SELAMAT TAHUN BAHARU 2011

Assalammualaikum..

Adakah anda sedar kita sudah pun sebenarnya berada selama 25 hari dalam bulan Muharram bagi tahun baharu 1432H? Tentunya ada dalam kalangan kita sudah pun ingat - ingat lupa bukan? Hari ini pula kita sudah berada hari yang terakhir bagi tahun masihi 2010. Malam ini tentunya akan diadakan pelbagai konsert dan juga keraian di merata tempat di seluruh negara. Dalam kegigihan dan bersemangatnya 'pihak berwajib' menyatakan pendirian untuk mengurangkan indeks jenayah buang bayi dan masalah golongan remaja yang melakukan perlakuan sumbang, mereka masih tetap 'lupa' atau pun 'berpejam mata' sekaligus mengizinkan berlakunya pokok bagi segala masalah keruntuhan akhlak yang timbul di negara kita ini iaitu konsert - konsert tahun baharu yang bercampur diantara anak - anak adam dan hawa yang bukan muhrim.


Seperti kebiasaannya, sesudah selesai sahaja konsert pada tengah malam tahun baharu, kita akan melihat berbondong - bondong anak gadis kita terutamanya yang muslim diusung ke hotel - hotel, rumah tumpangan, rumah sewa, semak samun dan sebagainya oleh si lelaki durjana. Disebalik sampah - sarap yang bertimbun, terselit puluhan bekas kondom terpakai. Maka jangan hairan enam bulan dari sekarang, negara kita akan dikejutkan oleh penemuan bayi - bayi yang dibuang di sungai, tong sampah , masjid, surau, depan rumah orang, hospital. Bagi abyi yang bernasib baik, mereka akan ditemui oleh orang ramai dalam keadaan yang masih bernafas dan elok. Tetapi bagi mereka yang malang, ada dikalangan mereka yang akan menjadi habuan semut dan anjing - anjing yang kelaparan. Malahan ada juga yang ditemui tinggal separuh badan sahaja selepas dibaham oleh anjing. Dimanakah sifat kemanusiaan kita? Apakah kita tega melihat senario tersebut berlaku saban tahun? Dimanakah tanggungjawab dan peranan kita bagi membanteras perkara ini?

Seharusnya dalam menyelesaikan perkara ini, pihak berwajib dan masyarakat harus mencari dan melihat kepada masalah utama yang menjadi akar kepada segala masalah yang timbul. Rumah Pengasih, Sekolah Bagi Remaja Mengandung, pemberian kondom percuma, Pendidikan Seksualiti bukanlah penyelesaian yang terbaik dalam menyelesaikan masalah ini. Akar utama bagi masalah ini sebenarnya ialah pergaulan bebas dalam kalangan remaja kita pada masa kini. Pergaulan bebas sesama remaja lelaki dan perempuan pada waktu ini perlu dibataskan terutamanya bagi yang muslim. Pergaulan mereka sepatutnya berlandaskan kepada syariat dan bukannya menurut nafsu semata.

Anak - anak remaja masa kini perlu diterapkan dan diasuh dengan bimbingan pendidikan agama yang kuat dan bukannya dengan ilmu pendidikan seksualiti semata. Saya hairan mengapa perlunya kepada pengajaran pendidikan seksualiti seawal tahun satu padahal mereka masih belum pun mempunyai apa - apa 'idea' mengenai perkara tersebut sama ada mengenai anatomi fizikal mereka atau pun naluri. Kanak - kanak tersebut fitrahnya suci, maka seharusnya kita menjaga kesucian fitrah dan pemikiran mereka. Mengapa harus kita 'mencemarkan' pemikiran mereka dengan ilmu - ilmu yang sepatutnya mereka kuasai hanya apabila sudah mencapai tahap akil baligh. Kanak - kanak seawal umur tujuh tahun itu sepatutnya diberikan didikan dan bimbingan agama yang cukup bagi membina jati diri dan benteng iman mereka. Saya yakin sekiranya perkara ini dipraktikkan, kita akan berjaya mengurangkan kadar maksiat di negara kita ini.

Saya sebenarnya cukup terkilan dengan apa yang berlaku di negara kita ini. Dengan gejala pergaulan bebas yang meningkat, jenayah buang bayi dan sebagainya, kita menjadikan anak - anak yang tidak berdosa itu sebagai 'pihak' yang harus bertanggungjawab diatas masalah tersebut dengan menetapkan sistem pendidikan yang memasukkan pelbagai elemen - elemen dan subjek yang menyesakkan pemikiran mereka sebagai kanak - kanak.

Akhirnya, saya berdoa dan berharap semoga suatu masa nanti senario di negara kita akan berubah. Tiada lagi masalah buang bayi, seks bebas, dan pelbagai lagi masalah yang diakibatkan oleh pergaulan bebas dan keruntuhan akhlak remaja kita. Semoga tahun baharu 2011 yang akan menjelma beberapa jam sahaja lagi akan menjadi noktah bidayah bagi lembaran yang baharu dan ceria bagi kita rakyat Malaysia. Semoga Malaysia terus makmur dan dirahmati oleh Allah. "Baldatan toyyibatan wa rabbun ghafur"


Selamat Tahun Baharu 2011

Ingatlah wahai teman, dalam setiap perjalanan yang panjang dan meletihkan, pastinya kita perlu berhenti dalam setiap perhentian bagi menghilangkan lapar dahaga dan untuk mengisi bekalan, ambillah bekalan seadanya dan jangan berlebihan, kelak kau akan terduduk dan longlai akibat tidak terdaya menanggung bebanan, begitu juga janganlah leka dan alpa di perhentian sehingga terlalai menyimpan bekalan, kelak dirimu akan merana dan terhenti di separuh perjalanan, sehingga akhirnya tidak berjaya sampai ke pengakhiran, ingatlah ini wahai kawan, andai kaki mu lemah dan rebah di perjalanan, bangkit dan binalah semula kekuatan, jika tubuh mu jatuh dan tersungkur ke permukaan, bangun dan tegapkan la semula langkahan, ingatlah ini wahai rakan, sekadar nasihat sesama kita tanda ingatan, moga Allah memberi rahmat dan keampunan, dan semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan sepanjang zaman..

TAKDIR : SAJA NAK TUMPANG TANYA..


+ "Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." setiap saat hati dan fikiranku mengingati Allah..kurasakan hatiku bergelora dan perasaan sayu sentiasa menyelubungi diri..titisan air mata terasa ingin mencurah-curah mengalir ke pipi..fikiran melayang lantas tumpuan terhadap kerja2 hilang...inikah ketenangan yang dimaksudkan??

