juga mungkin hampa kerana apa yang diharapkan tidak ada disini. Ramai kalangan pembaca kemungkinan hairan melihat penampilan dan isi blog saya. Anda tentunya mengharapkan dengan nama blog www.mujahidalafbaru.blogspot.com ini, anda akan mendapat sebuah blog 'islamik' yang penuh dengan artikel tazkirah, ilmu islam dan banyak lagi label - label yang berkaitan sepertimana dalam blog islamik yang lain. Tetapi sebaik sahaja melihat kepada isi yang terdapat di dalam blog ini, ada di kalangan anda mungkin yang berkata dalam hati "ah, aku ingat blog islamik..rupanya cuma penampilan dan nama ja yang macam islamik padahal isi hampeh.."..betul tak?

Adakah hanya dengan meletakkan artikel yang penuh dengan tazkirah, ceramah, ilmu - ilmu berkaitan dengan islam dan sebagainya itu menjadikan blog itu blog Islamik? Apakah tidak boleh blog harian biasa menggunakan penampilan Islamik? Adakah ianya salah?

Jawapan saya mudah. Islam merupakan suatu agama yang sempurna dan melangkaui norma - norma yang terdapat dalam agama yang lain. Di dalam 'kesibukan' agama - agama lain menekankan aspek spiritual ( ibadah / penyembahan kepada Tuhan ) kepada para penganutnya, Islam menekan sebaliknya. Islam mengajar penganutnya agar menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dan bukan hanya setakat pegangan rohani semata. Adakah agama lain di dunia ini yang mengajar umatnya bagaimana mahu menjalani kehidupan dari saat bangun tidur pada waktu pagi hingga ke saat hendak tidur semula di malam hari, dengan menjadikan agama sebagai satu cara hidup selain daripada Islam?

Para pembaca sekalian.

Islam mengajar kita agar menjadikan seluruh kehidupan seharian kita bertunjangkan kepada ajaran - ajaran dan nilai - nilai yang telah digariskannya. Islam memberi kita panduan bagaimana mahu menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang sejati. Dengan mengamalkan dan menghayati Islam sebagai suatu gaya hidup, maka seluruh aktiviti dan apa jua yang berkaitan dengan kehidupan kita sebagai manusia akan beridentitikan Islam. Apakah salah kita menonjolkan imej Islam kita itu? Saya sebenarnya berbangga dengan identiti Islam saya, kerana itu saya sentiasa menonjolkannya dari segi perlakuan dan pergaulan saya dalam dunia sebenar malahan saya turut membawa identiti itu dalam dunia maya seperti blog, facebook dan sebagainya.

Saya seorang muslim yang hanya mempunyai ilmu berkaitan Islam 'cukup - cukup makan' sahaja. Jadi tentunya dengan ilmu yang begitu sedikit, saya tidak mempunyai kemampuan untuk menulis perkara yang berkaitan dengan ilmu Islam kerana jika saya tersilap, tentunya ramai pembaca yang akan keliru dan saya pastinya akan mendapat dosa. Walaupun begitu, saya cuba mengaplikasikan ilmu yang sedikit itu dalam perkara seharian saya dan semuanya itu saya rangkumkan dan kongsikan kepada anda menerusi blog ini. Apa yang anda baca di dalam blog ini merupakan sebahagian daripada pengalaman, perbincangan, dan perkongsian yang saya kaitkan dengan kehidupan sebagai seorang muslim.

Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri memohon maaf andai ada pembaca yang merasakan identiti blog saya yang cuba menonjolkan identiti islamik ini tidak bersesuaian dengan isi kandungan yang terdapat dalamnya. Sesungguhnya, saya hanya seorang manusia yang kerdil lagi dhaif. Saya hanya menyampaikan dan berkongsi sesuatu mengikut kemampuan saya. Saya juga memilih penampilan islamik dalam blog saya kerana saya berbangga menjadi seorang muslim dan saya tidak merasakan ianya suatu kesalahan menampilkan identiti islamik sekalipun isi yang ada di dalamnya tidak seratus peratus islamik seperti yang disangkakan. Apa yang saya mampu hanyalah mengikut anjuran Nabi yang menggalakkan umatnya berkongsi dan menyampaikan apa yang diketahuinya sekalipun hanya ilmu yang sedikit. "Balighu 'anni walau ayah"..

OH! TIDAK KU SANGKA BEGINI JADINYA..

Untuk ke sekian kalinya ( aku tak ingat sudah berapa kali ), hujan turun lagi membasahi bumi Sandakan nie dalam masa tempoh lebih 56 jam yang lalu. Seperti biasa, aku sebagai seorang hamba Allah memang sangat gembira dengan hujan yang turun. Malah, kadang - kadang aku bagaikan kanak - kanak ribena yang berlompat keriangan dan kegirangan apabila turun. Hujan yang lebat bukan sahaja menjadikan keadaan sekeliling menjadi nyaman, malah menjimatkan elektrik sebab tak perlu dah nak pasang kipas atau air-cond.

Malangnya dalam keriangan aku menyambut musim hujan yang gemilang ini, aku dikejutkan oleh beberapa musibah yang menimpa dek kerana hujan yang turun dengan lebat. Semalam, sewaktu aku pulang dari masjid selepas menunaikan solat jumaat, aku melihat keadaan jalanraya sepanjang dari kawasan masjid sampailah ke kawasan perumahan aku ( Taman Merpati - Taman Rajawali - Taman Sejati ), sudah pun ditenggelami air sehingga melepasi tumit. Walaupun begitu, dengan keadaan rumah yang agak tinggi sedikit berbanding kawasan perumahan yang lain itu, aku yakin rumah aku tidak akan terjejas. Namun, sebaik sahaja aku sampai ke rumah, aku mendapati mak dan adik aku sedang menyapu air di belakang rumah aku. Rupa - rupanya, bukit kecil di belakang rumah aku runtuh sedikit menyebabkan parit ditimbus dengan timbunan tanah yang akhirnya mengakibatkan laluan air di parit berkenaan tersekat lantas mewujudkan suatu keadaan yang agak merisaukan iaitu air mula naik dan masuk ke kawasan belakang rumah.

Lalu tanpa membuang masa, aku dan abang ipar aku pun mulalah melakukan kerja - kerja mengorek tanah tersebut dalam usaha untuk membuka laluan kepada air untuk melimpah ke kawasan yang sepatutnya. Tidak berapa kemudian, kami disertai oleh jiran kami. Selang beberapa jam ( rasanya dalam sejam lebih jugak ), air mula surut dan hujan pun mula perlahan. Kami pun senang hati lalu masuk dan mandi sebelum menikmati minuman panas yang menyegarkan. Biarpun agak lega dengan keadaan tersebut, kami masih lagi berjaga - jaga memandangkan hujan masih belum menunjukkan tanda - tanda untuk berhenti.

Dan seperti yang dijangka, tepat pukul 2.30 pagi tadi, aku dikejutkan dengan suara mak aku yang memanggil aku bangun dari tidur yang tak lena ( baru beberapa minit dapat tidur daa ) yang mengatakan bahawa dapur rumah kami sudah pun dilimpahi air. Lantas, ibarat seorang adiwira yang gagah perkasa, aku pun bingkas bangun dan berlompat turun dari katil untuk melihat kejadian tersebut. Aku begitu terkejut melihat dapur aku suda macam kolam ikan air tawar. Aku bergerak ke belakang rumah untuk melihat apakah sebab utama berlakunya fenomena ajaib itu, dan aku nendapati bahawa satu lagi runtuhan yang agak besar dari siang tadi sudah pun menimbusi parit sekali lagi. Melalui maklumat jiran aku, runtuhan tu bukan sahaja berlaku di kawasan belakang rumah kami malahan sebenarnya terdapat lagi satu runtuhan yang besar selang beberapa rumah sebelum kami. Dan runtuhan itulah yang sebenarnya menghalang laluan air mengalir.

Maka, pagi tadi kami sekeluarga begitu sibuk mengangkat barang dan menyapu air yang melimpah. Keadaan tersebut hanya reda pada pukul 5 pagi. Laluan air yang mulanya hampir satu kaki itu perlahan - lahan mula surut dan hanya separas tinggi parit sahaja. Kakak aku yang berasa gembira dan lega dengan keadaan tersebut, berbesar hati memasakkan mee goreng kepada seluruh ahli keluarga yang bertungkus lumus pada pagi itu. Itu merupakan sarapan pagi yang paling awal aku pernah nikmati seumur hidup aku.

Sekarang, pada pukul 3.10 petang, hujan mula menjadi lebat. Dan, perkara pada awal pagi semalam mungkin akan berulang lagi. Aku berdoa semoga kejadian ini tidak akan berlaku lagi. Lagipun rasanya sangat penat mencangkul dalam keadaan hujan lebat yang begitu sejuk hingga menusuk tulang sumsum. Doakan agar kita semua selamat dalam mengharungi musim hujan ini. InsyaAllah..



*beberapa keping gambar yang aku amik selepas tulis post nie tadi..air mula naik kembali...




video
*nie pulak video menggambarkan keadaan yang cukup lebat kat kawasan rumah aku..

AKU TAK BERSALAH

Aku tertarik untuk mengulas sedikit satu berita hangat yang keluar dua tiga hari yang lalu iaitu kes seorang bayi yang ditikam bertubi - tubi oleh ibunya sendiri sebelum disumbat di dalam baldi. Bagi aku, perkara ini sangat kejam. Sangat tidak berperikemanusiaan. Namun, dalam mengadili perkara ini, kita seharusnya menyelidiki secara teliti mengapa si ibu itu tergamak melakukan perkara tersebut kepada anak yang dikandungnya selama sembilan bulan itu. Aku terbaca berita mengenai susulan kes itu semalam, berita melaporkan bahawa si ibu itu melakukan perkara yang demikian akibat ditinggalkan oleh suaminya. Jika ia benar, malang sekali nasib si ibu itu. Ternyata, yang perlu dipersalahkan dalam hal tersebut ialah si suami yang tidak bertanggungjawab. Sudahlah si ibu itu merupakan pelarian politik di negara kita, ditinggalkan pula oleh si suami di saat dia sedang sarat mengandung, dan tentunya dengan keadaan yang tidak stabil disaat melahirkan anak itu, si ibu tidak dapat mengawal emosi dan tindakannya yang akhirnya menjadikan si bayi malang itu tempat melepaskan geramnya.

Bagaimanapun, si ibu itu sepatutnya menjadi lebih bertanggungjawab terhadap 'amanah' Allah itu. Tindakan membunuh anak yang tidak berdosa itu bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah malahan menjadikan masalahnya lebih parah. Lebih parah kerana bukan sahaja berdepan dengan mahkamah dunia, dia akan berdepan dengan pengadilan yang lebih besar di mahkamah Allah kelak.

Kalau mahkamah di dunia ini, mungkin hanya dia yang dikenakan hukuman, tetapi aku percaya di mahkamah Allah kelak, tentu akan ada lebih ramai lagi 'suspek' yang akan terlibat. Suaminya, sanak saudaranya, jirannya, malahan silap - silap kita sebagai pembaca berita juga akan terheret sama. Si suami jika didapati bersalah kerana lari dari tanggungjawab pasti akan dihukum. Sanak saudara dan jiran tetangga yang tidak mengambil kisah dan membantunya disaat dia memerlukan, tentunya akan terkena tempias sama.

Kita sendiri, yang membaca berita dan kemudian menghukum wanita tersebut dengan mengeluarkan kata - kata yang kesat, jangan harap terlepas. Kita sepatutnya lebih rasional dan berhemah dalam menangani hal tersebut. Jangan terus menghukum kerana kita bukannya tahu sangat perkara yang sebenar kan. Sepatutnya kita berdoa semoga si ibu bertaubat dan menyesali perbuatannya, kita bersangka baik bahawa disaat dia melakukan perbuatan itu- dia sebenarnya dalam keadaan yang tertekan dan tidak stabil. Dari sudut pandangan aku, aku dapati ada beberapa hikmah dan pengajaran yan kita boleh ambil dari kejadian yang menyayat hati itu. Antaranya ialah :

1. Jangan biarkan diri diselubungi dengan tekanan dan emosi yang tidak stabil. Lebih - lebih lagi dalam keadaan kritikal seperti mengandung dan sebagainya.
2. Cari pasangan (baca ; suami ) yang bertanggungjawab. Jangan pandai buat lepas tu lari.
3. Kongsi masalah dengan rakan atau ahli keluarga agar tidak terlalu tertekan.
4. Rapatkan diri dengan Allah. Jangan sekali - kali putus harapan.
5. Sebagai masyarakat, janganlah kita hanya tahu menghukum sahaja. Sebaliknya kita harus bersama - sama dalam menangani masalah tersebut agar ianya tidak berulang lagi.
6. Sebarang keganasan ( pembunuhan, penderaan ) terhadap orang yang tidak berdosa, tidak akan dapat menyelesaikan masalah.

