KESUNYIAN YANG MENCENGKAM

Sunyi..? Ya, aku memang sunyi sekalipun dikelilingi teman - teman yang begitu ceria dan selalu sahaja bergelak ketawa tak kira masa dan tempat. Aku memang sunyi sekalipun dikelilingi ahli keluarga yang ramai ditambah dengan karenah anak - anak buah kesayangan aku yang pelbagai ragam dan keletah. Aku sememangnya kesunyian yang amat.

Aku sendiri tidak mengerti. Terdapat pelbagai kemungkinan mengenai sebab aku merasakan sangat kesunyian tetapi yang paling tepat dan aku rasa betul ialah mengenai "hablum minnaAllah wa hablum minnas". Aku merasakan bahawa hubungan aku dengan manusia mempunyai masalah kerana aku sedang mengalami konflik hubungan yang sama dengan Allah. Mungkin aku tidak menjaga hubungan ku dengan Pencipta Alam Semesta sehingga aku menyebabkan diriku terabai daripada pandangan Allah. Mungkin ketika ini aku tidak lagi mendapat perhatian daripada Allah. Ya Allah, alangkah ruginya dan malangnya nasib ku tanpa perhatian dan kasih sayang dari Mu ya Allah..

Tanpa hubungan yang baik dengan Allah, manakan mungkin aku mendapat hubungan yang baik dengan manusia. Ini kerana aku pernah membaca sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda

' Jika Allah mencintai seorang hamba,maka Dia memanggil Jibril, " Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia". Jibril pun mencintainya lalu Jibril menyeru penduduk langit, Sesungguhnya Allah mencintai si polan maka cintailah ia. Maka penduduk langit mencintainya kemudian ia mendapat penerimaan di dunia '( Riwayat Bukhari )



"Ya Allah, aku mohon agar Engkau mengurniakan hubungan yang baik antara diriku dengan diri mu dan antara diriku dengan manusia seluruhnya..."

KESUNYIAN
ASRAN O

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...