- perlu di perhatikan kenapa rasa nak menangis tu..jika kita mmg fikirkan Allah, insyaAllah akan lebih bersemangat...tp kadang2 syaitan nie pandai amik kesempatan, dia saja wat hati kita sedih, sayu dan mcm2 lagi...then kita pon mulalah rasa lemah dan malas nak wat keja..dengan alasan tgh sayu..kerana itu nabi selalu amal doa nie ~ Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazn, wa auzubika minal ajzi wal kasa, wa auzubika minal jubn wal bukh, wa auzubika minal ghalabatid daini wal rijal....


+ hati ni terlalu ingin utk terus mendekati Allah..tp bila saja nak buat amal..nak buat kebaikan..rasa mcm ada saja bisikan yang mndorong untuk menjauhi segala kebajikan..mcm mana nk jauhi perasaan tu?


- itu mmg pastilah ada perasaan mcm tu...kalo nak buat amal nie mudah, ramai rasanya yg masok syurga n xdelah org2 yg melakukan kejahatan kat dunia nie....setiap kebaikan itu pasti ada ujian daripada Allah...bisikan syaitan itu juga sebahagia...n drpd ujian yg diturunkan Allah...syaitan bleh mmbisikkan perasaan mcm tu hanya dengan izin Allah..so, doa selalu kat Allah agar Allah pelihara kita drpd bisikan syaitan tsebut...


jalan ke neraka itu sgt indah dan mudah...tapi pengakhirannya sgt ngeri dan celaka....jalan ke syurga itu berliku2 dan payah..tap pengakhirannya manis dan indah...

teruskan mendekati Allah..jgn tewas dgn bisikan syaitan..semakin kuat dia menghasut, maka sepatutnya semakin kuat kita menidakkan hasutannya tu..
sebagai manusia biasa mmg tak lari dr keadaan nie..turun naik iman perkara yg biasa bgi manusia lemah mcm kita nie...perbanyakkan usaha utk maintainkan iman kita tu...Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Tanda cintakan Allah S.W.T. ial...ah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”(baihaqi)

insyaAllah, saling ingat mengingatkan itu mmg suatu kwajipan bagi setiap muslim...andai seorang terlupa, maka mnjadi kwajipan yg sorg lagi utk mengingatkannya... :)

wa tawasau bil haq, wa tawasau bissobr...

ujian yg menimpa kita adalah selari ataupun setanding dgn tahap iman kita...maka bersyukurlah kita jika kita diuji dgn ujian yg berat kerana itu tandanya Allah sedang menaikkan martabat iman kita...apa pun yg berlaku, jgn pernah sekali tinggalkan bermuhasabah diri...kerana dgn muhasabah, insyaAllah kita akan selalu dpt menjaga hati dan iman kita...

+
masalahnya akhi...adakah bnar ini ujian atau balasan??

- ujian itu ada dalam beberapa bentuk....sebenarnya kita tak sebut ujian tu sebagai balasan tetapi lebih tepat ialah sebagai kaffarah kpd dosa2 kita yg lepas...apa yg berlaku kpd kita sebenarnya adalah utk 'mencuci' diri kita yg 'kotor' lanta...ran pelbagai dosa dan maksiat yg kita lakukan..maka, Allah menurunkan ujian sebagai kaffarah bagi menghapuskan dosa2 kita..wallahualam..insyaAllah, setiap apa yg berlaku itu ada hikmah yg tsembunyi dan hanya Allah yang Maha Mengetahui setapi perkara yang tersembunyi itu...Allah tak pernah membebankan/ menganiaya hamba2 nya..apa yg berlaku sebenarnya ialah kita sendiri yg menganiaya dan menzalimi diri sendiri...PUT YOUR TRUST IN HIM..have faith... :)

+‎ 'Allah tidak akan menguji hambaNya sekiranya hambaNya itu tidak mampu untuk menghadapi ujian tersebut..'
sekiranya hamba itu tidak dapat juga menghadapi ujian yang diberikan..adakah itu dinamakan takdir?


- "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagi kamu.Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui."(Al-Baqarah : 216)
ujian Allah adalah selari dengan tahap iman seseorang manusia...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
( Al Baqarah : 286 )


maka perbanyakkan doa yg kat atas nie....apa yg berlaku kpd kita mmg suda ditakdirkan, tetapi kita mpunyai kuasa utk memilih takdir dgn mmperbanyakkan doa kpd Allah...sekiranya apa yg berlaku dgn kita itu tidak sperti yg kita inginkan, maka redhalah dgn segala ketentuan Allah...ada hikmah yg tersembunyi yg hanya Allah yang tahu...perhatikan ayat 216 kat atas tu..


‎"Tanamkanlah kesabaran dalam menghadapi sgl kesulitan.. bencana.. dan kesengsaraan.. kerana kesabaran merupakan salah satu diantara moral yg tertinggi.. dan akhlak yg mulia.. bersandardirilah kpd ALLAH dan senantiasalah minta perlindungan-NYA dari sgl bencana dan penderitaan.. jangan berharap pertolongan dan perlindungan dr siapapun.. kecuali dari ALLAH." (Ali bin Abi Thalib)


*perbualan diatas adalah berdasarkan perbualan saya dengan seorang rakan di facebook beberapa bulan yang lepas..saja kongsi sebagai ingatan buat diri sendiri...maaf jika pendapat saya tidak tepat dalam menjawab persoalan yang diutarakan...sekiranya sahabat - sahabat punya jawapan yang lebih tepat, saya alu -alukan untuk berkongsi di ruangan ini.... :)



SYAFAKALLAH

~BismillahirrahmannirrahiM~

Hari ini genap dua minggu aku kena demam selesema..tapi rasanya hari ini lah yang paling teruk..mata aku bengkak dan merah kerana gatal dari hidung yang naik ke mata aku...mata dan hidung sangat gatal..mak ayah aku dah bising dah..suruh aku pegi klinik..aku sebenarnya bukan apa..kalau pegi klinik pun, aku tau jugak ubat apa yang dorg nak bagi kat aku...mesti ubat demam selesema dan eye mo jugak...huhu...pastu charge sampai berpuluh ringgit padahal harga benda tu semua paling mahal pun sepuluh ringgit lebih ja pun...

aku tak tahu la kenapa jadi macam nie...tapi rasanya agak normal aku demam selesema di rumah nie...mungkin sebab 'environment' yang berbeza kot dengan keadaan aku yang biasa...lagipun kat sini aku duduk terkurung ja kat rumah..so, virus tu senang la merebak dari seorang ke seorang...


apa - apa pun, aku harap mata aku nie kembali la cerah dan normal...sekarang nie memang merah sungguh macam biji saga...aku sendiri takut tengok...dah sepet sebab bengkak, merah lagi..macam mata hantu pun ada jugak...huu...

Syafakallah..

...

KAWAN AKU CAKAP MACAM NIE..