Semoga si ibu yang malang itu bertaubat dan menyesali atas perbuatannya. Dan si anak yang sah - sah menjadi ahli syurga itu sudi memaafkan ibunya itu dan memberikan syafaatnya nanti. InsyaAllah...amin..

PENANTIAN SEMAKIN BERAKHIR

Assalamualaikum wbt..

Hari nie, buka ja FB, nampak macam ada berita yang baik...Alhamdulillah...setelah sekian lama 'bertapa' akhirnya ada juga perkhabaran yang melegakan..dalam masa kurang dari 24 jam, macam2 emosi bakal ditampilkan oleh semua kawan2 seramai lebih kurang 3ribu ( mgkn la..hee..aku nda taw jumlah sebenar ) di seluruh negara...

esok, semua graduan PISMP ambilan januari 2007 bakal mengetahui negeri tempat mereka akan bertugas pada 7hb feb nanti...diharapkan semuanya bertenang dan berdoa semoga kita dapat ditempatkan di sekolah yang kita semua 'idam - idamkan'... (^__^)

ok..kepada semua rakan2, selamat men 'check' keputusan penempatan esok...hee...
jangan merungut aa...ada masa lebih kurang seminggu kalau mau pakai 'kabel' jugak pasnie...bye2...

*aduhai...rindu dah dengan tempat nie...huhu*


BAB 6 ( AKHIR ) : KEPUTUSAN YANG PASTI

Luqman memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Mulutnya tidak henti - henti mengucapkan hamdalah sejak keluar dari dewan peperiksaan tadi. Dia akhirnya berjaya juga menghabiskan kesemua kertas peperiksaan yang diambilnya untuk semestar itu. Kertas Sejarah Bahasa Melayu yang diambilnya tadi merupakan kertas terakhir baginya. Sekalipun kurang yakin dengan satu dua jawapannya, namun secara keseluruhan dia berpuas hati dengan usahanya. Untuk lulus, rasanya tidak menghadapi masalah. Ini kerana kebanyakan bentuk soalan yang keluar, pernah dibincangkan dalam kelas sebelum ini biarpun tidak seratus peratus sama. Luqman tersenyum ceria. Dia melihat rakan - rakan sekelas juga sama. Semua menguntum senyuman lebar. Ini bermakna semua rakannya tidak menghadapi masalah pada kertas peperiksaan tadi. Luqman tercari - cari kelibat Zamree, dia ingin mengajak teman baiknya itu keluar untuk makan tengahari bersama - sama. Pandangan dihalakan ke arah ruang parkir kereta. Sekilas dia dapat menangkap susuk tubuh temannya itu sedang berjalan menuju ke arah 'transformer' kesayangannya. Luqman cuba mempercepatkan langkahnya untuk mengejar Zamree.

" Zam!!" laung Luqman. Zamree menoleh ke belakang sejurus mematikan langkahnya. Kelihatan Luqman yang tersenyum lebar sedang berjalan ke arahnya sambil menunjukkan isyarat mengajak untuk keluar makan.

" Kita solat Zohor dulu di surau then kita pegi makan, ok? " Balas Zamree sebaik Luqman sudah tiba di sebelahnya. Luqman mengangguk setuju.

" Set! "

***

Mereka tiba ke Restoren Hashim, sebuah restoren yang menghidangkan pelbagai makanan Jawa yang popular seperti bakso, sup tulang, urat dan hidangan utama yang cukup laris iaitu rojak. Rojak di restoren ini begitu disukai oleh ramai orang. Malahan jika kurang bernasib baik, belum pun menjelang petang, rojak yang mempunyai kuah kacang yang lain dari yang lain itu telah pun habis dijual. Luqman dan Zamree memilih untuk duduk di kawasan tepi restoren, berdekatan dengan gerai penjual pisang goreng. Seperti biasa, Luqman memesan rojak daging kegemarannya manakala Zamree pula rojak ayam. Sebaik sahaja pesanan mereka sampai, tumpuan mereka hanya terhala ke arah makanan yang dipesan. Mereka makan tanpa banyak berbicara. Mungkin akibat terlalu lapar disebabkan banyak memerah otak menjawab soalan peperiksaan tadi. Keduanya begitu khusyuk menghabiskan hidangan masing - masing.

" Aku balik lusa, hari Sabtu nie. Kau bila? " Luqman memulakan bicara sebaik meletakkan sudu di atas pinggan yang telah pun kosong.

" Entahlah..aku rasa macam mau berjalan -jalan pulak cuti - cuti nie. Hmm, apa kata aku ikut kau balik pegi Sandakan cuti nie? Lepas duduk rumah kau tiga empat hari macam tu, aku ingat nak singgah Lahad Datu, Tawau dan Semporna. Saja - sajalah mau jalan - jalan. Amacam? Kau dah beli tiket bas ke? " Zamree memberikan pandangannya.

Luqman kelihatan ceria sebaik mendengar kalam Zamree. " Ok sangatlah macam tu. Lagipun dapatlah kau ikut sekali rombongan aku pegi bertunang nanti. Jadi taklah aku nervous sangatkan.."

" Bah, jadi confirm lah nie kan? Sabtu pagi kita bertolak. Kita ganti - ganti drive. " Zamree memberi cadangan.

Luqman menggaru sedikit kepalanya. " Kau nak bawa 'transformer' kau tu pegi Sandakan? Tahan ke tu? Nanti enjinnya panas dan meletup, naya je nanti " luah Luqman, agak sedikit ragu dengan kemampuan kereta 'transformer' Zamree.

" Ish, bukanlah dengan yang itu. Kalau itu, tak sempat sampai Tuaran, meletup sudah dia..haha..aku pinjam kereta kakak aku, Viva. Barulah selesa sikitkan.." Zamree tersenyum lucu. Dia sedikit tertawa mendengar ucapan Luqman yang ragu tadi.

" Oh! hehe....sori...sori...haa, ok lah macam tu..ngamlah kita bertolak Sabtu nie, sebab esok aku ada sedikit urusan lagi yang nak diselesaikan. " Luqman akhirnya bersetuju dengan cadangan temannya itu.

Baginya, cadangan Zamree itu ibarat orang yang mengantuk disorongkan bantal. Selain ada teman menemaninya pulang ke rumah, dia juga sebenarnya memerlukan seseorang yang sangat rapat dan yang memahami untuk sentiasa berada disisinya dari saat itu hinggalah ke saat dia bertunang nanti. Dia mahukan ada seseorang yang memberikan sokongan dan kata - kata penguat semangat sepanjang tempoh itu, manalah tau tiba - tiba sahaja dia berubah fikiran pada hari pertunangannya nanti! Dengan keadaan dirinya yang berada dalam dilema, apa - apa sahaja keputusan yang diluar jangkaan mungkin tiba - tiba muncul di benaknya saat itu. Justeru itu, Luqman hanya ingin mengambil langkah berjaga - jaga. Dia mahu ada orang yang memantau dan menahannya jika dia membuat keputusan yang akan melukakan dan memalukan banyak pihak.


***

Luqman berada dibiliknya. Dia sedang mengemaskan barang -barangnya untuk disimpan di stor. Dia hanya membawa satu beg pakaian untuk pulang esok. Luqman sedikit keletihan. Siangnya tadi, dia keluar untuk membeli sesuatu. Kemudian, pada petangnya dia bermain futsal dengan rakan - rakannya. Dan malam ini, sesudah kembali dari surau dan makan malam, dia terus mengemaskan barang - barangnya. Dia ingin berehat awal kerana esok, sesudah sahaja solat subuh, dia dan Zamree akan bertolak pulang ke Sandakan. Perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam setengah itu tentunya akan sangat meletihkan dan merimaskan.

Luqman terpandang sebungkus beg hadiah diatas mejanya. Dia tersenyum sendirian. Dia berkira - kira, selepas sahaja siap mengemas, dia akan pergi ke bilik Jamaludin. Dia akan menyerahkan beg hadiah itu kepada junior merangkap teman sekelas Aneeqa. Esok merupakan hari ulangtahun kelahiran Aneeqa. Dia mahu Jamaludin memberikan beg hadiah yang mengandungi sebuah buku motivasi berjudul ' Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia ' karangan penulis Arab terkenal, Dr Aidh Qarni - sekotak haruman jenama Onedrop - senaskhah Al - Quran sebesar setengah tapak tangan - sebungkus coklat - dan tak lupa juga sekeping kad yang comel yang hanya diisi dengan perkataan ikhlas dan nama Luqman dalam tulisan jawi itu kepada Aneeqa.

Hadiah yang dipilih Luqman itu sebenarnya mempunyai makna yang tersirat di sebalik setiap item berkenaan. Luqman memilih sebuah buku kerana dia tahu hobi Aneeqa adalah membaca, malahan dia sendiri memang suka menghadiahkan teman - teman kesayangannya dengan buku kerana Luqman berpendapat bahawa hadiah buku itu lebih bermanfaat kepada si penerima berbanding hadiah lain seperti teddy bear dan sebagainya. Sekotak haruman pula dipilih bagi simbolik kepada syurga. Ini kerana, syurga biasanya dikaitkan dengan haruman dan wangian. Jadi pemilihan sekotak haruman itu menggambarkan doa dan harapan Luqman agar Aneeqa sentiasa beristiqomah dalam menjaga keperibadian dan beramal islami agar dapat menjadi penghuni dan bidadari di dalam syurga kelak. Dan, agar Aneeqa sentiasa mempunyai 'teman' untuk mengingati dan menjaganya selalu, Luqman menghadiahkan senaskhah Al -Quran kepadanya. Luqman mahu Al - Quran itu menjadi peneman Aneeqa dimana -mana sahaja. Semoga dengan menjadikan Al - Quran sebagai teman terbaik dalam hidup, Aneeqa akan sentiasa dapat membatasi dirinya daripada terpengaruh dan terjebak dengan dunia yang semakin melalaikan.

Luqman menarik nafasnya. Dia memilih item - item tersebut bukanlah bertujuan untuk menunjuk -nunjuk bahawa dirinya baik ataupun alim, tetapi kerana dia memang benar - benar ikhlas dan dia mahu hadiah yang diberikannya itu sarat dengan harapan dan doa buat Aneeqa. Bagi Luqman, sekalipun dia akan bertunang nanti tetapi dia tetap akan terus mendoakan yang terbaik buat diri Aneeqa. Biarpun redha dengan keputusan yang dia ambil untuk bertunang dengan gadis bukan pilihan sendiri, namun itu tidak bermakna dia tidak boleh mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan Aneeqa dunia dan akhirat. Luqman tahu bahawa Allah telah menetapkan jodoh setiap anak Adam itu sejak azali lagi, tetapi sebagai manusia yang lemah tentunya kita sendiri tidak mengetahui siapa jodoh kita. Oleh yang demikian, bukanlah menjadi kesalahan bagi setiap manusia itu andainya mereka jatuh cinta pada orang yang bukan jodoh mereka. Luqman juga begitu. Dia sendiri tidak pasti siapa jodohnya, kerana bertunang sahaja bukanlah tiket untuk menjamin perkara itu. Manalah tahu suatu hari kelak, dia tidak jadi berkahwin dengan tunangnya itu. Malahan tidak mustahil bahawa Aneeqa itulah jodohnya yang sebenar. Kerana itu Luqman tidak menyesal jatuh cinta dengan Aneeqa. Harapannya tetap subur dan berkembang selagi dia belum bernikah dengan sesiapa pun lagi.

Dua lagi item yang dipilihnya - sebungkus coklat dan sekeping kad ucapan - adalah sebagai meraikan diri Aneeqa sebagai gadis biasa yang punya kehendak dan kesukaan sendiri. Luqman mengagak, pasti gadis seusia Aneeqa suka menerima hadiah coklat dan kad. Lalu, Luqman sengaja memilih untuk menghadiahkan Aneeqa dengan coklat dan kad itu. Semua item - item yang dipilihnya, Luqman kumpulkannya dalam satu beg hadiah. Dan beg hadiah itu, Luqman mahu Jamaludin menyerahkannya esok. Sudah menjadi kebiasaan Luqman dan Aneeqa, andai ada barang yang ingin diserahkan, mereka akan meminta Jamaludin untuk menjadi orang tengah. Sepanjang perkenalan mereka, sekali pun mereka tak pernah lagi bercakap di dalam telefon apatah lagi bertemu berdua. Keduanya masih tetap seperti sebelum mereka berdua berkenalan dulu, sentiasa mengelak untuk bertembung. Jika mereka kebetulan melalui jalan yang sama atau terpaksa berdepan akibat tiada pilihan jalan lain, masing - masing hanya menunduk atau memandang ke arah lain. Menjeling atau mengerling jauh sekali. Entah mengapa, kedua - duanya dibalut perasaan segan dan malu yang begitu tebal sekalipun sudah mengenali diri masing - masing.

