BINGKAS BERUBAH!



< Assalammualaikum wbt >
: : Salam Maal Hijrah 1432H : :



Hari ini merupakan 4 Muharram 1432H. Kita sudah berada dalam tahun baharu hijrah selama empat hari. Sedar atau tidak, rata - rata daripada kita tidak mengambil berat atau endah tak endah sahaja dengan kedatangan tahun baharu hijrah ini. Malahan jangan terkejut andai ada diantara kita yang tidak mengetahui pun tentang tahun baharu ini. Apakah sebenarnya yang melanda pemikiran kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam sehingga tidak menyedari bahawa
kita sudah pun melangkah satu tarikh yang amat bermakna dalam sejarah perkembangan Islam.

1 Muharram merupakan tarikh dimana baginda Nabi Melakukan hijrah ke Madinah dari Kota Mekah. Tarikh berkenaan diabadikan sebagai permulaan tahun hijrah oleh Saidina Umar Al khattab kerana peristiwa tersebut begitu signifikan dengan perkembangan Islam sejurus daripada itu. Islam berkembang bukan sahaja di Madinah malahan melebar dan meluas sehingga akhirnya meliputi seluruh tanah Arab, Selatan Afrika dan juga sebahagian Eropah pada zaman kegemilangannya.


Sebenarnya, banyak intipati penting yang kita boleh perolehi daripada peristiwa hijratul rasul tersebut. Antaranya ialah, umat Islam digalakkan melakukan perubahan @ perpindahan ( dalam erti kata hijrah pada zaman ini ) dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Perubahan juga penting dalam usaha mencapai apa yang dicita- citakan dalam hidup.

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Hadis diatas dengan jelas menyatakan bahawa sekiranya kita berhijrah kerana menginginkan sesuatu, maka kita akan mendapatinya dan memperolehnya. Oleh yang demikian wahai teman - temanku sekalian, marilah kita bersama - sama bingkas melakukan perubahan dalam erti kata melakukan suatu penghijrahan sama ada dari segi sikap mahupun paradigma pemikiran. Jangan biarkan diri kita dibelenggu dan diikat dengan jumudnya sikap dan pemikiran yang masih di takuk lama. Sekiranya kita ingin menjadi seorang muslim yang berjaya sama ada dunia dan akhirat, maka hendaklah kita bersegera melakukan perubahan...Ayuh, mari kita semua bingkas berubah!

.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...