Ada seorang kawan pernah berkata dengan saya,

" aku nak berubah la...nak jugak jadi macam budak - budak surau tu..tapi susah la.."

Lantas saya pun memberikan satu analogi,

" cuba bayangkan kita berada di dalam hutan yang sangat tebal, gelap dan kita pula sedang kelaparan...kebetulan dalam hutan tu, tak ada sebatang pokok pun yang mempunyai buah untuk dimakan dan tak ada seekor pun binatang yang boleh dimakan...tiba - tiba kita sampai ke sebatang sungai dan kita lihat di seberang sungai tersebut terbentang satu kawasan yang sangat subur. penuh dengan buah - buahan yang ranum dan binatang yang enak untuk dimakan..masalahnya, sungai tu sangat lebar dan dalam. arusnya pula deras..kita pun tak pasti apa ada dalam sungai tu...entah - entah ada buaya ke, ular ke...kalau kau, kau nak berusaha ke menyeberang sungai tu untuk dapatkan makanan tu semua? lagipun kalau kau tak menyeberang, kita mungkin akan dibaham binatang liar kat hutan tu..."



" eh, mestilah aku nak...aku sanggup susah payah yang penting aku kenyang...heee.." dengan pantas kawan menjawab..

"ha, macam tu jugak lah dengan halnya berubah nie...kita berubah nie sebab nak kan kesenangan akhirat...pasal tu, memang la jalannya tak mudah...lagipun hanya mereka yang cekal dan tabah mampu menempuhinya...cewah..macam ayat dalam perjuangan yang belum selesai pulak...hehehe..."

"oh, ye tak ye jugakkan...barulah aku faham konsepnya...bagus - bagus...hehe..."

wahai pembaca, adakah logik kita mendapat anugerah atau pun bonus daripada majikan kita sedangkan kita tak buat apa - apa pun...kita relaks duduk goyang kaki pun boleh dapat bonus sedangkan kawan kita yang kerja separuh mati apa pun tak dapat....kan tak adil namanya tu...begitulah juga dengan halnya syurga Allah ( walaupun pada hakikatnya ia tak boleh dibandingkan kerana Jannah itu merupakan suatu nikmat yang tak ternilai...saya cuma mahu agar pembaca mudah memahami konsep sahaja ok..). bukannya mudah untuk kita nak menggapai tu semua. kita kena lah 'bekerja keras' untuk mendapatkannya...lagipun tentunya kita tak boleh katakan kita nie sudah mantap atau pun beriman tanpa melalui susah payah kan..

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? ( Surah Al Ankabut : 2 )


Perhatikan ayat Allah kat atas tu...kan dah jelas tu. Allah dah sebut lama dah. Kita nie saja yang tak nampak semua tu....orang ada menyebut bahawa,

" sesungguhnya jalan ke syurga itu sempit dan berliku kerana syurga itu penuh dengan nikmat yang tak ternilai..jalan ke neraka luas terbentang dan penuh mudah dilalui kerana didalamnya penuh dengan seksa dan azab yang memedihkan...tentunya jalan untuk ke neraka itu mudah kerana syaitan telah menghiasi jalan tersebut dengan nafsu dan kenikmatan, hakikatnya semua itu bak fatamorgana di lembah oasis..."

Jelas dah hal nie...nak berubah memang kena uji dulu macam - macam...memang akan melalui suatu kesukaran..tapi yang terbaik ialah terus kekal dalam perubahan itu dan jangan sekali kali mengundur ke belakang kembali. Dan janganlah kita menjadi seperti golongan yang disebutkan oleh Allah dalam Surah Al Ankabut ayat 10 iaitu...

"Dan di antara manusia ada orang yang berkata: "Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti (kerana ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah
[1145]. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu." Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?"

[1145]. Maksudnya: orang itu takut kepada penganiayaan-penganiayaan manusia terhadapnya karena imannya, seperti takutnya kepada azab Allah, karena itu ditinggalkannya imannya itu.


...


BINGKAS BERUBAH!



< Assalammualaikum wbt >
: : Salam Maal Hijrah 1432H : :



Hari ini merupakan 4 Muharram 1432H. Kita sudah berada dalam tahun baharu hijrah selama empat hari. Sedar atau tidak, rata - rata daripada kita tidak mengambil berat atau endah tak endah sahaja dengan kedatangan tahun baharu hijrah ini. Malahan jangan terkejut andai ada diantara kita yang tidak mengetahui pun tentang tahun baharu ini. Apakah sebenarnya yang melanda pemikiran kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam sehingga tidak menyedari bahawa
kita sudah pun melangkah satu tarikh yang amat bermakna dalam sejarah perkembangan Islam.

1 Muharram merupakan tarikh dimana baginda Nabi Melakukan hijrah ke Madinah dari Kota Mekah. Tarikh berkenaan diabadikan sebagai permulaan tahun hijrah oleh Saidina Umar Al khattab kerana peristiwa tersebut begitu signifikan dengan perkembangan Islam sejurus daripada itu. Islam berkembang bukan sahaja di Madinah malahan melebar dan meluas sehingga akhirnya meliputi seluruh tanah Arab, Selatan Afrika dan juga sebahagian Eropah pada zaman kegemilangannya.


Sebenarnya, banyak intipati penting yang kita boleh perolehi daripada peristiwa hijratul rasul tersebut. Antaranya ialah, umat Islam digalakkan melakukan perubahan @ perpindahan ( dalam erti kata hijrah pada zaman ini ) dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Perubahan juga penting dalam usaha mencapai apa yang dicita- citakan dalam hidup.

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Hadis diatas dengan jelas menyatakan bahawa sekiranya kita berhijrah kerana menginginkan sesuatu, maka kita akan mendapatinya dan memperolehnya. Oleh yang demikian wahai teman - temanku sekalian, marilah kita bersama - sama bingkas melakukan perubahan dalam erti kata melakukan suatu penghijrahan sama ada dari segi sikap mahupun paradigma pemikiran. Jangan biarkan diri kita dibelenggu dan diikat dengan jumudnya sikap dan pemikiran yang masih di takuk lama. Sekiranya kita ingin menjadi seorang muslim yang berjaya sama ada dunia dan akhirat, maka hendaklah kita bersegera melakukan perubahan...Ayuh, mari kita semua bingkas berubah!

.

HAJI, ARAFAH, WUKUF : KAITANNYA DENGAN KITA

Bismillahir Rahmanir Rahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ketika ini, jutaan manusia daripada seluruh pelusuk dunia mula datang dan berkumpul di suatu perhimpunan tahunan terbesar yang pernah direkodkan dalam sejarah manusia. Perhimpunan terbesar itu bukan sahaja bagi memenuhi taqwim acara tahunan dunia, malahan ianya adalah berkait rapat dengan satu ibadah yang menjadi rukun terakhir dalam Rukun Islam iaitu Haji.

Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:

"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)

Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-

"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"
(Surah Ali Imran ayat 97)

Ibadah Haji merupakan antara ibadah yang menjadi impian bagi setiap muslim sama ada yang mempunyai kemampuan atau tidak. Ini kerana ibadah Haji bukan sahaja memerlukan persiapan fizikal yang rapi seperti kewangan dan kesihatan tubuh badan, malah persiapan dari sudut rohani juga sangat penting. Kesucian rohani ketika melaksanakan ibadah Haji sangat - sangat dituntut bagi memastikan ibadah Haji yang dilakukan diterima oleh Allah SWT sekaligus mendapatkan Haji yang mabrur.

Pada saat ini, rombongan jemaah Haji mula berarak ke Arafah bagi melaksanakan rukun Haji yang utama iaitu Wukuf.
Wukuf ertinya berhenti atau berdiri. Dalam pengertian yang lebih jelas, Wukuf ialah menghadirkan diri di padang Arafah pada masa antara zohor hari 9 Zulhijjah hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah. Pada tarikh berkenaan iaitu 9 Zulhijjah, adalah disunatkan bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah Haji pada tahun itu untuk berpuasa sunat kerana terdapat banyak kelebihan pahala yang diganjarkan oleh Allah Swt.

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

Hadis ini jelas bahawa terdapat kelebihan dalam melakukan ibadah puasa pada Hari Arafah. Pada hari yang berkenaan juga, pintu - pintu langit akan dibuka dan setiap doa pasti akan dimakbulkan oleh Allah Swt. Maka, marilah kita bersama - sama merebut peluang yang hanya datang setahun sekali ini untuk melakukan ibadah puasa sunat dan seterusnya memperbanyakkan doa ketika berlangsungnya Hari Arafah atau pun Hari Wukuf kerana pada waktu berkenaan, terdapat banyak kelebihan dan hikmah yang telah dijanjikan oleh Allah Swt.

Wallahualam..






TAKWIL MIMPI

Semalam or tepatnya ketika aku bangun subuh lebih kurang 5.30 pagi, aku sebelumnya itu bermimpi suatu perkara yg agak pelik bagi aku...

aku bermimpi aku sedang baring di katil...or maybe sedang tidur...dengan tak semena - mena terbang dua ekor burung masuk melalui pintu tingkap bilik aku dan hinggap di telapak tangan aku...burung tu burung yang kecil sahaja...tak tahu apa nama burung tu tapi yang jelasnya memang burung yang biasa hinggap kat rumah- rumah tu la..kemudian, aku tergerak nak genggam tangan aku dengan harapan dapat tangkap dua ekor burung tu..tapi sayangnya, dua - dua terbang dengan pantas terbang meninggalkan aku...sebaik sahaja kedua ekor burung tu terbang, aku pun terus terjaga daripada tidur...

apa kah makna disebalik mimpi aku tu? Ya Allah, aku mohon kepada Mu kebaikan sekiranya mimpi itu benar dan aku berlindung kepada Mu daripada syaitan sekiranya mimpi itu merupakan mainan syaitan untuk menyesatkan aku........

Seriously, aku sangat - sangat memerlukan takwil mimpi aku tu....kerana aku begitu curious sangat nak tahu...dan jauh di lubuk hati aku, terdapat sedikit perasaan cemas dan risau..atas sebab apa dan kenapa, aku sendiri tak pasti....bimbinglah aku Ya Allah.....

SIAPAKAH DIRIMU?

kuat?
hebat?
mantap?


adakah itu di
rimu?

sombong...
bangga diri....
ego....


lantas beginikah sikap mu setelah itu?

sedarkah kau bahawa kau tidak punya apa - apa?
tak percaya? mengapa?


cuba renungi hakikat penci
ptaan mu...
dari mana asal mu?
kau hanya berasal dari setitis air yg hina...
yang kemudiannya berkembang menjadi segumpal daging hinggalah berkembang menjadi bentuk manusia yang sempurna...

kemudian, kau mendiami rumah yang sempit selama 9 bulan..
ketika itu, siapa yang memberi mu makan?
ketika itu, siapa yang memberi mu keselesaan padahal sebenarnya kau sedang kesempitan?
pernah kah kau terfikir demikian?

adakah lahir mu seperti Isa yang disambut oleh hangatnya tangan Si Jibril yang mulia?
adakah kelahiran mu disertai dengan cahaya umpama lahirnya Muhammad Si Sebaik - baik manusia?
renungkanlah wahai si alpa....

duhai hamba...
mengapa begitu pantas benar kau berubah arah daripada Nya...
mengapa begitu tega kau menolak sapaan hidayah Nya...
mengapa begitu rela kau melepaskan pelukan rahmat Nya...

kini....
kau mula melangkah semula...
mencari jalan pulang yang esa...
kini....

kau mula menangis memohon petunjuk dari SI DIA...
menyesali perbuatan mu yang dulunya ego dan besar kepala...
yang kerana itu kehidupan mu dibaluti noda dan dosa...

Ketahuilah...
bahawa SI DIA tidak pernah melupakan mu...
SI Pencipta Agung tak pernah melepaskan rahmatNya kepada diri mu...

SI Pemilik Empayar Semesta sentiasa membimbing mu....

Ingatlah...
dirimu tidak bermakna tanpa SI DIA..
dirimu hanya sampah tanpa belaian kasih Nya...
maka, syukuri tiap ketika..

nikmati kehidupan dengan penuh rasa keabdian dan pengharapan...
semoga dirimu kekal berjalan diatas jalan kebenaran...

Wallahualam...




BERAT SANGAT KE?

Bismillahir rahmannir rahim.....

Pernah rasa ujian yang sangat berat tak? pernah rasa macam nak mati dengan masalah2 yg dihadapi? pernah rasa yg ujian yg kita hadapi tu merupakan yg paling superb banding yg lain2?....mari fikirkan bersama kembali....


dua tiga hari kebelakangan nie, aku ada terdengar rumours yg kurang enak ttg aku....ada orang yg beritahu kat aku, ramai org sedang memerhatikan dan bercakap2 psl aku skrg...dan perkara tu pulak bagi aku merupakan perkara yg remeh dan tak penting pun untuk org lain nak menyibuk....tapi, besalah kan...manusia....manusia dan gosip mmg tak dapat dipisahkan...

mula2 bagi aku, perkara nie mcm agak berat utk aku terima coz kalau ianya hanya melibatkan pihak aku sorg ja tak palah...tapi masalahnya skrg nie, ianya melibatkan lagi pihak kedua, dan aku tak suka ttg yang itu...aku mmg tak suka kalau org sentuh or bercakap apa2 psl pihak yg lain...kalau nak kutuk, nak caci, nak tohmah, nak maki ka, buat tu suma kat aku sorg ja..aku tak kesah pon...tapi once mlibatkan org lain, aku mmg tak suka...sangat2 tak suka....


but, setelah 10 minit kemudian...aku cuba berfikir secara waras dan rasional...bagi aku benda tu tak da apa2 la...tak menjejaskan sedikit pun...hatta bagi pihak aku mahupon kepada pihak yg kedua tu....so, kenapa nak rasa macam benda tu besar sgt...kan...lagipon, aku nie bukanlah org yg hebat sgt mcm org2 soleh dan wali2 tu utk ditimpakan ujian yg hebat dan berat...aku nie org besa2 ja..iman pon besa2 ja...maknanya, ujian yg ditimpakan utk aku pon besa2 jugalah...tak sebesar mana pon...ramai lagi org yg ditimpakan ujian yg lebih berat banding aku....