Luqman memandang jam pada telefon bimbitnya, sudah menunjukkan angka 11.30 malam. Sudah cukup lewat. Luqman cuba mengemaskan barangnya sepantas yang boleh. Dia mahu menyiapkan semua urusannya dan kemudian masuk tidur seawal yang boleh. Dia mahu memastikan dirinya segar untuk perjalanan panjang esok.

***

Azan subuh telah berkumandang. Luqman tersedar. Dia terlewat bangun dari tidurnya pagi itu. Jika tidak kerana azan tersebut, mungkin dia masih lagi hanyut dalam mimpinya sebentar tadi. Luqman yang sedikit kebingungan dan kelihatan mamai akibat tersentak dari tidur, pantas bingkas untuk mandi dan bersiap pergi berjemaah di surau. Dia sudah berjanji dengan Zamree, sebaik sahaja usai solat subuh mereka akan terus bertolak pulang.

Luqman memandang Zamree yang menyandar keletihan di kerusi sebelahnya. Dia baru sahaja mengambil giliran Zamree untuk memandu. Zamree yang memandu sejak dari Kota Kinabalu hingga ke Ranau tadi kelihatan tersenguk - senguk dalam lenanya. Mungkin akibat keadaan jalan yang tidak rata menyebabkan tidurnya sedikit terganggu. Luqman memperlahankan sedikit 'volume' pemain mp3 kereta agar tidak terlalu kuat. Luqman memberikan sepenuh perhatian kepada pemanduannya. Di jalan yang sempit dan berbukit - bukit itu, setiap saat adalah berbahaya. Keadaan jalan raya sepanjang Ranau - Sandakan itu juga diwarnai dengan pelbagai bentuk selekoh yang kadang kala begitu tajam, yang seandainya tidak memiliki kebolehan dan kemahiran dalam pemanduan, pasti akan mengundang padah. Ditambah lagi dengan banyaknya lori - lori dan treler - treler panjang yang berada di jalan raya, tentunya perhatian penuh terhadap pemanduan amat dititk beratkan.

Namun akibat kesunyian memandu keseorangan, fikiran Luqman akhirnya hanyut juga. Dia teringatkan mimpinya semalam. Sejak mimpi ajaibnya bertemu dengan pemuda soleh beberapa bulan lalu, ini adalah kali pertama dia bermimpi sesuatu yang pelik dan sangat membingungkan dirinya. Semalam dia bermimpi tatkala dia sedang tidur ( Luqman sendiri tidak pasti jika dia bangun atau tidak dalam mimpi itu, tetapi yang pasti dia sedang berbaring di katilnya ) di biliknya, masuk dua ekor burung kecil dari arah tingkap biliknya yang terbuka. Dua ekor burung itu kemudiannya berlegar - legar di atasnya. Selepas itu, keduanya hinggap di telapak tangan kanannya. Luqman terpesona dengan dengan kejinakan burung berkenaan. Luqman tidak dapat mengenali apakah jenis burung itu. Kerana tertarik dengan burung yang begitu jinak itu, Luqman berniat mahu menangkapnya. Ketika dia cuba mengenggam tangan untuk menangkap burung berkenaan, tiba - tiba sahaja kedua burung itu terbang dari telapak tangannya lantas meluru keluar ke arah tingkap bilik. Luqman hampa kerana tidak berjaya menangkap kedua - dua atau pun sekurang - kurangnya salah seekor dari burung berkenaan. Ketika dia sedang kebingungan dan berasa hampa itulah dia terdengar suara azan dan serentak dengan itu dia terus terjaga dari tidurnya.

" Luqman....."

Luqman tidak mengerti apakah yang cuba disampaikan melalui mimpinya itu. Adakah ianya hanya mainan syaitan ataupun memang benar - benar ada maksud yang tersembunyi?

" Luqman....ada lori nak potong kat depan tu.." Zamree bersuara.

Luqman membisu. Jika mimpinya benar, apakah maksud semua itu? Adakah kedua ekor burung dalam mimpinya itu melambangkan dua gadis yang sejak kebelakangan ini sentiasa bermain dalam fikirannnya? Adakah ianya melambangkan Aneeqa dan Naurah? Luqman sendiri tidak pasti.

" Luqman, elak! " Jerit Zamree.

Luqman tersentak. Telinganya menangkap sebuah bunyi hon yang kuat disertai dengan bunyi tayar yang sedang bergeser dengan tar jalan. Serentak dengan itu, pandangannya yang sebelum itu diisi dengan imej - imej dalam mimpinya semalam terus hilang dan diganti dengan imej yang menakutkan. Sebuah lori yang dihadapannya tertulis Sinaran Ais Sdn. Bhd. muncul dipandangan Luqman. Spontan pada saat itu, Luqman memusingkan stereng kereta tersebut ke arah kiri jalan, menyebabkan kereta itu meluncur dan merempuh besi pengadang jalan yang terdapat di tepi jalan itu sebelum melanggar sebatang pokok besar. Kereta berkenaan remuk teruk di sebelah bahagian pemandu. Keadaan jeda seketika. Zamree membuka matanya. Bahagian belakang badannya terasa sakit. Dia merasakan dahinya sedikit pedih. Dia memegang dahinya yang berdarah akibat terhantuk pada 'dashboard' kereta. Namun, dia bersyukur kerana lukanya hanya kecil. Zamree menoleh ke arah kanannya. Dia cemas melihat keadaan Luqman yang terbaring tidak bergerak pada stereng kereta. Kepala dan badan Luqman dibasahi oleh darah. Dalam kepayahan dan kesakitan, Zamree cuba mendapatkan Luqman. Dia menggoyang - goyangkan badan Luqman sambil memangil - manggil namannya.

Perlahan Luqman membuka matanya, dia memandang Zamree. Luqman begitu lemah dan tidak bermaya. Zamree cemas dan sayu melihat keadaan Luqman. Zamree cuba menenangkan Luqman.

" Man, sabar man...bertahan ya..sekejap lagi aku cuba telefon ambulan ok...bertenang sahabatku.." ucap Zamree sayu. Matanya mula menitiskan titis - titis air hangat. Dia cuba menyapu airmatanya itu. Dia tidak mahu Luqman melihatnya menangis. Dia memangku Luqman. Nafas Luqman kelihatan tersekat - sekat. Dadanya kadang kala terangkat menahan pedih kecederaan yang dialaminya.

Zamree mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon talian kecemasan. Setelah memberitahu keadaan dan lokasi mereka, Zamree memutuskan talian. Dia melihat mulut Luqman bergetar, seakan - akan ingin bersuara namun tidak berapa jelas dan kedengaran. Zamree mendekatkan telinganya ke bibir Luqman.

" Zamree, ma...maafkan aaaku...aku cuuaaii..." Luqman bersuara lirih.

" Tak payah cakap banyak sekarang man. Kau kena bertahan ya...simpan tenaga tu.." Zamree cuba menahan suaranya yang mula bergetar menahan tangis.

" Zam..maafkan aku ya..aku betul - betul minta maaf. Zamree,...aaku rasaaa dah sampai saatnyaaa aku pergi.." semakin lama suara Luqman semakin perlahan.

"....aku nak minta tolong dengan kau..tolong sampaikan salam kerinduan dan kemaafan buat ibuku jika kau berjumpa dengan dia. Katakan padanya, aku begitu merindui untuk bertemunya, dan aku minta maaf sebab tidak sempat menunaikan hajatnya...tolongnya ya Zam..." pesan Luqman terputus - putus.

" InsyaAllah Man...aku cuba.." Zamree sudah menangis teresak - esak. Dadanya begitu sebak mendengar pesanan teman baiknya itu.

"...ada satu lagi pesan aku....tolong sampaikan salam aku kepada Aneeqa..katakan padanya aku minta maaf kerana tidak mampu bersamanya untuk membina impian. Dan, aku ingin kau beritahunya bahawa aku mencintainya dunia dan akhirat...." Luqman terhenti. Wajahnya sudah dibasahi dengan darah.

" ...andai bukan disini, aku akan tunggunya di 'sana'...." sambung Luqman dengan nafas yang bersisa.

Zamree mengangguk tanda menerima amanah tersebut. Luqman semakin lemah. Dadanya sudah bergerak perlahan - lahan. Nafasnya juga semakin terputus -putus. Zamree mendekatkan bibirnya ke telinga Luqman.

" Asyhadualla ilaha illallah...wa asyhadu anna muhammadar rasulullah.." bisik Zamree. Dengan perlahan dan tersekat - sekat namun jelas bunyinya, Luqman menuturkan kembali syahadah tersebut. Sebaik sahaja kalimah yang terakhir, dadanya mula berombak perlahan. Matanya lirih memandang Zamree, dia sempat menghadiahkan sebuah senyuman kecil buat teman baiknya itu. Perlahan matanya terpejam. Nafasnya menjadi semakin perlahan dan akhirnya terputus. Tangannya jatuh terkulai dari atas dadanya. Zamree menangis semahu -mahunya. Dia memeluk erat - erat tubuh Luqman yang basah dan hangat dengan darah merah itu. Luqman akhirnya pergi menghadap Penciptanya Yang Esa. Luqman pergi buat selamanya dan tidak akan kembali lagi. Membawa pergi bersamanya hajat ibu yang tidak kesampaian. Membawa pergi bersama dengannya cinta hati yang ikhlas dan tulus.

Maafkan aku ibu........
Aku pergi tak kembali lagi...
Membawa hajat yang tidak mampu ku sudahi...
Tapi ku pasti jika punya kesempatan diberi...
Andai punya nyawa yang bisa ku pinjami...
Aku pasti bermati - matian berbakti....
Buat mu ibu yang ku sayangi...........

Maafkan diriku duhai kasih.....
Aku pergi meninggalkan dirimu sendiri...
Bukan pintaku begini...
Namun ku yakin ada hikmah tersembunyi...
Kenanglah daku dalam doa mu setiap hari....
Kerana biarpun terpisah oleh alam yang infiniti...
aku pasti tetap menanti mu disini....

LUQMAN HAKIM BIN MUHAMMAD FATEH



TAMAT

BAB 5 : KEHIDUPAN YANG DIMAMAH MASA

Jarak Luqman dengan Aneeqa - gadis bertudung ungu itu, semakin lama semakin dekat. Hanya beberapa kaki sahaja lagi sebelum mereka bertembung. Tiba - tiba.....

Vrroooommmm!!! Bunyi enjin kereta 'tranformer' Zamree yang sedang menghala ke surau mengejutkan mereka berdua. Serentak dengan itu, Aneeqa mendongak lantas menyedari kehadiran Luqman yang tidak jauh darinya. Aneeqa terkejut lalu menjatuhkan pandangannya semula. Dia mempercepatkan langkahan. Dia tidak mahu bertembung dengan Luqman. Luqman yang melihat keadaan itu kelihatan sedikit hampa. Niatnya mahu sengaja bertembung dengan Aneeqa tidak kesampaian. Dia sekadar mahu mencari alasan untuk memulakan perkenalan dengan gadis itu. Akhirnya, Luqman sekadar tergeleng - gelengkan kepala sambil tersenyum. Di dalam, hatinya berbisik mentertawakan dia. Luqman kalah lagi dengan bisikan nafsunya sendiri. Sepatutnya dia tidak berfikir seperti itu. Dia seharusnya menjaga pergaulan antara berlainan jantina. Perlahan, Luqman mengutuk dirinya sendiri. Dia kelihatannya agak menyesal berfikiran sedemikian.

Astaghfirullahal Adzim..Sepatutnya aku beryukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada Zamree. Kalau Allah tak datangkan Zamree ketika itu, tentunya aku akan bertindak lebih jauh dari yang sepatutnya..desis Luqman perlahan.

Kereta milik Zamree yang dikenali sebagai 'transformer' oleh rakan - rakan dek kerana klasiknya bentuk kereta keluaran Datsun itu telah pun sampai ke perkarangan surau. Sekalipun telah berusia, namun kereta itu masih kuat dan gagah menyusur jalan. Malahan kereta itu juga amat berjasa kepada Luqman kerana sering sahaja dia meminta pertolongan Zamree untuk menghantar atau mengambilnya dari terminal bas ekspress setiap kali dia ingin pulang ke kampung. Luqman memperkemaskan langkahnya. Dua minit lagi waktu maghrib akan tiba. Dan Luqman tidak mahu membuang masa lagi. Dia mahu tiba ke surau dan mengalunkan azan pada petang itu. Sejurus kemudian, kedengaranlah suaranya memecah keheningan senja di institut itu, mengajak kepada semua muslimin untuk datang dan menunaikan solat di surau yang disayangi itu.


