HIDUP UNTUK MEMBERI

Baharu saja sebentar tadi aku pulang dari menemankan seorang rakan seperjuangan dalam bidang dakwah makan kat restoren tadi. Beliau ialah Saudara Mohd Faiz, YDP IPG Kampus Kent. Beliau sebenarnya sedang menemankan beberapa orang junior ke hospital. Semoga rakan beliau itu sembuh dengan cepat, InsyaAllah...

Agak lama juga sejak cuti semester yang lepas aku tak berjumpa dengan dia..So, kesempatan tadi kami ambil untuk bertukar khabar dan bertukar pandangan. Antara yang menarik ialah mengenai konsep 'HIDUP UNTUK MEMBERI'.

Kenapa kami berbual tentang konsep in
i? Sebabnya, sahabat aku ni dari tengah malam semalam sibuk membantu junior yang sakit tu...Kemudian, dari pagi tadi sampailah sekarang ni belum balik hostel lagi...MasyaAllah..Aku kesian sangat kat dia..dari hospital Tuaran, Kota Belud..dan sampailah ke Queen Elizabeth ni dia berjalan..Kerja - kerja sendiri pun tak sempat nak disiapkan...Walaupun begitu, beliau masih lagi tersenyum dan masih lagi segar untuk membantu...Aku sangat - sangat respek semangat beliau...

*Aku bersama Saudara Mohd Faiz*
( Sewaktu melaksanakan Praktikum 1 di SK Tg. Aru 2 tahun lepas )


Sebenarnya, konsep 'HIDUP UNTUK MEMBERI' ni dah lama aku cuba untuk praktikkan..lebih - lebih lagi sejak mula berjinak - jinak dalam arena nie...Bukan apa, dengan mengamalkan konsep ini, baharulah kita tahu betapa ramai lagi manusia yang perlu dibantu dan ditolong..Jika tidak, kita pasti seringkali akan beranggapan bahawa kita sahaja lah yang selalu ditimpa nasib malang, kita sahaja lah yang selalu ditimpa kesusahan...

Dan untuk pengetahuan saudara sekalian, amalan membantu orang dalam kesusahan ni merupakan antara amalan yang boleh memanjangkan usia..Kerana membantu orang sebahagian daripada sedekah..So, kalau nak panjang umur ( sebab ibadah ) maka perbanyakkanlah melakukan amalan membantu orang yang kesusahan..

Cuma nasihat aku kepada orang yang nak meminta bantuan tu, janganlah pula sampai ke tahap mengambil kesempatan kerana orang yang membantu tu manusia biasa juga. Dia pun perlu juga minum, makan, duit minyak dan sebagainya. So, faham - faham sendirilah kan...hehe... :)) Maaf ye, nasihat nie bukanlah bermakna kitorang tak ikhlas, cuma kena saling memahamilah kan...

Baik, so kepada semua sahabat - sahabat pembaca sekalian, mari kita cuba amalkan konsep 'HIDUP UNTUK MEMBERI' ni. Semoga dengan mengamalkan konsep ini, Allah akan terus melipatkan gandakan pahala kita disamping memberikan kemudahan dan kelancaran bagi setiap urusan mahupun pekerjaan yang kita lakukan...InsyaAllah

HIDUP UNTUK MEMBERI...(^^,)v

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...