BUBUR AYAM

Dua hari lepas, ketika waktu maghrib aku tiba - tiba rasa sakit perut seperti terkena gastrik. Keadaan tu berlarutan sampailah usai solat isyak. Sekembalinya aku ke bilik, aku dapati keadaan agak bertambah teruk malahan aku merasakan seperti ingin demam. Aku pun bersalin pakaian dan kemudiannya memakai stokin lantas berbaring di katil mengigil kesejukan dan bergegar kelaparan. Aku sedang menunggu pesanan makanan yang aku kirim dengan Poji ( kredit untuk beliau ). Sampai je makanan, aku terus makan dan kembali berbaring...Aku sendiri kurang sedar bilakah aku terlena. Mungkin kerana keadaan yang kurang sihat malam tu, aku menjadi agak lemah apabila bangkit untuk bersiap ke sekolah. Sewaktu aku bangkit untuk mandi, aku rasakan tubuh aku sangat lemah. Sudahnya aku batalkan niat untuk mandi dan hanya mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh. Habis sahaja solat, aku berbaring kembali. Aku memang tak larat nak bangun.

Maka, pagi semalam aku habiskan semua waktu ku berbaring di bilik. Tak makan, tak minum..cuma tidur sahaja. aku bangkit setelah menjelang tengahari. Selepas mandi, aku solat dan berbaring kembali. Cuma bezanya kali ini, aku agak segar sedikit...Aku hanya makan mee megi tengahari tu. Petang, dalam kira - kira pukul 4.30 petang baharulah aku membeli makanan dan ubat demam. Aku makan tapau tu petang tu juga..

Semalam, aku merasa agak kenyang sedikit. Lalu aku
pun tidak keluar makan selepas isyak seperti kebiasaan aku selalu. Pada pukul 10, baharulah perut aku menjerit untuk meminta diisi. Pedih, tapi terpaksa aku tahan sahaja. Waktu itulah aku teringatkan mak aku...aku sangat - sangat inginkan mak aku. Nak mak masakkan bubur ayam untuk aku... :( Aku memang sangat - sangat sedih semalam. Dan seperti malam sebelumnya, aku tertidur tanpa aku sedar bilakah waktunya. Aku tertidur sambil larut dengan kerinduan aku kepada mak kesayangan. Larut dalam kehendak dan kerinduan hendak makan bubur ayam..hmm..entah dimana aku nak cari bubur ayam dalam waktu terdekat ni. Memang aku betul - betul mengidam nak makan bubur ayam...bubur ayam....bubur ayam...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...