..............jelasnya, janganlah merasakan ujian kita tu besar or berat sgt then jaja cerita pasal ujian yg kita terima tu kat org lain dengan harapan org akan kata yg kita nie punya iman yg hebat coz ujian yg ditimpakan pon berat kononnya...astaghfirullah...sebelum nak kata ujian tu berat, try cek dan analisa balik iman kita nie...hebat atau tak..kalau rasa iman kita hebat, then layaklah dia kata ujian tu berat...kalau tak, lupakan je la...

apa pon, yg penting sentiasa positif dalam menghadapi dugaan dan ujian...jangan pernah rasa diri dianiaya oleh Allah..coz byk hikmah mengapa berlaku macam2 masalah n dugaan dalam hidup kita...salah satunya sebagai kaffarah dosa2 kita yg lepas....so, bersyukurlah kalau diri merasa ditimpa masalah dan ujian kerana Allah sedang dalam proses 'mencuci' diri kita yg sangat2 'kotor' nie..

“Tiada apa pun
yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan
Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam darinya kejahatan
(dosa)”. (HR Muslim)


wallahualam...

AWAK JADI BUALAN ORANG?

Sabar
dan tabahkanlah hati mu...biarlah seisi dunia memperkatakan tentang
diri mu, yang penting Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya
berlaku...kenapa perlu tertunduk tewas dengan cacian dan tohmahan
manusia sedangkan mereka tidak berkuasa apa - apa pun terhadap
...dirimu...Sesungguhnya Allah lah
yg mengangkat kemuliaan setiap manusia dan memuliakan sesiapa sahaja yang DIA kehendaki...

Sesungguhnya cakap2 manusia itu hanya sebahagian daripada ujian dan fitnah bagi manusia yang sedang diuji oleh Allah...berani kerana benar...assbiru...innallah
a ma'ana...


Wahai diri yg sering merasa menjadi tohmahan org, tabahkan hati mu..kuatkan prinsip mu...dekatkan diri mu dgn Sang Pencipta...kerana hanya pada Nya kita memohon pertolongan dan limpah kasih sayang...

terkadang diri ini berasa tidak kuat dgn apa yg dilalui..terkadang diri ini berasa tdak tega dgn apa yg didengari...namun, siapakah aku untuk menghakimi?aku cuma abdi kepada Si Maha Pemberi..aku cuma insani kepada Si Maha Pemilik diri ini...Allah...mengapa perlu aku merasakan seperti dunia akan kiamat dengan kata - kata itu?sedangkan Allah telah membuka pintu rahmatNya dgn ujian yg ditimpakanNya kepada ku.....



APA YANG DAH TERJADI?

Assalammualaikum wbt...rasanya telah agak lama aku tidak menulis dan meluahkan perasaan di ruangan ini...mungkin kerana hambatan tugasan yang berlambak dan terhadnya masa yang ada menyebabkan aku tidak dapat meluangkan masa menulis sesuatu..tapi alhamdulillah, malam nie aku diberikan kesempatan dan kekuatan oleh Allah SWT untuk duduk dihadapan lappy kesayangan aku yang sentiasa setia menjadi tempat luahan perasaan aku sekalipun ia tetap membisu sejak azali lagi...namun, aku berasa puas kerana dapat meluahkan apa yang terbuku dan bersimpul dalam kotak fikiran ku..

Apa yang dah terjadi? ~nie la tajuk yang ingin aku tulis malam nie..aku nak menulis tentang apa sebenarnya yang dah terjadi dengan diriku kebelakangan ini sejak aku mula 'terhenti' seketika daripada memuat turun posts seperti selalu...

Sebenarnya sejak sebelum Ramadhan yang lepas lagi, aku sudah mula dihimpit dengan pelbagai tugasan yang sangat banyak dan masa yang terhad untuk menyiapkannya...namun aku bersyukur kepada Allah kerana Allah masih menganugerahkan kepada ku 'keberkatan' masa...sepanjang Ramadhan lepas, aku masih berpeluang untuk berjemaah secara tetap dan konsisten dari mula Subuh hinggalah ke Isyak..kemudian, aku masih dapat menunaikan Solat Terawih hingga ke Solat Witir, selama 30 malam berturut - turut...Usai sahaja Solat Terawih dan Solat Witir, aku juga masih dapat memberikan sedikit ruang untuk bertadarus..dan hasilnya, aku tidak pernah ketinggalan untuk bertadarus sepanjang berada di IPG hinggalah khatam...demikian juga dengan khatam Quran yang aku buat secara persendirian, alhamdulillah aku berjaya khatam jugak menyelesaikannya biarpun hanya dapat khatam sekali berbanding rakan - rakan lain yang dapat buat lebih lagi...kerana itu, sepanjang Ramadhan yang lepas aku sangat - sangat bersyukur kerana masih dapat membuat pelbagai kegiatan sampingan diatas dengan baik dan tanpa halangan biarpun kerja yang sedia ada sangat banyak...aku masih jugak dapat meluangkan masa untuk tidur tengah hari sekurang -kurangnya 2jam ( standard la kan...)

alhamdulillah...alhamdulillah....alhamdulillah...