***

Sedar atau tidak, masa telah menelan kehidupan manusia setiap saat dan detik. Bagi manusia yang berjaya mengurus dan mengawal masa dalam kehidupan sehariannya, maka mereka sangat beruntung. Dan tentunya adalah malang pula bagi mereka yang menjadi hamba kepada masa, mengabaikan masa yang ada dengan melakukan perkara yang sia - sia atau pun terkejar - kejar ke sana ke mari akibat kesempitan masa yang ada sehingga mengabaikan tanggungjawab dan perkara yang lebih besar dari urusan dunia mereka. Benarlah firman Allah dalam Al - Quran menerusi surah Al - Asr bahawa setiap manusia itu semuanya berada dalam kerugian melainkan bagi mereka yang beramal soleh dan bagi mereka yang sentiasa berpesan - pesan ke arah kebaikan serta kesabaran.

Luqman melihat ke arah kalendar yang tergantung pada dinding pintu biliknya itu. Sudah masuk minggu kedua dalam bulan Mei, dan minggu itu merupakan minggu peperiksaan. Semua pelajar sedang menumpukan perhatian kepada peperiksaan termasuklah dirinya. Semester itu, dia akan menduduki tiga kertas mewakili tiga subjek yang diambilnya. Namun, fikiran Luqman tidaklah seratus peratus terarah kepada peperiksaan yang akan dihadapinya. Fikirannya sedikit bercampur baur. Memori ingatannya cuba mengingatkannya tentang perjanjian pertunangan yang diputuskan antara dia dan ibunya. Tinggal hanya beberapa minggu sahaja lagi, dia akan pulang untuk bercuti dan seterusnya melangsungkan pertunangannya bersama Naurah - gadis pilihan ibunya. Biarpun dia telah bersetuju dengan ibunya, namun dihati kecilnya dia masih ragu dengan keputusannya. Keraguannya itu bukanlah bermakna dia ragu untuk melakukan ketaatan kepada ibunya, tetapi lebih kepada keraguan memilih gadis sosial itu sebagai tunangnya dan sekaligus menjadi isterinya tidak lama selepas itu. Dia masih belum dapat meyakinkan dirinya yang dia akan berjaya mengubah sikap Naurah setelah berkahwin nanti. Baginya, sikap yang telah mendarah daging tentu akan susah untuk diubah apatah lagi dibuang. Dia tidak mahu digelar suami yang tidak tahu menjaga isteri. Diri sendiri bukan main hebat, berusrah di sana sini, bagi tazkirah itu ini tetapi isteri sendiri tidak bertudung, malahan sangat sosial pula dalam pergaulan. Na'uzubillahi min zalik. Luqman tertunduk lesu. Dia dapat merasakan jiwanya sendat dengan persoalan - persoalan seperti itu.

Sepanjang beberapa bulan dari awal hingga ke pertengahan tahun ini, pelbagai cabaran, dugaan, suka dan duka datang silih berganti menimpanya. Tetapi Luqman begitu tabah dan sabar menempuhinya. Bagi dirinya, semuanya itu hanya ujian tanda kasih sayang Penciptanya kepada dia. Tanpa ujian, tentu dirinya tidak akan menjadi tabah dan kuat seperti hari ini. Tanpa dugaan, tentu dirinya tidak akan menjadi matang dan dewasa seperti hari ini. Luqman begitu bersyukur, kerana disebalik ujian kepahitan yang melanda dirinya, dia turut menikmati beberapa kemanisan dalam hidupnya. Seperti gula - gula yang menghilangkan pahitnya ubat, putaran hidupnya juga begitu. Luqman terkenangkan seseorang. Sepanjang beberapa bulan yang lalu, dia sebenarnya tidak keseorangan memikul bebanan dugaan tersebut. Dia sebenarnya telah berkongsi semua pahit manis, berat ringan perkara yang terjadi dalam hidupnya dengan seseorang sekalipun hanya menjadikan sms dan internet sebagai medium perkongian. Luqman begitu gembira dan ceria dengan kehadirannya. Hati Luqman sebenarnya begitu berbunga tiap kali menerima perkhabaran dari si dia. Malahan jika lama tidak mendapat sms atau private message, jiwanya menjadi muram, hatinya menjadi kelam, dan membuatkan hidupnya pada hari itu kelihatan kelam.

Sejak pertama kali smsnya dijawab oleh gadis itu, hatinya melompat kegirangan. Hidupnya menjadi ceria. Dan setelah sekian lama berhubungan, terdapat garis - garis perasaan yang mula muncul dan menjalar ke hatinya. Bagaimanapun, Luqman tidak tahu apakah yang dirasai oleh gadis itu - kerana biarpun telah lama berkawan, mereka sekalipun tidak pernah membicarakan perkara yang melibatkan soal hati dan perasaan. Masing - masing cuba menjaga batas agar tidak berlebihan. Luqman sebenarnya kelihatan senang dengan keadaan seperti itu. Dia lebih suka berbicara perkara - perkara yang lebih santai dengan gadis yang dulunya hanya merupakan sebahagian daripada angan - angannya. Luqman seakan - akan tidak percaya apabila dapat berkenalan dengan Aneeqa a.k.a gadis bertudung ungu. Dia pernah merasakan perkara itu mustahil, namun kini ternyata ia tidak mustahil lagi. Luqman tersenyum mengingatkan bagaimana dia berjaya berkenalan dengan Aneeqa. Dia mendapat peluang itu ketika dia secara tidak sengaja terjumpa nombor telefon bimbit Aneeqa yang dipaparkan di papan kenyataan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Kebetulan, sebagai salah seorang exco dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), gambar dan biodata ringkas Aneeqa dilekatkan pada carta organisasi persatuan. Dibawah nama dan biodata Aneeqa itulah tercatat nombor telefon bimbitnya. Luqman yang kebetulan sedang lalu dihadapan HEP, terpandang sekilas wajah Aneeqa yang melekat pada carta organisasi itu. Lalu kesempatan itu diambil Luqman untuk memulakan cubaan beraninya berkenalan dengan gadis idamannya itu. Ternyata, usaha Luqman membuahkan hasil sebaik sahaja smsnya dibalas. Dari detik tersebut, bermulalah perkenalannya dengan Aneeqa Si Gadis Bertudung Ungu.

Namun begitu, Luqman sekali - kali pun tidak pernah menceritakan lagi mengenai kisahnya yang bakal bertunang pada pertengahan tahun itu. Luqman berasa serba salah mengenai hal itu. Dia ingin menceritakannya, namun dia bimbang andai Aneeqa mengelakkan diri daripadanya selepas itu. Luqman sangat menyenangi hubungannya dengan Aneeqa. Dia sebenarnya berharap bahawa gadis yang bakal menjadi tunangnya nanti biarlah Aneeqa. Dia mahukan seorang gadis sepertinya. Seorang yang lemah lembut, sentiasa menjaga pergaulannya dan yang paling penting seseorang yang istiqomah dalam beramal islami. Luqman dalam dilema. Antara Naurah - gadis plihan ibunya ataupun Aneeqa - gadis bertudung ungu yang menjadi pilihannya. Dia sedar, lambat laun dia perlu juga membuat keputusan. Keputusan yang tentunya akan menggembirakan satu pihak dan akan melukakan satu pihak yang lainnya. Sekiranya mungkin, Luqman lebih redha untuk tidak memiliki salah satu dari keduanya kerana dia tidak mahu mengecewakan sesiapa, hatta perasaan ibunya dan juga Aneeqa sendiri kerana dia tahu sekiranya dia memutuskan hubungannya dengan Aneeqa, gadis itu pasti tidak kan memaafkannya lagi seumur hidup. Luqman pasti akan hal itu kerana Aneeqa pernah memberitahunya tatkala menjawab soalan sama ada dia selesa dan suka berkenalan dengan Luqman atau tidak. Aneeqa menjelaskan bahawa dia selesa dan suka tetapi dia menegaskan kepada Luqman bahawa dia bukannya anak patung untuk dipermainkan. Aneeqa mahu Luqman ikhlas dalam menjalin hubungan dengannya. Dan sememangnya Luqman ikhlas dan bersungguh - sungguh dalam hal tersebut. Luqman tidak pernah menganggap hubungannya dengan Aneeqa sebagai permainan dan menjadikan Aneeqa sebagai anak patung yang mudah dimain - mainkan. Tidak pernah sekali - kali seperti itu. Luqman bukanlah lelaki berhidung belang. Luqman seorang yang ikhlas dalam perhubungan, kerana itulah dia rasa begitu bersalah berahsia dengan Aneeqa.

Luqman warawiri sendirian. Hatinya bercampur baur. Fikirannya berputar - putar. Tiba - tiba, dia merasakan pandangannya seperti bergoyang. Kepalanya mula terasa sakit pada bahagian kiri. Berdenyut - denyut. Kakinya seperti hilang kekuatan, Luqman yang berdiri terpaksa bergerak menuju ke katilnya. Luqman menghempaskan tubuhnya ke katil sambil tangannya memicit bahagian yang berdenyut di kepala. Matanya dipejam erat menahan pedih. Airmata terkeluar sedikit menandakan sakit yang ditanggungnya bukan kepalang. Luqman cuba bertenang. Dia menarik nafas dalam - dalam sebelum dihembuskan semula. Mulutnya terkumat - kamit membaca beberapa kalimat ayat - ayat Quran. Perlahan, denyutan di kepala sudah mula berkurangan namun masih terasa pedih dan sakit. Luqman mencapai botol air disebelah katilnya. Dia meneguk air tersebut setelah membaca beberapa kalimat doa dan selawat. Luqman berbaring menahan kesakitan. Mujurlah waktu itu dia berada dalam biliknya, jika dia berada di luar pastinya dia akan berada dalam kesusahan. Luqman masih memejamkan matanya Mulutnya pula membacakan beberapa potong ayat Quran yang dihafalnya, dalam usaha untuk menenangkan otaknya yang sedang perit menanggung sakit. Akhirnya, setelah beberapa minit, Luqman merasakan sakitnya mula menghilang dan tidak lama selepas itu, dia pun tertidur.....

*bersambung.........................

BAB 4 : HIKMAH DIBALIK MIMPI

Sudah sebulan berlalu sejak berlakunya peristiwa mimpi ajaib yang dialami oleh Luqman. Luqman yang selepas sahaja peristiwa itu terus berjumpa dengan pensyarahnya untuk meminta pandangan mengenai mimpinya, masih lagi asyik memikirkan peristiwa itu. Hatinya seperti belum berpuas hati dengan penjelasan yang didengarnya. Jika mimpi itu benar, mengapa berlaku kepadanya? Padahal dirinya bukanlah seorang yang hebat sehingga memperolehi mimpi yang ajaib itu. Hari itu, ingatan Luqman mengimbas kembali peristiwa yang berlaku dalam mimpinya sebulan yang lepas. Sebaik sahaja dia melabuhkan tubuhnya di katil bilik sesudah usai solat zohor tadi, memorinya terus berputar. Figura pemuda soleh dan kubah ajaibnya silih berganti. Bicara pemuda itu yang begitu lembut dan sangat menekan qalbunya sehingga menyebabkan dia menangis semahu - mahunya, begitu jelas bermain di benaknya.

" Assalamualaikum ustaz, ustaz sibuk? " Sapa Luqman ketika dia masuk ke pejabat Ustaz Iqbal sebulan yang lepas, dalam usaha meminta penjelasan mengenai mimpinya pada malam itu.

" Waalaikumsalam Luqman. Sila duduk. Ustaz tak juga sibuk sebenarnya. Tengah menaip je sekarang nie. Ada hal ke? " Ustaz Iqbal menjawab ramah. Sememangnya kehadiran Luqman tidaklah begitu asing bagi Pensyarah Bahasa Arab itu kerana Luqman memang biasa menziarahinya di pejabat, sama ada untuk bertanya sesuatu atau sekadar duduk - duduk berbual mengerat silaturrahim.

Luqman segera duduk dihadapan Ustaz Iqbal. Dia masih kelihatan teragak - agak untuk menceritakan mimpinya. Luqman menarik nafas. Rasanya dia tidak mahu mengambil masa dengan banyak pensyarahnya itu kerana dia tahu bahawa beliau mesti sangat sibuk dengan pelbagai tugasan dan kuliah.

