EH, ANDA KELIHATAN SANGAT KURUS...KENAPA YE?

+ Ahlan Wa sahlan ya syeikh asran...kaifa hal?

- Ahlan bika ya ustaz..walhamdulillah ana bikhaer..

+ ok ka tuan di sekolah? hehehe...tapi tuan, saya nampak macam tuan mengurus betul ni..sakitkah?

- ya ka ustaz? huhu...memang mengurus pun sebenarnya..sakit fizikal takdalah ustaz..ni mungkin gara - gara banyak pendam perasaan dan makan hati kali ustaz..huhuhu

+ alala tuan, jangan macam begitu ba...hehe...jaga diri saja...InsyaAllah ok tu...

- insyaAllah... :))


Aku kurus sangat ka? Hmm, sejak balik dari rumah dua minggu yang lepas,aku memang agak perasan fizikal aku yang semakin mengurus terutamanya dibahagian lengan aku. Bila aku balik dan tengok di cermin barulah aku perasaan yang aku memang betul - betul mengurus. Pipi aku pun dah jadi cengkung sekarang, lengan dah menyusut sampai nampak urat -urat aku. MashaAllah...kesian kat tubuh badan aku. Aku sendiri kurang tahu apa sebabnya aku menjadi semakin kurus. Nak kata tak makan, makan juga dua kali sehari..sarapan dan makan malam...ada juga aku baca doa makan dan sekurang - kurangnya basmalah. Yang pasti, semakin ramai yang menyedari keadaan fizikal aku yang semakin kurus dan cengkung ini. Keluarga ku terutamanya ibu dan bapa aku sudah semestinya orang yang paling cepat perasan keadaan aku. Mereka akan sangat risau kalau aku balik ke rumah dengan keadaan yang kurus dan agak cengkung..




Tapi hakikatnya, sekalipun aku sangat kurus namun aku sangat bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk meminjam tubuh ini. Kalau sudah sampai masanya Allah menarik pemberianNya, maka tidak adalah lagi bagi ku kehidupan di dunia ini. Memang aku banyak mengalami keadaan yang melibatkan perasaan sehingga kadang kala keadaan itu yang mempengaruhi sifat fizikal tubuh ku. Namun sehingga kini, aku masih yakin mampu mengawal semua yang berlaku di persekitaran ku. Kepada teman - teman, ku mohon doa daripada kalian agar sentiasa mendoakan kesihatan dan kelapangan jiwa bagi aku dan begitulah juga sebaliknya doaku buat semua teman - teman.

P/s : aku masih tak dapat bayangkan keadaan aku sekiranya aku berbadan besar atau berisi. Mesti sangat pelik..hehe..Aku harap biar pun selepas kahwin dan ada anak nanti, keadaan fizikal aku tetap maintain dan tetap steady. Aku taknak lepas ja aku kahwin, serta merta fizikal aku berubah. Dan yang paling aku tak mahu ialah mempunyai perut yang BOROI..huhu...Nauzubillahi Min Zalik....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...