Aku melihat ramai rakan - rakan aku yang lain, tidak diberi kesempatan untuk melalui apa yang aku lalui sepanjang Ramadhan lepas...aku melihat rakan - rakan aku sangat - sangat sibuk sehingga tidak didapat meluangkan masa untuk berterawih dan sebagainya...dan sememangnya keadaan sepanjang Ramadhan lepas memang agak tegang dengan tugasan- tugasan dan kajian yang perlu diselesaikan pada waktu itu juga...pada waktu itu, aku menyedari hakikat bahawa tidak semua orang diberikan 'keberkatan' dalam pengurusan masa...aku berdoa kepada Allah semoga Allah sentiasa memberikan masa yang bermanfaat kepada ku dan semua ikhwan dan akhowat sekalian...

dan sepanjang Syawal yang lepas, aku hanya meluangkan masa untuk berehat dan bersenang - senang kerana sebelum ini aku memang sangat keletihan dan kelelahan...aku hanya keluar beberapa hari untuk menziarahi saudara mara dan rakan - rakan yang sudah lama tidak bertemu....

pendek kata, banyak perkara sebenarnya yang terjadi kepada ku sepanjang dua bulan Hijriah yang lepas...ada suka, ada duka, ada hiba, ada seronok, ada yang membuatkan aku menitiskan airmata keharuan dan ketakutan, ada yang membuatkan aku tertawa kegembiraan dan bahagia, tak kurang juga ada yang membuatkan aku menangis dan berfikir akibat sapaan hidayah dan kesedaran...semuanya sentiasa silih berganti....kerana itu, aku sangat menikmati kehidupan ku..kerana tidak selamanya langit akan cerah, dan hujan yang turun pasti akan berhenti juga..


KERANA TIDAK SELAMANYA LANGIT AKAN CERAH,
DAN HUJAN YANG TURUN PASTI AKAN BERHENTI JUGA...

PAHIT & MANIS PERJUANGAN

Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya..andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan..pasti ramai yang tertarik padanya..tapi hakikat perjuangan bukan begitu..turun naiknya, pedih sakitnya, umpama kemainsan yg tak terhingga..andai rebah, bangkitlah semula.andai terluka, ingatlah janjinya...
Sahabat- sahabat ku...

Ingatlah bahawa perjuangan kita ini tidak pernah menghamparkan permaidani baldu yang lembut dan indah..dalam perjuangan ini, hanya liku- liku tajam dan beronak duri yang akan kita tempuhi...jalan kebenaran itu memang sempit kerana hanya manusia yang terpilih akan melaluinya sedangkan jalan menuju kehancuran itu luas terbentang kerana sesiapa pun boleh melaluinya...


Duhai sahabat ku
sekalian...
Perjuangan kita perlukan pengorban
an yang tinggi...kerana dalam setiap perjuangan itu pasti ada yang terkorban...tetapi terkorban di jalan Allah, pasti Syahid ganjarannya...dan salah satu golongan manusia yang memasuki syurga di akhirat kelak tanpa melalui penghisaban Mahkamah Agung Allah ialah golongan Syuhada...


Berbahagialah kamu semua wahai pejuang Allah kerana telah pun dijanjikan syurga yang kekal. Biarlah kita tidak melalui kesenangan dan berbahagia di dunia yang sementara ini kerana sesungguhnya dunia itu syurga bagi orang kafir tetapi ibarat penjara bagi orang mukmin...
Pejuang...
Janganlah kamu berputus asa kerana berjuang di jalan Allah..kerana adat dalam perjuangan ada jatuh bangunnya..tetapi jika jatuh bangkitlah dengan penuh keazaman dan tekad yang tinggi semula..kuatkan semangat, rapatkan barisan, luruskan jemaah, bangkitkan keazaman, bersihkan niat, simpulkan persaudaraan, binakan kekuatan, semarakkan api perjuangan, jernihkan pemikiran, InsyaAllah perjuangan ini akan menjadi milik kita...Allahu Akbar!!
Perjuangan kita belum selesai...perjuangan kita takkan pernah berhenti...perjuangan kita syurga pasti menanti....

PERGINYA DITANGISI, DATANGNYA DIRAI

Tepat pukul 6.12 minit petang tadi, matahari 30 Ramadhan akhirnya terbenam dan melabuhkan tirainya...dan serentak dengan itu juga malam 1 Syawal menjelma...Pelbagai perasaan dan emosi mula menyelubungi diri...disaat kita gembira kerana menjelangnya Syawal, hati kita merintih sedih dan sayu kerana perginya satu bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan...

Madrasah Ramadhan yang memberikan tarbiah dan latihan kepada kita selama 30 hari yang lalu, pergi meninggalkan kita dengan persoalan yang perlu kita jawab...

1. Adakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang?
2. Adakah kita telah melatih dan mentarbiah diri kita sebaiknya sepanjang Ramdhan ini?

Apa pun, segalanya telah berlalu...perginya Ramadhan 1431H, beerti ianya takkan kembali lagi..kita hanya mampu berdoa agar kita diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan Ramadhan 1432H yang akan datang...

Dikesempatan ini juga saya ingin memohon maaf kepada semua ahli keluarga saya, kawan - kawan ( termasuklah dari sekolah rendah sampailah IPG sekarang nie), rakan - rakan yang mengenali diri saya dan seterusnya kepada seluruh muslimin dan muslimat...

Salam Aidilfitri 1431H




FOR THE REST OF MY LIFE


video

MUSAFIR YANG HAMPIR TIBA KE DESTINASI

Ramadhan, Si Musafir akan melangkah pergi meninggalkan kita...
Ini bermakna kita sudah tiba ke penghujung bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini....
Mari muhasabah sebentar....
APA YANG TELAH KITA LAKUKAN SEPANJANG HAMPIR 30HARI INI?
Adakah kita berpuas hati dengan segala apa yang telah kita usahakan dan kerjakan?
Bagi yang berpuas hati, aku ucapkan tahniah dan semoga Allah akan mengurniakan pahala yang setimpal dengan apa yang telah dikerjakan...
Bagi yang tidak, semoga Allah memanjangkan umur kita untuk sampai ke ramadhan yang akan datang..INSYAALLAH...

Ingat Sabdaan Nabi SAW :
'BARANGSIAPA YANG BERPUASA DENGAN KEIMANAN DAN PENUH PENGHARAPAN, MAKA ALLAH AKAN MENGAMPUNKAN DOSA - DOSANYA YANG LEPAS'
semoga kita tergolong dalam golongan yang diatas...AMIN7

RAMADHAN KU YANG TERAKHIR

Ramadhan muncul lagi....dan aku seperti seorang pencinta yang merindui kedatangan kekasihnya...Ya, aku memang merinduinya...cukup lama aku menunggu ke saat ini...dan aku berasa sangat gembira dengan kehadirannya....

Namun, di sebalik kegembiraan itu, terselit sedikit perasaan cemas dihati ku...adakah ini Ramadhan yang terakhir buatku? Adakah aku akan dapat bertemunya lagi di masa hadapan?
Ya Allah...aku sebenarnya seperti ingin menangis memikirkan hal ini...kerana jujurnya aku belum puas bermanja dengannya...aku belum puas menikmati saat - saat bahagia dengannya...
Ya Allah, andainya ini merupakan Ramadhan yang terakhir buatku, ku mohon kepada Mu agar mengampunkan diri ku ini...kerana selama ini aku telah mensia - siakan peluang yang datang...Ramadhan yang lepas, aku biarkan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang perasaan menghargainya...