" Erm...begini sebenarnya ustaz. Semalam......" Luqman pun menceritakan peristiwa yang berlaku kepadanya semalam. Tidak ada satu pun bahagian yang tertinggal. Luqman menceritakannya dengan jelas. Dia tidak mahu berahsia, dia mahu pensyarahnya itu mendengar ceritanya dan dapat memberikan penjelasan yang jelas mengenainya.

Ustaz Iqbal mendengar dengan teliti semua cerita Luqman. Dia langsung tidak menyampuk. Dia membiarkan sahaja Luqman menceritakan semuanya. Hanya sesekali dia mengangguk dan bertanya, itupun pada bahagian yang dia rasakan kurang jelas. Selebihnya hanya Luqman yang bersuara.

" Jadi bagaimana pendapat ustaz? " Soal Luqman sebaik sahaja selesai bercerita.

Ustaz Iqbal kelihatan hanya memejamkan matanya sambil mengurut - ngurut perlahan janggutnya. Ustaz Iqbal kemudiannya membuka matanya lalu memandang Luqman sambil menguntumkan sebuah senyuman.

" Sebelum ni adakah mak Luqman menyatakan sesuatu kepada Luqman? Seperti meminta Luqman melakukan sesuatu ke, atau dia ada pernah menyatakan suatu hajat kepada Luqman, pernah? "

Luqman sedikit terkejut dengan soalan itu. Adakah mimpinya semalam ada kaitan dengan hajat ibunya yang mahukan dia bertunang dengan gadis pilihan ibunya itu? Luqman mengangguk perlahan. Dia dapat merasakan bahawa pesnyarahnya itu sudah dapat melihat hikmah dibalik mimpinya.

" Dia minta apa? " Soal Ustaz Iqbal lagi.

Luqman pun menceritakan mengenai hajat ibunya yang mahu menjodohkan dia dengan gadis bekas jirannya dahulu. Ustaz Iqbal hanya tersenyum lebar mendengar cerita Luqman.

" Beginilah, ustaz pun tak tahu nak kata macam mana dengan anta. Cumanya, ustaz rasa mimpi anta ada kaitan dengan hajat ibu anta. Dan kalau anta perasan, peristiwa yang berlaku dalam mimpi anta tu hampir sama dengan peristiwa Nabi Sulaiman bertemu dengan seorang pemuda yang taat kepada kedua ibubapanya. Balik nanti, cuba anta rujuk buku - buku kisah teladan di Pusat Sumber atau cuba cari di internet, mesti anta akan jumpa. Nasihat ustaz, cubalah berbincang baik - baik dengan ibu anta. Berbincanglah dengan baik agar dapat memperolehi keputusan yang memuaskan anta dan ibu anta. Jangan sakiti hatinya sekalipun anta tidak bersetuju dengan keputusannya. Ingat, al jannatu tahta li ummiyi qadam.." Ustaz Iqbal mengakhirkan kalamnya di situ.

Luqman begitu sayu. Merasakan bahawa dirinya telah derhaka kepada ibunya. Matanya mula berkaca - kaca, namun dia memaksa untuk tidak membiarkan airmata itu jatuh. Dia malu dengan pensyarahnya itu. Bukan malu kerana menangis dihadapannya, tetapi malu kerana tidak memahami hakikat sebenar hikmah mimpinya padahal ianya sangat jelas. Dia juga sudah pernah membaca kisah Nabi Sulaiman itu, tetapi mungkin jiwanya yang terlalu kotor menyebabkan dia buta untuk menafsirkan mimpinya itu.

Sejak kejadian tersebut sebulan lalu, fokus Luqman begitu terganggu. Fokusnya terhadap kuliah sudah mula menurun. Luqman sudah tidak lagi dapat menumpukan perhatian kepada kuliah yang disampaikan. Luqman lebih banyak termenung. Sesekali, Luqman menjadi bahan ketawa kawan - kawan apabila dia tidak dapat menjawab soalan - soalan yang dilemparkan kepadanya oleh pensyarah yang mengajar. Kesihatan Luqman juga merosot. Tubuhnya semakin mengurus dan sering sahaja mengalami demam dan sakit - sakit kepala. Luqman pula seperti hanya membiarkan dirinya begitu. Dia langsung tidak mengambil berat tentang apa yang berlaku terhadap dirinya lagi. Luqman sebenarnya telah pun menghubungi ibunya dan menyatakan kesediaannya untuk bertunang dengan Naurah - gadis yang menjadi pilihan ibunya itu pada cuti pertengahan tahun nanti iaitu pada bulan Jun. Tetapi jujurnya, hati Luqman masih tidak dapat menerima keputusannya itu seratus peratus. Hatinya masih ragu. Namun kerana ingin menunjukkan ketaatan dan kepatuhan kepada ibu yang banyak berjasa kepadanya selama ini, dia menurut sahaja kehendak ibunya itu. Hati kecilnya mengatakan biarlah dia terseksa atau terluka, asalkan ibu kesayangannya itu bahagia dan gembira. Baginya tiada yang lebih menggembirakannya selain daripada melihat ibu tuanya itu bahagia.


***

Luqman sedang dalam perjalanan menuju ke surau. Dia yang mengenakan jubah putih dan juga sebuah kopiah putih kesayangannya itu hanya berjalan kaki. Sambil menapak, Luqman sesekali memandang ke arah padang kampus melihat rakan - rakannya sedang sibuk berebutkan sebiji bola. Dia sekadar tersenyum dan menggeleng - gelengkan kepala. Dia memandang jam tangannya, jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Sepuluh minit lagi, azan maghrib akan berkumandang. Rakan - rakannya itu kelihatan begitu asyik sehingga tidak mengendahkan waktu maghrib yang semakin hampir. Sebetulnya, dia juga turut sama bermain bola tadi. Tapi sebaik sahaja pukul 5.40 petang, dia naik untuk membersihkan diri dan bersiap - siap untuk ke surau. Terkadang dia terfikir sejenak, apalah ertinya mempunyai tubuh yang sihat dan cergas sedangkan rohani tidak terjaga dan lemah. Baginya kesihatan rohani sama pentingnya dengan kesihatan jasmani. Jika untuk memastikan jasmani sihat, kita perlu mengeluarkan peluh dan bersukan, begitulah juga halnya dengan rohani yang perlu sentiasa dihidupkan dengan berjemaah dan mendengar ceramah - ceramah ilmu di surau - surau, masjid - masjid, dan juga dimana - mana tempat yang menjadi tumpuan umat Islam untuk beribadah.

Semasa sedang menapak melepasi anak bukit menghala ke surau, hatinya tiba - tiba berdebar sebaik sahaja matanya menangkap satu figura yang sedang memakai sepasang tudung berwarna ungu yang beliau sangat cam siapa pemiliknya, sedang berjalan menuju ke arah yang sama dengannya. Gadis yang selalu sahaja mengenakan tudung berwarna ungu itu kelihatan melangkah dengan sopan sambil menundukkan kepala menyebabkan gadis itu tidak menyedari kehadiran Luqman yang hanya kira - kira 10 meter dari tempatnya. Luqman begitu terpana melihat gadis itu. Sejak sebulan yang lepas, Luqman sering sahaja melihat gadis itu. Di kawasan bangunan kuliah, pejabat pengurusan, di dewan makan, dan tentunya di surau. Namun, dia yakin bahawa hanya dia sahaja yang menyedari keadaan itu kerana gadis itu kelihatan bersahaja tatkala berpapasan dengannya. Seperti selalu, jantung Luqman akan berdengup kencang sebaik sahaja melihat gadis itu. Matanya juga kelihatan tidak kuat untuk merenung, kerana Luqman pasti akan menunduk malu jika bertemu dengannya. Sehingga ke hari ini, Luqman masih belum berpeluang berkenalan dengan gadis itu. Luqman juga nampaknya tidak memiliki keberanian yang cukup untuk mendekati gadis berkenaan. Mungkin kerana tidak biasa bergaul dengan wanita ataupun kerana peribadi gadis itu yang dirasakan begitu hebat menyebabkan dia sering sahaja mematikan hajatnya untuk berkenalan. Namun, kala ini Luqman tidak lagi memanggil gadis itu sebagai 'gadis bertudung ungu' kerana dia telah pun berjaya mengetahui nama gadis itu yang sebenar. Aneeqa - begitulah nama empunya badan yang sering sahaja membuatkan hati Luqman gelisah. Nama yang sering membuatkan hatinya bergetar tatkala mendengar nama itu disebut - sebut.

Jarak Luqman dengan Aneeqa - gadis bertudung ungu itu, semakin lama semakin dekat. Hanya beberapa kaki sahaja lagi sebelum mereka bertembung. Tiba - tiba...................

*bersambung

BAB 3 : GADIS BERTUDUNG UNGU

Luqman benar - benar terkejut. Sebaik sahaja objek berbentuk kubah itu terbelah, didalamnya terdapat seorang pemuda sedang duduk berzikir. Pemuda itu kemudiannya bangun dan melangkah keluar menghala ke arah tempat Luqman berdiri. Pemuda yang hampir sebaya dengan Luqman itu mempunyai wajah yang begitu tampan dan indah, seakan - akan bersinar dan bercahaya. Dia memakai sepasang pakaian putih yang sangat indah. Tanpa disedari Luqman, pemuda itu sudah pun berada betul - betul dihadapannya.

" Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh saudara ku.." Salam dihulur. Lembut dan tenang sahaja. Bibirnya mengukir sebuah senyuman - manis.

Luqman tergegau. Lidahnya kelu. Seketika kemudian baharulah Luqman menjawab salam berkenaan.

" Siapakah engkau? Manusia kah atau jin? " Luqman memberanikan diri bertanya.

Pemuda itu masih tersenyum indah. Dia memang menyangka soalan itu pasti akan meluncur dari mulut Luqman.

" Aku hanyalah manusia biasa. Tetapi Allah S.w.t telah memberikan sedikit kemuliaan ku seperti mana yang kau saksikan. "

" Apakah yang telah kau lakukan sehingga kau beroleh perkara yang menakjubkan ini? " Luqman terus menyoal. Benaknya begitu takjub dengan apa yang berlaku dihadapannya ketika itu.

" Semua kurniaan ini diberikan oleh Allah Azza Wa Jalla kerana amal baktiku kepada kedua ibu bapa ku semasa hayat mereka. Aku memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak aku kecil hingga dewasa, mereka memelihara ku dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan ku agar aku menjadi seorang yang soleh. Bapa ku meninggal dunia dalam usia lanjut semasa dalam pemeliharaan aku dan yang tinggal hanya ibu ku yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh.."

Pemuda itu menyambung lagi. " Aku satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Aku selalu mengangkatnya untuk mandi dan akulah yang memandikannya. Segala urusan makan dan minum aku uruskan dan akulah juga yang menyuap makanan padanya. Ibu selalu mendoakan supaya aku dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan ku setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu ku wafat, aku berjalan-jalan di tepi laut dan melihat ada suatu kubah dari mutiara. Aku mendekati kubah tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila aku masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah aku ketahui sama ada aku berada di bumi atau langit”

" Aku melihat engkau kelihatan muda dan tidak pun terdapat seurat uban di rambutmu. Berapakah usiamu? "

" Aku hidup sejak zaman Nabi Ibrahim lagi. " jawabnya jujur. Luqman tersentak. Andai begitu, tentulah umurnya sudah menjangkau puluhan ribu tahun. Serentak dengan itu, ucapan tasbih meluncur keluar dari mulut Luqman.

" Apakah engkau merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini? "

Pemuda itu hanya tersenyum. Tiba - tiba Luqman terfikir sesuatu.

" Bolehkah aku melihat apa yang terdapat dalam kubah mu itu? " Luqman bertanya. Separuh mengharap.

Pemuda itu mengangguk perlahan. Dia kemudiannya memimpin Luqman masuk ke dalam kubah tempat tinggalnya. Setelah itu dia pun berdoa kepada Allah lalu suasana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang. Terkejut Luqman sambil berkata, “Maha suci Allah, Allah Maha Besar”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.

Pemuda itu berkata, " Jika aku lapar, aku makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang ku ingin akan tersedia dan kalau aku haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat. "

Luqman bertanya lagi, " bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?”

Jawab pemuda itu, "Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahari terbenam kubah ini akan menjadi gelap. "

Pemuda itu menyambung lagi. " Cukuplah, sebab saat ini aku harus menghadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mensucikan serta memuji kebesaranNya. "

Luqman akur pada permintaan pemuda soleh itu. Luqman melangkah keluar dari kubah tersebut. Seketika kemudian, kubah itu pun tertutup lalu kembali ke tengah lautan sebelum akhirnya tenggelam perlahan - lahan ke dalam perut laut. Luqman masih memandangnya dengan perasaan yang takjub dan hairan. Di benaknya, bersiponggang ayat yang dituturkan oleh pemuda itu sebentar tadi.

