MAKAN MALAM DI PADANG

*Jesselton Point*

Alhamdulillah, aku baharu sahaja kembali dari makan malam di Restoren Nasi Padang Ibu kat Jesselton Point. Terima kasih kepada Puan Lucy Gawis yang menaja makanan. Syukran alaik juga kepada Ust. Syahir yang mengajak aku dan beberapa orang geng surau untuk bersama - sama membacakan doa selamat sempena pembukaan sebuah kopitiam ( kawasan groundfloor KK PLAZA...Coffee Culture....) yang dimiliki bersama oleh Puan Lucy dan anaknya. Tahniah aku ucapkan kepada Puan Lucy dan Farhan diatas pembukaan kopitiam tersebut. Aku berdoa semoga kopitiam tersebut akan mendapat sambutan hangat dan bertambah maju. InsyaAllah...

P/S : Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada Puan Lucy. Makan malam yang sangat sedap dan suasana yang sangat indah. Sempat lagi tengok geng - geng capoeira buat street show tadi..mantap! Kepada Ust. Syahir dan kawan - kawan, cerita dalam kereta habis dalam tu jugak ye...hehe... :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...