Ya Allah, andainya ini pertemuan terakhirku dengannya...ku mohon kepada Mu agar memberkati seluruh saat - saat hidupku yang bersisa ini agar aku kerpelihara daripada azab api neraka Mu...

Ya Allah......hanya pada Mu aku mengadu dan memohon pengampunan...hatiku berasa sedih dan hiba mengenangkan saat pertemuan ini yang mungkin menjadi pertemuan terakhir ku dengannya....izinkan aku menangis Ya Allah...izinkan aku menangis keharuan Ya Allah...izinkan aku menangis penuh penyesalan Ya Allah....Allah....Allah...Allah...


Ramadhan yang sangat ku rindui dan kasihi, semoga Allah memberkati pertemuan terakhir kita ini.......ikhlas dari diriku si pengemis cinta Ramadhan....

BERHEMAH DALAM MENEGUR

Sila klik pada link dibawah untuk artikel ini...penghargaan buat ILUVISLAM diatas artikel tersebut...semoga kita semua berhemah dan berlapang dada dalam berhujah dan menerima pandangan orang...

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2805

TIADANYA ISTILAH CINTA ISLAMIK...SUATU PANDANGAN DAN PERKONGSIAN...PART 2

Ok, soalan selanjutnya, benarkah ada cinta kerana Allah? bukankah kalau dah rasa cinta membuatkan hati menjadi lalai dan menjurus kepada zina hati?

kerana itu, sekiranya perasaan cinta tidak dikawal dan tidak memohon petunjuk daripada Allah, ianya akan membuatkan hati menjadi lalai dan hanyut..jangan ikutkan hati...itu pesan sy berkali2 kepada semua orang...ikut kata iman..pohon bimbingan daripada Allah SWT agar cinta yg hadir itu tidak melalaikan sebaliknya ianya membuatkan si penikmat cinta itu lebih menikmati cintanya kepada Allah..kenapa sy kata lebih menikmati cintanya kepada Allah? kerana setiap apa yg dia rasa, dia mahu, dia meletakkan sandaran hanya kepada Allah..dia menggantungkan harapan hanya kepada Allah..dia meluahkan segala - galanya kepada Allah...jika dia berasa rindu, rindunya itu membuatkan dia merintih merayu memohon perlindungan daripada Allah..tidakkah nikmatnya bercinta dengan meluahkan segalanya kepada Allah..hati si pencinta yg mendambakan cinta kerana Allah pasti akan selalu bermonolog seperti begini ;


" Ya Allah, sebenarnya aku merasa cinta dan rindu kepadanya. Kerana itu aku memohon perlindungan Mu agar perasaan rindu dan cinta ku ini tidak menjadikan aku lalai daripada mengingati pada Mu..Bimbinglah rindu dan cintaku sebaiknya Ya Allah...aku meletakkan seluruh harapan cintaku kepada Mu Ya Allah..hanya kepada Mu aku mengadu dan merintih memohon petunjuk serta hidayah.."

setiap rintihan rindunya hanya diluahkan kepada Allah...tidak pernah terdetik dihatinyan bhawa kerana cinta itu dia menjadi lalai dan selalu melakukan dosa...malahan, kerana cinta itu, membuatkan dirinya lebih tawaduk dan mengakui kebesaran serta kekuasaan Allah....dia yakin bahawa, Allah pasti akan menjaga hati dan rasa cintanya itu selalu....maka siapakah sebenarnya yang melakukan zina hati?yg melakukan zina hati itu ialah orang2 yg selalu tertipu dan lalai dengan perasaan cintanya..dia menganggap perasaannya yg hadir ketika itu ialah cinta, hakikatnya perasaan yg hadir itu ialah nafsu semata...hatinya seringkali sahaja berada dalam fantasi cinta yang tak sudah..hatinya sentiasa saja bermonolog seperti ini ; "alangkah indahnya kalau bersama di dia saat begini begini, melakukan begini begini..ah, nikmatnya cinta kalau kami buat seperti begini begini..." ...hatinya seringkali lalai dan tunduk kepada tuntunan nafsunya...sekalipun sekadar berimaginasi sendirian tanpa meluahkan perasaan tersebut kepada orang yang dicintainya itu, tetapi sesungguhnya hatinya telah melakukan zina hati yang nyata...hatinya selalu sahaja kotor daripada mengingati Allah..hatinya hanya mengingati si dia yg di puja2..padahal hakikatnya si dia yg di puja2 itu belum tentu menjadi miliknya...segala apa yg diangankan itu belum tentu boleh dilakukan dgn si dia...maka,kerana itu perlunya kekuatan hati dan iman dalam bercinta ( maksud sy bukan bercouple ya, sekdar suka dalam hati dan tak diluahkan kpd orang yg disuka itu )...

zina hati memang amat payah utk dielakkan sekiranya kita sudah terjebak dalam cinta ( lebih2 lagi yg sudah terlanjur meluahkan perasaan dan bercouple )...namun, didikan dan tarbiyah perlu berterusan agar hati menjadi lebih terpelihara...kerana itu ada nasihat org dulu2, kalau takot dipukul ombak, jgn berumah ditepi pantai...kalau takot melakukan zina hati, maka jgn terlanjur meluahkan perasaan terlebih dahulu...



utk mendapatkan cinta hakiki, perlu byk mujahadah. perlu byk pengorbanan...utk memastikan diri terpelihara daripada zina hati, pohonlah doa kepada Allah..kawallah hati sebaiknya..tundukkan hati kepada tuntutan iman..bykkan istighfar sekiranya hati terlanjur berfantasi yg bukan2...sandarkan segalanya kepada Allah...insyaAllah, semuanya pasti akan selamat dan terpelihara...nasihat ini bukanlah ditujukan utk pembaca sahaja, tetapi lebih khusus kpd yg menulis ini...kerana sy ni cuma manusia yg tak lari daripada alpa dan leka..juga tak lepas dari dosa dan salah..pengalaman dan perjalanan kehidupan membuatkan sy menjadi sedikit arif ttg makna cinta kepada Allah...tuntunlah hati mengenal Allah terlebih dahulu sebelum menuntun cinta kepada manusia..kerana jika hati sudah tunduk kepada Allah, insyaAllah cinta kepada manusia tidak menjadi salah...jika hati sudah sujud kepada Allah, insyaAllah zina hati takkan dapat wujud selamanya..wallahualam..sekadar perkongsian..bukan ingin menunjukkan kepandaian, sekadar berkongsi ilmu tuhan... :)) asif jika terdapat byk kesilapan dalam memberikan pendapat...sesungguhnya manusia itu tidak akan pernah lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan, tetapi sbaik- baik manusia ialah mereka yg seringkali bertaubat dan kembali kepada Allah setiap kali melakukan kesalahan..semoga kita semua terpelihara dalam perlindungan Allah SWT..

