ASING?

Asing? Siapa yang asing? Aku teringat pesanan Rasulullah kepada para sahabat Ridwanullahi Alaihi...

Sabda Rasulullah SAW menerusi riwayat Imam Ahmad bahawasanya " Islam bermula asing dan ia akan kembali asing, maka berbahagialah golongan ghuraba ( asing ). Sahabat - sahabat bertanya, " Siapakah golongan ghuraba ( asing ) Ya Rasulullah? " Baginda menjawab, " Mereka adalah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia.."


Ya, itulah 'orang asing' yang dimaksudkan oleh baginda. Umat Islam akhir zaman yang berjuang melakukan amar makruf dan nahi mungkar adalah merupakan umat yang asing. Asing bukan setakat di mata golongan kafir malahan asing di mata umat Islam yang jahil sendiri.

Apabila ada badan Islam yang melakukan kegiatan pencegahan maksiat di taman - taman dan hotel - hotel, mereka digelar sebagai penceroboh hak asasi manusia..
Apabila ada segolongan orang yang ingin mengajak sekelompok manusia ke masjid, surau dan musolla, mereka akan digelar sebagai menunjuk - nunjukkan kebaikan..
Apabila ada sebahagian umat Islam yang melaungkan kalimah jihad, mereka akan digelar sebagai pengganas..

Wahai Saudara Seagamaku, di manakah prinsip kita mengenai hal ini? Adakah kita ingin menjadi golongan asing yang disebut oleh baginda Rasulullah ataupun ingin menjadi yang sebaliknya? Sekiranya saudara - saudaraku mengatakan ya pada pilihan yang pertama, syukur Alhamdulillah..tetapi jika ya pada yang kedua, Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..Semoga kita akan menjadi sebahagian daripada golongan ghuraba yang memperjuangkan Islam dalam keadaan Islam yang semakin lama semakin kembali asing pada hari ini...InsyaAllah..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...