PILU DAN MENYAYAT HATI

Semalam telah diadakan satu majlis bacaan Yasin dan Tahlil serta ceramah sempena Bulan Penghayatan Islam yang dianjurkan oleh Biro Agama JPP IPG Kampus Gaya. Malangnya, perkara yang memilukan dan menyayat hati berlaku. Hanya lebih kurang 10 orang muslimin dan beberapa orang muslimat yang hadir. Kemanakah para pelajar yang lain?

Antara alasan yang aku dengar, mereka semua penat dengan Sukan Divisi yang diadakan pada siang hari tadi dan kebetulan pulak hujan mencurah - curah semalam...Tapi yang peliknya, sekembalinya aku ke asrama, aku tengok banyak juga tempat kosong di ruang parkir kereta dan motor. Hmm, husnoZhon sahajalah..
Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ini sudah cukup menggambarkan mengenai betapa darurat dan meruncingnya masalah kehad
iran para pelajar ke majlis - majlis ilmu yang dianjurkan hampir setiap minggu, belum lagi ditambah dengan aktiviti harian surau seperti usrah, kuliah hadis, dan tadarus yang semakin lama semakin sepi daripada kehadiran jemaah.

Entah dimana silapnya. Program yang dianjurkan semuanya percuma walaupun hakikatnya para penceramah yang dijemput adalah dibayar. Program yang dianjurkan juga tidak mengambil masa yang lama. Kedudukan surau juga rasanya tidak menjadi masalah. Kenapa gerai yang ditepi surau tu boleh penuh tapi jemaah di dalam surau boleh dibilang dengan sebelah jari sahaja?! Padahal yang memenuhkan gerai tu semuanya muslim
.


Mereka menyedari hakikat bahawa perut yang lapar perlu diisi dengan makanan, maka dengan itu mereka sanggup berjalan ke gerai hatta ke Fowsang sekalipun semata - mata memenuhi tuntutan jasmani mereka. Tetapi adakah mereka sedar bahawa rohani mereka juga perlu diberi makanan iaitu dengan menghadiri majlis - majlis ilmu selain daripada menunaikan solat berjemaah setiap hari di surau? Adakah mereka sedar bahawa rohani yang sakit dan tenat itu lebih parah daripada jasmani yang sakit?

Sekiranya jasad sakit, maka banyak ubat dan pel
bagai cara perubatan yang boleh menyembuhkan. Tetapi sekiranya rohani sakit, maka untuk mengubatinya adalah sukar..


Maka para pembaca yang budiman sekalian, marilah ke beramai - ramai datang dan mengimarahkan surau dan masjid yang berdekatan dengan kita. Jangan sia - siakan masa kita tanpa digunakan sebaiknya. Disamping kita memenuhi tuntutan berjemaah, kita juga secara automatik dapat mengecas semula iman dan taqwa kita kerana semua itu hanya akan kita perolehi dengan mendampingi masjid dan majlis - majlis ilmu....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...