KINABATANGAN?!

Assalamualaikum wbt..

Hari Rabu yang lepas, aku telah pun mendapat suatu berita yang selama ini aku tunggu - tunggu sejak menamatkan pengajian November lepas. Ceritanya awal pagi tu, sahabat aku call dan beritahu tentang 'perkara' tu. Dia nampaknya suka dengan berita yang dia dengar. Jadi tanpa berlengah lagi, aku pun dail la nombor yang diberi tu untuk dengar mengenai 'perkara' yang sahabat aku beritahu tadi.

Malangnya, sejak pagi hingga ke tengahari, telefon aku tak bersambut. Aku pun apa lagi, bosanlah. Pada pukul 2 petang tu, aku cuba lagi dan akhirnya kali ini berjaya.

" Selamat sejahtera. Ini Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Ada apa yang saya boleh bantu? "

" Selamat sejahtera..err...saya nak tahu tentang penempatan saya. Saya graduan PISMP dari IPG "

" Sila berikan nama awak ". Sejurus selepas tu..

"Ok encik Asran Omar, anda ditempatkan di daerah Kinabatangan. Sila lapor diri di Pejabat Pelajaran Daerah Kinabatangan pada 10hb Februari 2011, jam 9 pagi. Terima kasih "

Kinabatangan? Perghh....aku tak tahu nak kata apa. Suka ada, seram pun ada juga. Suka sebab dekat saja dengan Sandakan. Seram sebab Kinabatangan tu luas, silap - silap aku masuk pergi sekolah yang tergolong sebagai P3 ke atas...huhu

Tapi, aku cuba menenangkan hati. Aku kata pada diri aku, ini semuanya cabaran. Jadi aku kena kuat untuk hadapinya...

Kepada kawan - kawan, mungkin selepas ini aku dah jarang dapat 'update' blog sebab aku tak ada 'broadband'. Kalau ada pun, rasanya tak ada 'coverage' mungkin di tempat aku 'posting' tu..huhu

*inilah peta dan senarai sekolah dalam daerah kinabatangan...seram aku tengok!huhu...*

2 comments:

Ranz عسران عمر said...

Huhu...redah n redha je la....

uritatakarawa said...

congrats pren... wish u be a Great Teacher.. amin

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...