" Semua kurniaan ini diberikan oleh Allah Azza Wa Jalla kerana amal baktiku kepada kedua ibu bapa ku semasa hayat mereka." Luqman menangis. Jiwanya menjadi hiba. Hatinya merintih. Tangisannya semakin lama semakin kuat. Luqman seperti tidak beruapaya menahan airmatanya yang tumpah membasahi pipinya. Dia terduduk, kakinya seakan tidak bermaya untuk menanggung beban tubuhnya. Luqman akhirnya tenggelam dalam tangisnya yang panjang...

***


Tiba - tiba, telefon bimbitnya bergetar. Serentak dengan itu suara jam penggera yang datangnya dari telefon bimbit berkenaan berbunyi, menandakan waktu pada ketika itu telah pun masuk ke angka 4.15 pagi. Luqman memang sengaja mengunci waktu berkenaan setiap pagi. Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk bangun di kala itu untuk bertahajjud dan sekaligus menunaikan solat subuh. Kerana itu, dia sengaja menguncinya lebih awal daripada waktu subuh masuk.

Astaghfirullahal Adzhim! Luqman sedikit tersentak.. Dia lantas terbangun dari tidurnya . Mimpinya padam. Luqman meraup wajahnya seraya mengungkapkan puji- pujian kepada Tuhan yang masih berkenan menyambung nyawanya. Luqman merasakan tangannya basah. Dia merasa pipinya, ternyata sedikit basah dan ianya berpunca dari arah matanya.

Aku menangis? bisik Luqman. Perlahan otaknya memutarkan kembali peristiwa yang berlaku dalam mimpinya sebentar tadi. Badannya sedikit bergegar, menahan emosi. Jiwanya mula hangat dengan perasaan yang bercampur baur. Sayu, hiba, sedih, dan macam - macam lagi. Apakah maknanya semua ini? Apakah yang ingin disampaikan kepada ku? Bertalu - talu soalan tersebut menerjah fikirannya.

Berkali - kali Luqman melafazkan istighfar. Benaknya ralit memikirkan hikmah disebalik mimpinya itu. Agak lama dia menyandar di katil.

Takpalah, esok kalau ada peluang nanti aku tanyakan pendapat orang lain tentang mimpiku itu. Getusnya. Luqman melirik ke arah skrin telefon bimbitnya. Sudah 4.20 pagi. Melihat waktu yang semakin mapet, Luqman bingkas bangun. Dia mahu meluangkan waktu itu dengan bermunajat dan berbicara dengan Tuhannya. Banyak yang ingin dia adukan kepada Nya. Bagi Luqman, tiada tempat yang terbaik untuk mengadukan segalanya selain dari Nya. Kerana hanyalah Dia sebaik - baik Pendengar dan sebaik - baik Penolong. Sejurus membersihkan diri dan mengambil wuduk, Luqman kemudiannya hanyut dalam munajat bersama Tuhannya.


***

Hari itu hari Isnin. Selepas sahaja perhimpunan bulanan bersama Pengarah Kampus sebentar tadi, Luqman dan beberapa rakan sekelasnya bergegas meninggalkan ruang dewan, lantaran tidak tahan dengan keadaan yang hawa yang hangat akibat ramainya pelajar yang memenuhi setiap inci dewan berkenaan. Ketika sedang mencari 'ruang - ruang' untuk menyelinap, matanya melirik sekilas terhadap seorang gadis bertudung labuh berwarna ungu disebelah kanannya. Wajah gadis itu hanya kelihatan sebelah sisi sahaja. Kepalanya ditundukkan sedikit. Hanya sesekali dia mengangkat kepalanya melihat ke arah hadapan. Mungkin bagi memastikan dia tidak terpisah dari barisan kelasnya. Luqman cuba mengamati wajah gadis tersebut. Serasanya dia tidak mengenali gadis tersebut. Malahan ini merupakan kali pertama dia melihatnya di institut itu. Sedang Luqman sedang asyik memandang wajah yang ayu itu, tiba - tiba sahaja gadis itu menoleh ke arahnya. Mata mereka bertemu. Luqman tepegun. Hatinya mula menjadi hangat. Perlahan ianya menjalar ke arah seluruh wajahnya. Serentak dengan itu, Luqman mengalihkan pandangannya.

Gadis ayu itu turut melakukan aksi yang sama. Dia menunduk. Ada riak malu pada wajahnya. Pipinya yang putih mula memerah. Gadis manis bertudung ungu itu benar - benar dalam keadaan yang sangat malu. Dalam hatinya, ada sedikit kekesalan kerana menoleh ke arah lelaki di sebelahnya sebentar tadi. Sebetulnya, ketika Luqman asyik memandang wajahnya, atmanya menyatakan bahawa ada seseorang yang sedang merenungnya. Kerana itulah dia cuba mengangkat wajahnya dan menoleh ke arah Luqman.

Luqman telah pun berada dalam kelas. Sebentar lagi, sesi tutorial bersama tutor kelas akan bermula. Semua orang di dalam kelasnya sedang melakukan aktiviti sendiri sambil menanti kedatangan tutor mereka. Ada yang berbual, ada yang sedang bergurau senda, malahan ada juga yang mengambil kesempatan untuk makan kerana tidak sempat bersarapan sebelum itu. Luqman hanya duduk di kerusi. Diam. Hanya termenung sendirian. Fikirannya silih berganti. Dia teringatkan mimpinya semalam. Jiwanya masih belum tenang sepenuhnya. Dia perlu meminta pendapat seseorang tentang mimpinya itu.

Yes! Rasanya lebih baik aku minta pendapat Ustaz Iqbal. Tengahari nanti mesti dia ada di pejabatnya. Luqman sudah menemukan orang yang sesuai untuk dia meminta pandangan. Hatinya sedikit lega. Dia pasti Ustaz Iqbal yang mengajar subjek Bahasa Arab itu mesti mampu memberikan pendapat tentang mimpinya semalam. Bibirnya tersenyum sedikit.

Sesaat kemudian, ingatannya memutarkan peristiwa sebentar tadi. Jantungnya sedikit berdebar. Dia teringatkan sekeping wajah milik gadis bertudung ungu yang dia temui sebentar tadi. Hatinya berasa berbunga. Wajah mulus yang memiliki sepasang mata yang cantik dan dihiasi dengan kening yang tebal itu kelihatan begitu indah dan mendamaikan.

Astaghfirullah! Jauhnya aku berangan..Luqman tersedar dari lamunan. Dia mengucap panjang. Dia merasakan dirinya sedang melakukan sesuatu yang tidak baik. Namun, wajah itu seakan tidak mahu lenyap dari ruang ingatannya. Malahan figura wajah gadis manis itu semakin jelas dan melekat kukuh. Luqman warawiri memikirkan gadis itu. Dihatinya, Luqman terasa didesak untuk mengetahui siapakah sebenarnya gadis bertudung ungu itu.

Gadis bertudung ungu? Ya, setakat ini biarlah aku memanggilnya sebagai gadis bertudung ungu..bisik hati Luqman yang disusuli dengan sebuah senyuman yang dia sendiri tidak dapat menafsirkannya...

*bersambung....................

BAB 2 : ILUSI MIMPI

Luqman kelihatannya sedang ralit menaip pada komputer riba kesayangan miliknya. Jari jemarinya begitu pantas dan tangkas menekan kekunci aksara komputer riba berjenama Acer itu. Dia sebenarnya sedang bertungkus lumus menyiapkan 'proposal' Kajian Tindakan yang merupakan salah satu syarat kursus bagi setiap pelajar tahun akhir sepertinya. Terdengar perlahan dari pembesar suara komputer ribanya itu suara gemersik dan menyentuh qalbu milik qari terkenal dari Kuwait - Al - Qari' As - Syeikh Mishari Rashid Al - Afasy - sedang mengalunkan kalamullah. Telinganya menangkap baris - baris ayat yang sedang dibacakan. Dia ingat benar surah yang dibacakan itu. Malahan surah yang sedang dialunkan penuh penghayatan itu mempunyai kaitan dengan dirinya. Arwah ayahnya memilih nama surah berkenaan untuk diabadikan pada namanya. Arwah ayahnya mahu dia mempunyai akhlak dan hikmah yang dimiliki oleh seorang manusia yang dimuliakan Allah - Luqman Al Hakim - yang nasihat - nasihatnya begitu terkenal dan penuh berhikmah. Allah merakamkan nasihat - nasihat itu yang ditujukan kepada anak kesayangannya yang merupakan surah yang ke 31 mengikut turutan dari permulaan susunan dalam Al Quran.

12. Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."

14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Hatinya tersentuh. Ternyata biarpun nasihat - nasihat itu sudah berusia ribuan tahun sejak diturunkan oleh Allah dalam Al - Quran, nasihat itu tetap malar segar dan relevan bagi setiap manusia. Nasihat yang dimulai dengan perkataan ' hai anakku ' itu, menggambarkan betapa lemah lembutnya nasihat yang diberikan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Dan hati Luqman sebenarnya tersentuh dengan nasihat supaya berbuat baik kepada ibu bapa dan wajib berbuat baik kepada kedua mereka. Berbuat baik itu termasuklah menuruti segala perintah mereka selagi ianya tidak bercanggah dengan tuntutan syarak. Menuruti segala perintahnya? Luqman termenung seketika. Jari jemarinya jeda. Dia lantas teringat perbualannya dengan Zamree selepas isyak tadi.

" Petang tadi, aku tengah duduk kat hostel. Tiba - tiba mak aku 'call'. Untuk pengetahuan kau, 3 minggu lepas mak aku menyuarakan hajatnya dengan aku. Dan petang tadi mak aku telefon untuk mendengar persetujuan aku........" Serentak dengan itu, Luqman melepaskan sebuah keluhan yang agak berat.

" Apa hajat mak kau tu? "

" Er...dia nak tunangkan aku dengan anak kawan dia kat kampung! " teragak - agak Luqman menuturkan ayat tersebut.

Seperti yang dijangkannya, temannya itu tertawa sebelum menekup mulutnya selepas melihat Luqman 'menaikkan' keningnya tanda tak senang dengan responnya. Tapi mulutnya seperti tidak boleh dikatup. Tawanya tetap pecah sekalipun bertutup dengan kedua belah tangannya. Selepas 10 saat kemudian, baharulah dia melepaskan tangannya. Dia tersengih memandang Luqman.

" Aku dah agak dah! mesti tentang perempuan....hehehe...jadi apa masalahnya? kan itu rezeki namanya..? " tanya Zamree tanda tidak mengerti apa masalah sebenar temannya itu.

" Aku sebenarnya takda masalah. Aku pun 'single' kan, so aku tak kisah sangatlah. Cumanya, aku kurang berkenan dengan pilihan mak aku tu...."

" Kenapa" "

Luqman memandang wajah Zamree. Zamree masih setia menanti jawapan daripada Luqman.

" Em...gadis pilihan mak aku tu tak bertudunglah. Lagipun dia tu berasal dari keluarga yang berada dan pernah tinggal di luar negara. Dan menurut maklumat yang aku perolehi, gadis tu agak sosial dalam pergaulannya. Kaki 'clubbing'...."

Zamree sedikit tercuit mendengar ayat 'menurut maklumat yang aku perolehi...'. Macam detektif je kawan aku nie, bisik hatinya.

" Dah tu, kenapa kau tak ceritakan saja perihal perempuan tu kat mak kau? Kau cakap je lah...ka senang je tu.."

" Ermm...kalaulah semudah itu.." getus Luqman perlahan.

