BUATMU SAHABAT

SAHABAT...
SEIKHLAS INGATAN SETULUS MEMORI,
SALAM PERSAHABATAN MOGA DIRINDUI…

Penghargaan terima kasih diucapkan buat sahabat yang dikasihi dan diredhoi Allah.



Salam ukhwah fillah dilafazkan ,

Sahabat yang dikasihi Allah, Renunglah sejenak betapa hebatnya ciptaan Allah Yang Maha Esa, yang mana di dalam ciptaan Nya dipenuhi oleh pelbagai keadaan, rupa, bentuk, warna, rasa. CiptaanNya yang unik dan pelik kadang-kadang meninggalkan sesuatu untuk dikongsi bersama, selama mana ia tidak luput dari ingatan akal yang waras dan siuman.

Sahabat,

Rasa yang diciptakan mempunyai untaian persoalan yang kekadang mudah kekadang sukar dijawab mahupun untuk dileraikan. Dari rasa lahirlah perasaan yang dihuni oleh 1001 perasaan yang dipersoalkan. Perasaan tidak menentu, resah, jemu, suka, duka, gembira, sedih, sayang dan bangga.

Rasa jemu bila berhadapan dengansesuatu yang menjemukan.
Rasa resah bila bertemu dengan sesuatu yang meresahkan .
Rasa suka bila menghadapi dengan sesuatu yang menyukakan .
Rasa duka bila ditimpa sesuatu yang mendukakan .
Rasa gembira bila mendapat sesuatu yang menggembirakan.
Rasa bangga bila mendapat sesuatu yang membanggakan.

Itulah lumrah ciptaan Yang Maha Bijaksana yang mana ia hanya dapat dirasai oleh sekeping hati yang kecil yang entah dimana letaknya dan bersarang segala perasaan ini.. Yang ia hanya mampu terpapar pada sikap dan perwatakan yang tertonjol. Itulah rahsia sekeping hati yang diliputi oleh pelbagai rasa.



Sahabat,

Ikatan persahabatan yang terjalin ketika kaki mula melangkah kesini telah pun meninggalkan kesan dilubuk hati. Segala yang menggembirakan, yang menyedihkan, yang mendukakan kini hanya tinggal sebuah memori yang terpahat kukuh disanubari. Mungkinkah hingga ke saat ini sahaja ukhwah yang bertapak sekian lama? Atau ianya akan hilang begitu sahaja? Atau ianya akan dilupakan? Atau ia hanyalah seumpama air yang akan memadamkan api?

Sahabat,

Sesungguhnya ukuwah yang terjalin adalah sesuatu yang termaktub.
Mulanya masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kini…….
Segalanya telah berubah, saling kenal-mengenali seterusnya menjadi akrab dan intim.

Sahabat ,

Jika takutkan ombak jangan berumah ditepian pantai. Begitu juga, Jika takutkan perpisahan jangan hampiri pertemuan. Inilah hakikat sebuah kehidupan yang sentiasa berputar-putar ibarat roda yang berpising. Kita harus tabah dan redha dalam menghadapi setiap apa yang telah disuratkan kepada kita kerana hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia juga tidak akan membebankan hambanya dengan apa yang tidak terdaya ditanggung oleh kita. segalanya masih dipayungi oleh 1001 kemungkinan. Kemungkinan yang bakal meninggalkan memori di sudut hati kita.

Sahabat,

Berdoalah agar sentiasa mendapat keredaanNya dalam ukhwah yang terbina. Moga-moga pertemuan dan perpisahan ini diberkati oleh Illahi didunia dan diakhirat. Kuatkan hati untuk menerimanya, jangan berdukacita. Setiap yang bermula pasti akan ada yang akhirnya.

KITA TIDAK AKAN DAPAT MELUPAKAN KELUKAAN TETAPI PENGALAMAN YANG MENGAJAR KITA SUPAYA TIDAK AKAN BERULANG UNTUK KALI YANG KEDUA…….

“DALAM BERHATI-HATI ADA HATI YANG DISAKITI…
DALAM BERJAGA-JAGA ADA HATI YANG TERLUKA……………….”

1 comments:

ana atiqah said...

sedihnya baca...touching..='(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...