DOA HARAPAN KU PART 2

Pada kala itu, hanya satu nama yang terbayang di ruang benak ku. Nama yang aku rasakan mampu memberikan sedikit kekuatan bagi aku untuk menerima kenyataan memeritkan yang berlaku kepada ku sebentar tadi. Aku sememangnya tidak berterus terang kepadanya tentang apakah yang sebenarnya berlaku terhadap diriku pada malam itu, namun dia seakan mengerti gelojak jiwa ku. Dia seakan dapat membaca perasaan yang sedang meracuni ku waktu itu. Aku masih simpan pesanan yang beliau titipkan sebagai pengubat jiwa aku yang kelukaan. Antara potongan tazkirah yang sangat memberikan kesan kepada ku malam itu ialah ;

"....tapi sesungguhnya dengan mengingati Allah lah, hati akan merasa tenang..bacalah surah Al Kauthar banyak - banyak ye...kalamullah la sebaik penaawar.jangan fikir banyak sangat k..hati mungkin tak tenang sebab mengingati atau memikirkan perkara yang tak sepatutnya diingat terlalu banyak..yakin dengan Allah ye..Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik. Mungkin sebab itu Dia uji untuk kita muhasabah diri disamping bukti Allah itu Ar Rahim..Dia takkan uji seseorang dengan gelojak perasaan yang macam tu kalau manusia tidak mampu..."

Ya Allah, betapa sejuk dan tenang hatiku seusai membaca tazkirah tersebut. Terasa seakan - akan terbang segala gelojak perasaan yang tadinya cuba menghimpitkan hati aku. Hati aku berasa sangat lapang dan luas. Aku dapat merasakan betapa ikhlas dan benarnya setiap bait - bait pesanan beliau. Bertambah kekerdilan dalam diriku kerana kata - katanya lebih matang daripada usianya berbanding dengan diriku yang kadang kala tersangat lemah dalam memberikan kata - kata nasihat yang baik terhadap orang lain. Tanpa pesanan itu, mungkin malam itu aku akan hanyut dan lemas dilambung gelojak jiwa yang kian deras dan semakin kejam membanting hatiku. Aku sangat bersyukur Ya Allah, kerana dengan pesanan pendek itu aku bukan sahaja merasa tenang malahan tersedar bahawa kehidupan ini merupakan suatu ujian. Ujian yang sememangnya direka sedemikian rupa oleh Allah SWT sebagai sebuah instrumen bagi menilai betapa tinggi nilai iman dan taqwa setiap insan. Tanpa ujian, kehidupan pasti terasa mudah dan kurang nikmatnya. Apalah maknanya jika hidup sekadar untuk bersuka - suka dan bergembira sahaja tanpa merasai pelbagai cabaran dan kesukaran. Hakikatnya, ujian dan kehidupan merupakan suatu ikatan yang tidak akan terlerai dalam kamus hidup setiap muslim sejati. Andai terlerai, maka pasti goyah dan lemahlah kehidupannya..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...