" Sebenarnya macam ni, mak aku dan mak gadis tu merupakan kawan baik dahulu. Keluarga gadis tu tinggal berjiran dengan kami sewaktu di kampung dulu. Tetapi sebaik sahaja bapanya dinaikkan pangkat, mereka terpaksa berhijrah ke luar negara. Nak dijadikan cerita, mak aku dan mak gadis tu pernah berjanji untuk menjodohkan kami berdua sejak kami kecil lagi. Sebabnya, mak aku tu terhutang budi dengan keluarga mereka sebab sejak kematian arwah ayah aku, merekalah yang banyak membantu kami sekeluarga. Dan biarpun mereka sudah berpindah ke luar negara, mereka tetap meneruskan hubungan dengan keluarga kami. Malahan, kadang - kala mak gadis tu turut menghantar sedikit wang belanja kepada mak aku kerana mereka tahu keadaan kami agak susah. Yalah, mak aku hanya bekerja sebagai tukang sampah untuk majlis perbandaran kan, tentunya gajinya tidaklah cukup untuk menyara kami lima beradik. Cumanya sejak aku masuk ke IPG ni, bebanan mak aku dah kurang sedikit. Berbekalkan elaun RM 700 sebulan tu, dapatlah aku membantu belanja sekolah adik beradik aku yang lain. Dan sejak itu, aku sebagai anak lelaki sulung berasa sangat bertanggungjawab untuk membantu keluarga aku. Alhamdulillah dua tahun yang lepas, kakak aku dapat pekerjaan sebagai kerani di sekolah. Dengan gajinya dan sedikit elaun aku itu, dapatlah kami bersama - sama menanggung keluarga. "

Luqman menarik nafas. Matanya agak sedikit berkaca. Memang latar belakang kehidupannya selama ini tidak berapa diketahui oleh teman - temannya di sini. Ini kerana, dia sendiri tidak pernah menceritakan hal berkenaan kepada sesiapa kerana dia tidak mahu orang di sekelilingnya bersimpati dengan dirinya. Dia mahu menunjukkan bahawa dia dan keluarganya tidak memerlukan simpati orang. Dia mahu membuktikan bahawa mereka boleh hidup berdikari tanpa bergantung harap dengan orang lain. Dan yang paling penting, dia mahu membuktikan kepada keluarganya sebagai anak lelaki sulung, dia mampu memikul tanggungjawab memimpin keluarga lebih - lebih lagi selepas pemergian ayahanda tercinta sejak lapan tahun yang lalu.

" Aku yakin, mak aku akan menolak alasan aku tu. Pastinya mak aku akan kata yang semuanya tu boleh dibentuk dan boleh diubah lepas kahwin nanti. Mesti dia akan suruh aku didiknya perlahan - lahan jadi isteri yang solehah. Bunyinya macam mudah dan indahkan. Mendidik seorang gadis yang jahil menjadi seorang isteri yang solehah..tapi bunyinya agak klise..Realitinya tidak semudah tu. Ini bukan cerita dalam novel atau drama. Ini realiti..." luah Luqman. Pundaknya terasa sedikit ringan. Hatinya sedikit lapang selepas meluahkan masalah yang menghambatnya beberapa minggu lepas.

Zamree menunduk. Dia dapat merasakan betapa terhimpitnya keadaan sahabatnya kala ini. Sahabatnya itu sedang berada dalam dilema, sama ada menjadi anak soleh a.k.a mithali dengan menurut kata ibunya dan sekaligus meletakkan sebelah kakinya di neraka kerana sekiranya dia gagal mendidik bakal isterinya itu dengan baik, tentunya dialah yang akan dihumban ke neraka dahulu kerana dia adalah ketua keluarga, dan tentunya dia bertanggungjawab penuh dalam urusan mendidik isteri dan anak - anak ke arah yang diredhai Allah. Atau pun dia boleh menolak hajat ibunya itu dan berterusan dirundung rasa bersalah seumur hidup kerana melukakan hati ibu yang bermati - matian mengandung dan melahirkannya selama ini. Zamree buntu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu membantu temannya itu. Masalah Luqman lebih besar dari yang disangka. Zahirnya nampak mudah, tetapi hakikatnya ianya merupakan masalah yang sangat berat. Zamree hanya mampu menepuk bahu Luqman tanda meminta dia bersabar dengan dugaan yang dihadapinya.

***

Ting Tong! Ingatan Luqman terhadap perbualannya terganggu. Dia kini kembali ke dunia realiti. Bunyi pembesar suara di hadapan biliknya mematikan lamunannya. Sebuah pengumuman disampaikan oleh seorang ajk kolej kediaman yang mengingatkan kepada semua penghuni untuk hadir ke perhimpunan bulanan bersama Pengarah Kampus. Esok merupakan hari Isnin dan sudah menjadi rutin setiap Isnin minggu pertama, sebuah perhimpunan bersama dengan pengarah dan para pensyarah akan diadakan di dewan utama kampus. Perhimpunan yang kadang - kadang merimaskan gara - gara sesaknya para pelajar yang berhimpun dalam dewan yang kecil itu, biasanya akan dimulai pada pukul 8 pagi sebaik sahaja ketibaan pengarah dan para pensyarah kanan serta ketua - ketua jabatan. Luqman membiarkan sahaja pengumuman tersebut berlalu. Baginya, perkara seperti itu tidak perlu diingatkan kerana memang sudah tanggungjawab pelajar seperti dirinya untuk menghadiri setiap program yang diaturkan oleh institut.

Luqman menyudahkan ayatnya yang terakhir pada 'proposal' yang sedari tadi terhenti seketika pembikinannya. Dia mahu menghabiskannya secepat mungkin. Dia mahu membuat sedikit kerja yang diberikan oleh pensyarahnya sewaktu di kuliah siang tadi. Selepas itu dia mahu membaca seketika bahan - bahan untuk kelasnya esok. Dia sebolehnya mahu mempersiapkan diri dengan subjek yang akan diikutinya esok. Dia tidak mahu jadi seperti orang yang tidak tahu bila ditanya oleh pensyarah. Lagipun dia masak dengan pensyarah yang mengajar subjek Sejarah Bahasa Melayu itu, kebiasaannya pensyarahnya itu akan memulai kelas dengan bertanyakan beberapa soalan mengenai perkara - perkara yang telah dipelajari pada kuliah yang lepas dan yang berkaitan dengan topik hari itu.

Sebaik sahaja semua tugasan khalas, Luqman merebahkan diri ke katil. Teman sebiliknya sudah lama diulit mimpi. Dia mematikan lampu utama, dan hanya menghidupkan lampu meja sahaja. Luqman mahu menyambung membaca novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha yang terputus semalam. Luqman sengaja membaca novel itu perlahan - lahan. Dia mahu menghadamkan setiap bait -bait ayat yang terkandung dalam novel yang setebal 785 halaman itu. Novel itu baginya mempunyai rohnya yang tersendiri. Hatinya yang kadang - kala gundah dan resah, pasti akan terubat dengan watak - watak yang baginya begitu Islamik dan sempurna.

***

Entah bila Luqman tertidur. Tautan Hati masih lagi terbuka dan menelentang didadanya. Luqman sudah nyenyak tidur. Dia sudah pun berada dalam alam mimpi. Dalam mimpinya, dia berada di tepian pantai yang indah dan cantik. Laut kelihatan membiru, ombak berlari - lari menuju pantai. Pasir yang memutih itu kelihatan bersinar dibasahi air laut. Pandangannya dihalakan ke arah laut yang saujana mata memandang. Sayup - sayup kelihatan seperti ada objek yang sedang timbul dari arah dalam laut. Perlahan - lahan objek tu semakin jelas. Dari pantai, Luqman dapat melihat seperti ada sebuah kapal selam tetapi ianya berbentuk pelik. Objek itu berbentuk seperti kubah masjid. Ya! Seakan -akan kubah masjid tetapi ukuran lilitnya lebih besar. Ianya bersinar seperti perak. Objek berkenaan kemudiannya menuju ke arah pantai perlahan - lahan. Luqman terpegun melihat keindahan objek itu . Dia tertanya - tanya apakah objek yang sedang dilihatnya itu. Sejurus sahaja sampai ke tepi pantai, objek berkenaan kemudiannya perlahan sedang terbelah dua. Luqman melihat dengan takjub peristiwa aneh itu. Seumur hidupnya dia tidak pernah melihat objek seperti itu. Hatinya tertanya - tanya adakah ianya sebuah kapal makhluk asing? Tetapi hati kecilnya menafikan kerana kebiasaannya makhluk asing akan menaiki kapal angkasa dan bukannya kapal selam. Sebaik sahaja objek berkenaan terbuka sepenuhnya, Luqman terkejut! Beberapa kali Luqman menggosok matanya tanda tidak percaya. Mulut Luqman terbuka terpelonggo sedikit, matanya membesar, bulu romanya menaik tegak. Spontan Luqman mengungkapkan tasbih.

Subhanallah! Ya Allah! Apakah semua ini?............

* bersambung.........................

BAB 1 : LANGIT NAN MERAH

Langit mula menjadi kemerahan tatkala sang matahari masuk ke peraduannya. Burung - burung sudah mula berarak terbang ke sarang selepas seharian mencari rezeki di bumi Allah. Bayu bertiup perlahan, menyapa dengan mesra wajah seorang lelaki yang sedang duduk di birai beranda surau An -Nur yang terletak dalam Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu itu. Surau itu terletak di tengah - tengah kampus. Di sebelah kanannya terletak sebuah flat bagi kakitangan kampus manakala di bahagian kirinya pula terdapat sebuah rumah usang yang sudah lama tidak berpenghuni. Rumah yang asalnya dibina bagi kediaman Timbalan Pengarah Kampus itu begitu serabut dengan semak samun yang meninggi. Jika diperhatikan di waktu - waktu senja begitu, kelihatannya amat menyeramkan. Lelaki yang lengkap berpakaian melayu berwarna biru tua yang dipasangkan dengan sepasang kain sarung biru yang bercorak segi - segi dan sepasang kopiah putih itu kelihatannya sedang mengelamun.

Lamunannya tersentak lalu terputus tatkala mendengar suara azan mula berkumandang memecah keheningan senja itu. Beliau melepaskan sebuah desahan kecil lantas bangun lalu masuk ke ruang solat surau. beliau memilih untuk duduk di ruang kiri surau, dibelakang tiang utama berhadapan dengan rak - rak Al Quran. Suara muazzin yang mendayu - dayu baru sahaja habis menjalankan tugasnya, memanggil penghuni - penghuni sekitarnya untuk datang dan menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Sejurus kemudian, iqamah pun dilaungkan. Serentak dengan itu barisan saff mula dibentuk dan lelaki itu pun melangkah untuk menyertai barisan tersebut bersama - sama dengan beberapa lagi orang jemaah yang baharu tiba ke surau. Saff diluruskan dan dirapatkan. Imam menoleh sedikit kearah jemaah seraya berkata " rapat dan luruskan saff. Sesungguhnya melurus dan merapatkan saff itu sebahagian daripada kesempurnaan solat ". Lantas satu takbir dilaungkan oleh imam, menandakan bermulanya sebuah proses kerohanian dalam usaha menunjukkan ketaatan dan kepatuhan kepada Sang Rabbul Jalil, Si Pemilik Seluruh Alam Semesta.


***

Usai sahaja halaqoh ilmu dan bacaan Surah Al - Mulk yang menjadi kelaziman bagi setiap jemaah surau setiapkali selesai solat isyak itu, Luqman Hakim- yang merupakan seorang pelajar tahun akhir yang menuntut di IPG Kampus Gaya - masih duduk ditempatnya. Sejak senja tadi hingga ke saat itu, beliau seperti sedang memikirkan sesuatu dan perkara itu tentunya begitu menganggu beliau. Zamree - yang merupakan salah seorang teman baik Luqman, seakan dapat membaca keresahan dan kegelisahan yang terlukis pada wajahnya. Selepas meletakkan mushaf di rak, beliau menuju ke arah Luqman lalu mengambil tempat dihadapannya.

" Kenapa ni, ada masalah ke? " Aju Zamree kepada Luqman. Pendek dan terus sahaja soalan tersebut.

Luqman memandang ke arah Zamree. Cuba menguntum senyuman tapi terasa tawar. Lalu, beliau membuang pandangannya ke arah pintu utama surau. Kosong, semua jemaah agaknya sudah kembali ke kolej kediaman. Atau pun mungkin keluar untuk makan malam.

" Entahlah. Aku rasa macam lain sikitlah malam ni. Macam ada yang tak kena aja.. " Luqman mula bersuara.

" Bagi taulah apa masalahnya. Kalau aku boleh tolong, aku tolong. Kalau tak dapat, aku minta orang lain tolong selesaikannya. " Zamree cuba memujuk temannya itu untuk bercerita dengannya.

" Aku sebenarnya segan nak cerita kat kau.. " kata Luqman sambil melepaskan sebuah keluhan kecil.

Zamree memperkemaskan duduknya. Dia semakin tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang bermain dalam kepala teman sekuliahnya itu. Baharu sahaja tengahari tadi dia melihat temannya itu begitu ceria. Bercerita dan bergurau sambil diselang selikan dengan gelak ketawa bersama - sama dengan kawan - kawan di dalam bilik kuliah, sementara menunggu kedatangan pensyarah.

" Kalau aku cerita dengan kau, janji ya yang kau takkan ketawakan aku? " pinta Luqman. Keningnya sengaja diangkat sebelah, meniru gaya penyanyi Ziana Zain atau pun ahli gusti yang terkenal dulu, The Rock.

