MENSYUKURI NIKMAT

Mari kita menghitung serba sedikit nikmat ALLAH pada kita selama ini..


Setiap helaan nafas yang tak pernah putus,
Setiap degupan jantung yang tak pernah berhenti berdenyut,
Setiap kerlingan pandangan mata yang tak pernah terhenti memandang,
Setiap rima dan rentak bunyian dan suara yang didengar tanpa pernah berhenti,
Setiap langkah kaki dan hayunan tangan yang tak pernah mogok menjalankan tugasnya...

Dan pelbagai banyak lagi nikmat ALLAH yang tak terhitung dan terkira...sedikit pun ALLAH tak pernah minta bayaran mahupun balasan. yang ALLAH mahu cuma BERSYUKUR dan TAAT PERINTAHNYA...itu sahaja...mudah sahaja bukan? mungkin mudah bagi yang menyedari hakikat bahawa semua nikmat di dunia ini adalah pinjaman semata. Suatu hari nanti, jika ALLAH mahu mengambil semuanya semula, tak ada yang mampu menghalangnya..maka kerana itu hidupnya dipenuhi dengan kesyukuran dan mengabdikan diri sebaiknya kepada YANG EMPUNYA SEGALA kerana sebagai manusia, kita hanya meminjam semata..tetapi bagi mereka yang hanyut dan lalai dengan nikmat dunia, tentulah sukar bagi mereka untuk melakukan dua perkara berkenaan.
Mereka terlupa bahawa dunia ini hanyalah perhiasan semata - mata bagi menilai amalan manakah yang baik..dunia juga hanyalah tidak lain untuk tempat bersenda gurau dan bermain semata, kerana kehidupan di akhirat itulah yang utama...'Innamal Hayatuddunya la'eibu walahwu.." .

Tentunya kita tidak menginginkan kehidupan yang sementara ini dan melupakan kehidupan yang kekal abadi di syurga FIRDAUSI..berusahalah untuk mensyukuri setiap nikmat yang diberikan lebih - lebih lagi dengan meningkatnya umur kita. Meningkatnya umur menandakan bertambahlah juga kematangan dan juga tanggungjawab yang kita pikul.
Meningkatnya umur juga menandakan kita semakin hampir ke penghujung destinasi..Maka gunakan umur sebaiknya..Jika tersalah guna, takkan ada butang backspace mahupun undo untuk menebus kembali...Masa dan umur takkan pernah menoleh ke belakang dan berhenti menunggu kita, malahan kitalah yang perlu mengejarnya... :)))

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...