video

TIADANYA ISTILAH CINTA ISLAMIK...SUATU PANDANGAN DAN PERKONGSIAN...PART 1



http://ana7atiqah.blogspot.com/2010/07/wujudkah-cinta-islamik.html?spref=fb

Assalamualaikum wbt....

sy sgt suka dgn artikel tu..dan sy setuju yg bercouple itu salah...apatah lagi apabila smpi ke thp bkol bjam2, msg sayang2 n kuar bdua2 an...malah perkara yg semacam inilah yg perlu dielakkan semua orang....

sy juga setuju dgn pendapat yg mengatakan bahawa jgn mengaitkan Islam dgn sebarang perkara yang batil sperti istilah Couple Islamik ni...mmg sgt2 stuju kerana semacam kita ingin menghalalkan apa yg haram kerana sekadar nama atau 'brand' yg bunyik mcm baik saja tidak berjamin perkara ataupun benda itu juga baik keseluruhannya..(maaf kalao agak susah nak phm..hee ) hakikatnya, matlamat tak pernah menghalalkan cara...



cuma bagi sy adalah tidak wajar sekiranya kita mengatakan bahawa cinta itu salah kerana yg betulnya adalah diri kita sebenarnya yg salah..cinta sekiranya dipandu dgn akal yg waras, malu yg menebal, iman yg kuat, syariat yg jelas, insyaAllah tidak akan menjejaskan kesucian fikrah dan fitrah manusia...jika yakin bahawa cintanya hadir kerana Allah ( maksud sy kerana keperibadian pasangannya yg berakhlak mulia serta mempunyai pegangan agama yg kuat ), wajarlah dia memelihara rasa cintanya itu sehinggalah tiba saatnya iaitu pernikahan..sepanjang waktu itu, gantungkanlah perasaan sepenuhnya kpd Allah. yakinlah bahawa Allah akan memelihara pasangan impian kita itu. sekiranya takdir Allah mengatakan bukan dgn si dia, maka InsyaAllah akan menggantikannya dgn yg lebih baik lagi...kerana itu dalam sesebuah perhubungan, perlunya batasan agar masing2 tidak terlebih dalam meletakkan harapan thdap org yg disukai kerana takot tidak kesampaian.selalu panjatkan doa agar dipanjangkan hubungan serta dipelihara keduanya sehinggalah detik pernikahan.

Sesungguhnya cinta itu anugerah Allah yang paling tinggi kedudukannya..kerana itu cinta perlu dipelihara sebaiknya...manusia tidak pernah tahu kepada siapa dan bilakah cinta akan hadir kerana bukan manusia yg merencana dan memilih cinta tetapi Allah lah yg meletakkannya di dalam hati manusia...tidaklah bermakna apabila kita jatuh cinta terhdap seseorang, kita merasakan perkara itu salah dan perlu dielakkan.yg sebaiknya adalah menangani perasaan tersebut dengan sebaik dan sewajarnya. jgn ikutkan hati, kerana ikut hati pasti akan mati..jgn ikut nafsu kerana jika turutkan nafsu pasti akan jadi tak tahu malu...ikutlah iman, kerana pasti diri kita aman...aman daripada godaan syaitan....

jika kita dah jatuh cinta dgn seseorang, bagaimana caranya utk menjga hati?pertama, pohonlah petunjuk dan bimbingan daripada Allah.. pohonlah agar selalu dipelihara daripada perkara keji dan mungkar...sandarkan harapan hanya kepada Allah..panjatkan doa agar Allah memberkati dan meredhai rasa cinta yg hadir itu..doa agar cinta yg lahir itu bukan kerana pa2 melainkan kerana Allah..kedua, kawal diri...jgn berlebihan misalnya bkol pjng, msg sayang2, dating dan sebagainya...tak salah mengenali dan berkawan dahulu dgn pasangan, tetapi ia juga bukannya lesen utk mengatakan perlunya kpd couple...ketiga, pelihara hati...jgn kerana orang yg kita suka itu, diri kita lalai...nak beribadat malas, keja malas dan sebagainya....kalau kerana org yg kita suka itu menjadikan kita lebih bermotivasi dan sbagainya, maka teruskan dgn perasaan bgitu..cuma jgnlah sampai nak buat ibadat pun niat kerana si dia...niat kena betul, barulah hasilnya juga betul...keempat, tak perlu nak meluahkan apa2 perasaan sebelum sampai masanya...bersabar dulu dgn perasaan yg tgh melonjak2 tu...rileks dulu...bila dah tiba masanya, teruskan mengikut prosedur2 yg betul iaitu dgn masuk meminang...senangkan?kerana dikhuatiri jika meluahkan perasaan awal2 sgt, perkara itu lah yg nantinya akan menyebabkan keduanya tersasar dari landasan syariat..betul tak? kawin nak lama lagi, tapi dah meluahkan perasaan..dah panggil sayang2 dan sebagainya...ini lah yg ditegah..'la takrabuzzina'...jgn kamu MENDEKATI zina..mendekati mcm mana tu?mendekati dgn cara meluahkan perasaan sebelum tiba masanya la..nanti bila dah luah rasa cinta, kita pun tertipu bahawa inilah pasangan aku yg sebenar..lepas tu, halal haram pun tak ingat dah...then, menyesal tak sudah...

wallahualam..ini cuma pendapat saya sahaja..hakikatnya apa yang baik itu datangnya dari Allah...yg buruk dan salah itu adalah akibat kekhilafan dan kedhoifan ilmu saya sendiri...Cinta Itu termasuk dalam Sunnatullah..maka wajib kita menerimanya dengan penuh syukur dan redha...dan antara tanda kita syukur dan redha dgn cinta daripada Allah itu ialah dengan memelihara dan menjga perasaan cinta itu sebaiknya..pastikan cinta kita itu berlandaskan kepada keredhaan Allah..pastikan diri tidak tertipu dgn cinta yang buta..dan sebaik - baik cinta kepada makhluk ialah cinta yang disandarkan hanya kepada Allah kerana Allah lah Yang Memegang Hati2 Manusia..Kerana itu selayaknya hanya Allah tempat kita menyandarkan harapan cinta kita..cinta kepada manusia hanyalah satu jalan daripada ribuan jalan lain untuk mendapatkan cinta Allah..kerana Cinta Allah adalah Cinta yang hakiki dan Abadi...tak ada cinta lain yg mampu menandingi dan mengatasi... ♥.

NASIHAT AL-QAMAH: 5 CARA PILIH SAHABAT

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah ( seorang sahabat Rasulullah SAW ) kepada anaknya :

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi
keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu
dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka
membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu
persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih
dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala
matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memiliki mu."

CINTA SEBERAT SETENGAH JARRAH?

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...