Zamree tersenyum sambil tertawa kecil. Beliau begitu tercuit dengan gelagat spontan Luqman sebentar tadi. Luqman memandangnya penuh tanda tanya.

" Ai, aku baru minta kau berjanji, kau dah ketawa pulak dengan aku! " Luqman menarik muka empat belas, tanda rajuk. Tawa Zamree semakin panjang biarpun tidak kuat. Tawa yang hanya mereka dua dengar. Zamree sudah dapat membuat hipotesis dalam kepalanya.

Mesti tentang hal itu! Bisik hati kecil beliau. Zamree kemudiannya berhenti tertawa, namun mulutnya masih tak lepas dari tersenyum. Luqman pula agak sedikit tertekan melihat gelagat Zamree yang mengenakan sepasang jubah hitam dan sepotong serban yang diikat kemas ala - ala imam di Masjid Negeri itu - sesuai dengan perwatakannya yang sememangnya sering menjadi imam solat fardhu di Surau An - Nur tersebut.

" Maaf maaf...aku tak dapat tahanlah tengok gaya kau tadi. Yelah, sebelum tu bukan main serius lagi..ni tiba - tiba suruh aku jangan ketawa pulak..aku rasa macam dah dapat agak la apa sebenarnya yang kau nak sampaikan ni..hehehe...tapi apa pun, aku nak dengar dulu dari mulut kau sendiri..aku janji takkan ketawa, ok? "ujar Zamree sambil meletakkan tangan kanannya di pundak kiri Luqman. Dia cuba untuk mengendurkan rajuk rafiknya itu.

Luqman lalu tersenyum keriangan mendengar bicara temannya itu. Dia sememangnya ingin berkongsi sesuatu dengan seseorang. Hatinya sudah tak tertahan lagi menanggung hal itu sendirian. Sekurang - kurangnya, beliau dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggungnya kala itu, di samping mengharapkan temannya itu dapat memberikan beberapa buah pandangan yang boleh membantunya menyelesaikan hal tersebut.

Luqman mendesah. Matanya memandang ke arah Zamree, dan seketika kemudian melarikan pandangannya ke sudut penjuru surau sebelum memandang Zamree semula. Luqman menarik nafasnya. Mungkin cuba membina kekuatan dan keyakinan untuk bercerita. Luqman tersenyum sedikit sebelum memulakan ceritanya.

" Macam ni Zam, beberapa minggu lepas aku rasa ada yang tak kena dengan aku sebenarnya. Mula - mula tu aku tak ambil peduli sangat. Tapi sejak akhir - akhir ni semakin kuat pula perasaan tu mengasak aku. Dan kemuncaknya ialah waktu petang tadi.."

" Apa yang jadi dengan kau sebenarnya? Dan apa yang jadi tadi? " potong Zamree sebelum Luqman sempat menghabiskan ayatnya.

" Ish, sabarlah sikit. Aku baru nak cerita, kau dah potong.." balas Luqman tanda tak puas hati gara - gara Zamree menyampuk cakapnya sebentar tadi.

Zamree tersipu malu lantas tersengih. Nampak sangat yang dia tertarik dengan cerita Luqman. Zamree kemudiannya meminta maaf dan memberi isyarat kepada Luqman agar meneruskan ceritanya.

Luqman menarik nafas panjang, seperti seorang atlet lompat tinggi yang baru ingin memulakan lompatannya. Beliau kemudiannya menyambung...

" Petang tadi, aku................."

*bersambung....



~p/s : Ini merupakan percubaan pertama aku untuk menghasilkan sebuah cerpen bersiri. Tak pernah cuba sebelum ni. Harap - harap korang boleh terima la cerita aku nie..cerita kat atas nie takde kaitan dengan yang hidup atau pun yang dah arwah sama ada dari segi watak ,latar mahupun peristiwa- peristiwa yang berlaku dalamnya. Semuanya merupakan rekaan aku semata - mata..aku sekadar mahu berkongsi dan ingin menyampaikan sesuatu kepada semua pembaca sekalian. harapnya bila dah abis cerita nie nanti, adalah manfaat utk diri kita semua...insyaAllah..amin... :)

SINARAN ALLAH

Ada seorang aulia dan juga ahli tasawwuf namanya As-sybli..satu hari dlm syarahan beliau telah menyebut perkataan Allah. Lalu seorang darwis berdiri dan terus berkata..”ucaplah kalimah syahadah”.kemudian As-sybli berkata, bagaimana klu saya meninggal tanpa menyebut kalimah Allah dan hanya menyebut La Illa ha(tiada tuhan?)..perkataan beliau amat mempengaruhi dan mempersonakan darwis itu...rasa takut kpd Allah menyelubungi hatinya dan dia terus meninggal lalu jatuh dan meninggal dunia..

Align Center

Kemudian saudara-mara darwis mengadu kpd khalifah mengatakan bahawa A-sybli telah membunuh darwis itu..As-sybli pn dipanggil mengadap khalifah spy menjawab tuduhan tersebut.As-sybli berkate “nyawa darwis itu dlm api dan dia dipanggang dlm kerinduan hendak bertemu dgn Allah...jadi,dia telah menceraikan diri dengan alam n tidak berhajat kpd dunia lg..oleh kerana kuatnya keinginan utk hndk bersama Allah menyebabkan dirinya lemah dan tdk berdaya.darwis yg xthn mendengar perkataan sy n sepintas pandangan dia tlh melihat Allah....sinaran Allah itu tidak tertahan olehnya.badannya xtertanggung lg lalu meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah”..

Allahu’alam..^_^


*cerita ini dikongsikan oleh seorang sahabat saya...jazakallahu khairan kathira kepada beliau... :)

EGO VS MARUAH

*sebahagian daripada perkongsian ilmu dengan rakan aku beberapa hari yang lepas...aku dah edit sket la..hee...

aku : .....Maruah mmg pertama..dlm islam pun mmg itu yg utamakan..maruah bg sy bley jgk digandingkan dgn iman..maruah takde nilai kalau xde iman..tp iman lah yg mmbuatkan maruah seseorang tu bnilai..kan3..

kawan :
mungkin some part kita boley jadi ego tp for some reason, kita x digalakkan jadi ego..ade org kata, maruah die sgt2 tinggi hingga die memilih untuk jadi ego..ego drpd menerima pndangan org, ego drpd ...minta maaf dulu..conclusionnye, ade pro n contra..

aku :
hee...yup2..kdgw ada org yg anggap mcm tu..sbb nak jga maruah la dia jd ego..kan..sokong pndpt tu..mmg ada asasnye.. :)
tp tu la byk jgk yg tsalah fhm ttg hal tu..maruah nie sebenarnya lebih kpd kesucian diri..so, mmg kita perlu mjaga n mmpertahankannya sebaik mungkin..cthnya, kesucian diri bg seorang wanita tu amat tinggi nilainya..so, kerana tu seorang wanita perlu ptahankannya sedaya yg boleh..jd wanita yg mnjga kesucian dirinye bkn lah wanita yg ego, ttp sebnrnya bermaruah..bg lelaki pun sama jgk halnye..kalau org lelaki bjalan tak pndg sapa2 pun tmasuklah gadis2 seksi yg berdiri tepi jalan yg cube ngorat dia, lelaki tu bknnya ego tp bermaruah... :)

ego tu pulak lebih kpd meletakkan diri lebih tinggi, lebih mulia, lebih baek drpd org laen..si kaya yg tidak mahu duduk bersila bsama si miskin itu adalah ego, dan bknnye kerana maruah..maruah xkan jatuh nilainya bila kita bergaul dgn pelbagai lapisan sosial masyrakat..Rasululllah punya maruah yg tinggi tp baginda ttp duduk bersama si miskin, ttp makan brsama dgn si pesakit kusta, ttp bejalan sama dgn bilal bin rabah si habsyi hitam..baginda tidak merasakan maruahnya jatuh bila buat tu suma..malahan ianya lebih menaikkan lagi maruahnya.. :)


TUKAR SELERA

Assalammualaikum...

Alhamdulillah..aku baru sahaja letak templates yang baru kat blog aku nie...saja ja nak tukar selera..aku sengaja pilih yang mudah dan lebih cepat untuk diakses...harap perubahan nie boleh diterima oleh kawan - kawan pembaca semua... :)

ok, so harap semua orang tetap layan and terus bagi sokongan kat aku...ok?!

HUJAN O HUJAN


Assalammualaikum..

Awal pagi tadi aku 'bertugas' menemankan akak aku pegi Bandar Indah untuk urusan sket la..waktu tu cuaca kat kawasan perumahan aku agak suram jugak la sedikit tapi belum sampai tahap mendung gila..on the way nak pegi sana tu, aku dapat tengok la awan mendung mula bergerak perlahan - lahan dari kawasan Bandar Sandakan ke arah kawasan Bandar Indah dan seterusnya kawasan perumahan aku..kalau tengok ke arah Bandar Sandakan, aku nampak memang dah hujan lebat la..memang gelap sangat dan berkabus dah dilangit..

waktu tu aku terfikir something..aku tengok bumi Allah kat Sandakan nie sumanya dah mendung dah tapi tak suma tempat hujan..kadang - kadang pelik ( bagi aku la ) sebab aku tengok awan tu meliputi suma kawasan jugak la tapi hanya sesetengah kawasan je yang kena hujan...aku pun cuba la berfikir secara rasional dan cuba kaitkan keadaan nie dengan keadaan sehari - hari..aku berpendapat kehidupan kita sebagai manusia pun macam tu..suma orang hidup di bumi Allah yang sama tapi tak suma orang akan menghadapi apa yang orang lain hadapi..( mungkin susah sket nak faham ayat aku nie..hee...)


Apa yang kita rasa sebagai keamanan di bumi Malaysia nie, takkan dapat dirasai oleh saudara - saudara kita yang duduk di Palestin nun..kemewahan hidup yang dinikmati oleh golongan bangsawan dan beraja, takkan dapat dirasai oleh golongan miskin dan fakir..nikmat kesihatan yang kita rasai ini begitu didambakan oleh pesakit - pesakit yang duduk di hospital tu..dan begitu jugak la dengan penderitaan dan kesengsaraan hidup yang hingga membuatkan sesetengah orang membunuh diri, takkan kita sebagai orang yang rasional dan waras dapat rasai..

Faham tak apa yang aku cuba sampaikan nie? Aku cuma nak kata, bersyukurlah dengan apa yang kita ada, yang kita miliki, yang dah tersurat untuk kita dan jangan sekali - kali merungut dengan suma tu..suma orang ada nasib masing - masing..dah kita sepatutnya menganggap apa yang kita ada dan kita miliki ini sebagai yang terbaik bagi kita kerana tidak suma orang akan merasainya...betul tak? kita rasa kita ada masalah yang sangat berat, makanya kita perlu bersyukur kerana kita masih lagi dapat hidup dengan rasional dan mampu berfikir dengan baik untuk menyelesaikan masalah tersebut..bayangkan kalau orang lain yang kena masalah macam kita, mungkin orang tu akan bunuh diri kerana tak tahan dengan masalah yang dihadapinya..


begitu jugak andai kita ada kekayaan yang banyak, syukuri nikmat itu kerana bukan suma orang ditakdirkan untuk menjadi kaya..jangan jadikan kekayaan sebagai tiket untuk kita sombong kerana untung nasib kita sumanya dalam aturan Allah..Andai Allah ingin 'menimpakan hujan' ke atas kita, takda siapa yang dapat menghalangnya..jangan ingat kawasan kita yang cerah tidak akan ditimpa hujan..ingat tak dengan pepatah 'ku sangka cerah hingga ke petang, rupa - rupanya hujan di tengah hari'..haa, kan dah jelas tu..kalau Allah nak mendatangkan apa - apa jua cabaran, dugaan, masalah dan sebagainya, itu merupakan kerja Allah..dan kita sebagai manusia perlu menyediakan diri untuk suma itu bak kata pepatah, 'sediakan payung sebelum hujan'..pastikan kita dah 'payungkan' diri kita dengan kekuatan iman dan keyakinan kita terhadap qada' dan qadar Allah..kalau dah sedia, taklah kita risau sangat basah lencun oleh hujan...

Itu saja la apa yang aku nak kongsi sebenarnya..point utama aku ialah syukuri apa yang kita ada, tak kira la sama ada berbentuk positif seperti harta, kesihatan, jawatan ataupun negatif seperti masalah kesihatan, masalah itu dan ini kerana itu suma adalah qada' dan qadar Allah..dan yang pastinya itu suma bukanlah sia - sia kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..seperti timbulnya pelangi selepas hujan..nampak indah dan memukau.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagi kamu.Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui."(Al-Baqarah : 216)


wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...